Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ad.jék.tif] | ادجيکتيف

Definisi : (adjéktif) kata sifat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ad.jék.tif] | ادجيکتيف

Definisi : /adjéktif/ kata yg menerangkan sifat sesuatu benda atau yg menerangkan kata nama (spt besar, tinggi, merah); kata sifat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata adjektif


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Soalan 1 Penggunaan 'amat + Kata Adjektif + sekali' adalah betul. Adakah betul juga bagi 'amat + kata adjektif' atau 'kata adjektif + sekali'. Bagaimana pula dengan penggunaan 'paling/sangat + kata adjektif + sekali'? Adakah peraturan tatabahasa yang sama digunakan di sini? Soalan 2 Antara 'jawapan' dan 'jawaban', yang mana satu betul? Soalan 3 Apakah peraturan tatabahasa tentang penggunaan 'di...kan' dan 'di...i'? Terima kasih

1. Bentuk "paling/sangat + kata adjektif + sekali" adalah dibenarkan berdasarkan rumus tatabahasa (rujuk halaman 245 Tatabahasa Dewan di bawah tajuk kata penguat)

- paling + kata adjektif

- kata adjektif + sekali

- ter + amat/sungguh + kata adjektif

- amat/sungguh/sangat + kata adjektif + sekali

Bagi rumus amat + kata adjektif atau kata adjektif + amat diterangkan dalam tajuk Kata Penguat (halaman 260) dan kedua-dua bentuk tersebut dibenarkan.   

2. Kata dasarnya ialah "jawab". Oleh itu bentuk terbitan yang betul ialah "jawaban". Bagaimanapun, perkataan "jawapan" sudah mantap penggunaannya. Maka kedua-dua ejaan perkataan ini betul.

Tatabahasa23.08.2011
konkodans bagi kata adjektif cara, kata adjektif pancaindera dan kata adjektif perasaan

Untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan, sila lihat lampiran yang disertakan.

Lain-lain02.03.2010
kata adjektifKata adjektif juga dikenali sebagai kata sifat yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Untuk keterangan lanjut tentang kata adjektif, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 225 .Tatabahasa08.03.2010
APA ITU JENIS KATA ADJEKTIF DAN CONTOH-CONTOHNYA?

Saudara Mohd. Iqbal,

Kata adjektif dibahagikan kepada sembilan jenis, iaitu

   i. kata adjektif sifatan atau keadaan : baik, curiga, cerdik, lemah

  ii. kata adjektif warna : merah, putih, ungu, kelabu

 iii. kata adjektif ukuran : panjang, kecil, besar, tebal

 iv. kata adjektif bentuk : bulat, leper, lurus, kempis

 v. kata adjektif waktu : awal, cepat, segera, lampau

 vi. kata adjektif jarak : jauh, dekat, hampir,rapat

 vii. kata adjektif cara : laju, gopoh, jelas, perlahan

viii. kata adjektif perasaan : rindu,benci, suka, marah

 ix. kata adjektif pancaindera : sedap, manis, payau, masin,kelat

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. 

  

 

Tatabahasa10.01.2010
Adakah perkataan "perlahan" merupakan ata adjektif? Jika perkataan tersebut merupakan kata adjektif, mengapa wujud perkataan memperlahankan, kerana perkataan adjektif tidak boleh di apit dengan "Memper-...-kan". Minta dijelaskan. Terima kasih.Pendapat saudara betul, perlahan ialah adjektif maka kata terbitan yang betul sepatutnya ialah memperlahan sama seperti kata adjektif yang lain seperti memperlambat dan mempercepat. Walau bagaimanapun kata memperlahankan telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat dan berdasarkan data yang ada penggunaan kata memperlahankan lebih meluas berbanding dengan kata memperlahan.Tatabahasa07.10.2012
Soalan 1: Yang manakah betul? "Dengan 3 langkah mudah" "Dalam 3 langkah mudah" Dengan atau Dalam, manakah yang lebih tepat? Soalan 2: Untuk aturan adjektif dalam BM, adakah terdapat susunan yang perlu diikut? contohnya adjektif berkaitan rupa, saiz, warna, pendapat, dan seterusnya? tolong berikan penerangan ringkas.1. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud "dengan" ialah "kata yg digunakan untuk menunjukkan cara sesuatu itu dilakukan" manakala "dalam" pula bermaksud yg "berkaitan dengan atau terbatas pada lingkungan sesuatu". Maka ayat yang lebih sesuai ialah "dengan tiga langkah mudah".


2. Kata adjektif juga dikenali sebagai kata sifat yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Kata adjektif dibahagikan kepada sembilan jenis, iaitu:


i. Kata adjektif sifatan atau keadaan : baik, curiga, cerdik, lemah


ii. Kata adjektif warna : merah, putih, ungu, kelabu


iii. Kata adjektif ukuran : panjang, kecil, besar, tebal


iv. Kata adjektif bentuk : bulat, leper, lurus, kempis


v. Kata adjektif waktu : awal, cepat, segera, lampau


vi. Kata adjektif jarak : jauh, dekat, hampir, rapat


vii. Kata adjektif cara : laju, gopoh, jelas, perlahan


viii. Kata adjektif perasaan : rindu,benci, suka, marah


ix. Kata adjektif pancaindera : sedap, manis, payau, masin, kelat


Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP,2014), halaman 225.

Tatabahasa19.03.2024
1. Kata kerja "mempunyai" tergolong dalam kata kerja transitif atau tak transitif ? 2. Kata adjektif "malu" tergolong dalam kata adjektif perasaan atau kata adjektif sifat/keadaan ? 3. Dalam kata "kedua-duanya", apakah fungsi "-nya" ? Adakah sebagai kata pembenda, kata ganti nama atau kata penegas ?

1. Kata kerja mempunyai tergolong dalam kata kerja transitif kerana memrlukan objek yang terdiri daripada kata nama atau frasa nama untuk melengkapkan maksudnya. Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya.

2. Malu ialah kata adjektif perasaan sama seperti segan, suka dan sebagainya. Lihat buku Tatabahasa Dewan, halaman 231.

3. Kedua-duanya boleh menjadi kata penegas, iaitu menegaskan sesuatu/dua perkara yang diperkatakan dalam ayat yang sebelumnya.

Tatabahasa17.04.2010
Adakah suka, takut dan kata perasaan yang lain kata adjektif?Kata adjektif ialah kata yg menerangkan sifat sesuatu benda atau yang menerangkan kata nama seperti besar, tinggi dan merah. Suka dan takut juga merupakan kata adjektif.Tatabahasa02.03.2015
Kata Penguat "nian" boleh digunakan di belakang kata adjektif seperti indah dan cantik. Bagaimana pula dengan kata adjektif lain? Adakah penggunaannya tiada had untuk kata adjektif lain? "elok nian" betul tak?Nian ialah kata penguat yang letaknya di belakang kata adjektif. Nian bermaksud terlalu sangat,amat, benar, dan sungguh. Berdasarkan maksud ini nian bolehlah digunakan dengan kata adjektif lain, contohnya segak nian, bodoh nian.Tatabahasa11.05.2012
Apa persamaan antara kata adjektif dengan kata adverva?Kata adjektif juga dikenali sebagai kata sifat. Kata adjektif boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat seperti amat sakit dan indah sekali. Kata adverba ialah perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, kata nama dan frasa sendi nama dari segi cara, masa dan tempat. Kata adverba boleh hadir di hadapan atau belakang frasa. Contohnya Kami selalu memperkatakan hal itu dan Olahragawan itu sihat sentiasa. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 225 dan 289.Tatabahasa01.11.2012
12345678910...

Kembali ke atas