Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata adjung


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. Saya hendak bertanya tentang sebutan sebenar bagi perkataan "adjung", seperti yang terdapat dalam perkataan "Profesor Adjung". Bolehkah pihak DBP sahkan sebutan sebenar bagi perkataan "adjung" dengan menyertakan transkripsi fonetik untuk memudahkan saya menyebutnya nanti. Sekian, terima kasih. Salam hormat.Merujuk Kamus Dewan Perdana, sebutan "adjung" ialah ad·dƷun.Lain-lain31.05.2021
A'um / selamat malam... Bagaimana hendak membezakan antara adjung dan komplemen dalam ayat? Contohnya: Aminah menyapu sampah di halaman rumah. "di halaman rumah" adjung atau komplemen? Tolong jelaskan sedikit.Adjung ialah unsur sekunder dalam binaan linguistik yang boleh digugurkan tanpa menjejaskan binaan ayat. Cth. Kereta baharu itu dilancarkan kelmarin(adjung). Komplemen ialah bahagian frasa yang diperlukan untuk menyempurnakan ayat. Cth. Dia menjadi guru. Dia menyatakan bahawa ibunya sakit. Tatabahasa02.03.2008
Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan "Adjung"? Adakah ianya satu perkataan di dalam bahasa Melayu ataupun frasa dalam bahasa English.. mohon bantuanPerkataan 'adjung' berasal daripada perkataan bahasa Inggeris 'adjunct'. walau bagaimanapun perkataan ini telah diterima dalam istilah bahasa Melayu mengikut bidang. Misalnya, dalam bidang farmasi, linguistik dan pergigian maksud bagi 'adjunct' ialah tambahan, adjung. Harap maklum.Istilah27.12.2006
assalamualaikum. saya hanya nak tanya apa maksud Profesor Adjung sekian terima kasih.Sdr. Profesor Adjung bermaksud seseorang yang tidak memegang sesuatu jawatan di institut pengajian tinggi tetapi dijemput untuk memberi ceramah atau mengajar dalam bidang tertentu yang menjadi kepakarannya. Ada juga penceramah atau tenaga pengajar ini yang dilantik secara kontrak.Tatabahasa09.09.2007
Tuan Adakah betul sekiranya ditulis nama penuh seperti berikut? YBhg. Prof. Adjung Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Bin Kamsah Terima kasih.Ejaan yang betul ialah YBhg. Prof. Adjung Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah bin Kamsah.Tatabahasa04.08.2014
Terjemahan dari BI ke BM: 1. Adjunct Lecturer 2. Chartered Engineer

Saudara,

Terjemahan dalam bahasa Melayu ialah:

i. pensyarah adjung ii.  jurutera berkanun

Istilah04.11.2009
Assalamualaikum. 1. Tetapi 2. Dan Kedua-dua perkataan di atas merupakan kata hubung tetapi banyak juga digunakan dalam permulaan ayat. Adakah kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan pada permulaan ayat? Sekian, terima kasih atas jawapan yang akan berikan.

Ada pendapat yang mengatakan bahawa kata sendi dan kata hubung boleh digunakan pada pangkal ayat asal sahaja ada ayat utama atau ayat induk yang lengkap, ada subjek dan predikatnya. Kata sendi dan kata hubung itu biasanya digunakan dalam bahagian yang disebut adjung atau keterangan ayat sahaja, iaitu sebagai unsur tambahan kepada ayat utama atau ayat induk. Contohnya "Dengan hormatnya saya maklumkan bahawa ...". Walau bagaimanapun pada kelazimannya, kata hubung "dan" dan "tetapi" diletakkan pada pertengahan ayat kerana fungsinya sebagai penyambung wacana sebelumnya untuk menunjukkan perkaitan cerita dengan wacana seterusnya.

 

Tatabahasa25.05.2011

Kembali ke atas