Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n 1. act of, a. (managing affairs of, government, etc) pentadbiran: problems of ~, masalah pentadbiran; those responsible for the ~ of the country, mereka yg bertanggungjawab thdp pentadbiran negara; b. (executing, meting out) pelaksanaan: ~ of the law, pelaksanaan undang-undang; c. (giving, applying as remedy) pemberian: the immediate ~ of an anti dote is of the utmost importance, pemberian penawar racun dgn serta-merta amatlah penting; d. (tendering, imposing) pentadbiran; 2. governing body, pentadbiran: the head of ~ at the institute, ketua pentadbiran di institut itu; the Mahathir ~, pentadbiran Mahathir. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata administration


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ADMINISTRATION (NASA)

National Aeronautics and Space

Administration (NASA) ialah agensi kerajaan

Amerika Syarikat yang mengendalikan dan

mengkoordinasi penyelidikan aeronautik di dalam

atau di luar lingkungan atmosfera bumi. NASA

menggaji kira-kira 21 000 orang ahli sains, jurutera

dan juruteknik di dalam 10 pemasangan utama.

Kemudahan ini termasuklah John F. Kennedy Space

Center, Lyndon B. Johnson Space Center, Goddard

Space Flight Center dan George C. Marshall Space

Flight Center .

UMUM 
TELESKOP ANGKASA LEPAS HUBBLE

Teleskop Angkasa Lepas Hubble ialah

teleskop pemantul yang dibina sebagai balai cerap

dalam orbit. Cermin pengumpul cahayanya yang

utama mempunyai diameter 240 sentimeter. Agensi

angkasa lepas Amerika Syarikat, The National

Aeronautics and Space Administration (NASA), telah

melancarkan teleskop ini di atas kapal bolak-balik

angkasa lepas pada bulan April 1990. Teleskop ini

dinamakan sempena nama ahli astronomi Amerika,

Edwin P. Hubble (lihat Hubble, Edwin Powell) .

UMUM 
MAKMAL PENDORONGAN JET

Makmal Pendorongan Jet (Jet Propulsion

Laboratory) ialah pusat reka bentuk pesawat tanpa

pemandu, dan pengawalannya di angkasa. Makmal

ini dikendalikan oleh California Institute of

Technology yang terletak di Pasadena, California,

Amerika Syarikat. Ia melaksanakan tugas ini bagi

pihak Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa

Kebangsaan – National Aeronautics and Space

Administration (NASA).

UMUM 
NEVINS, ALLAN

Nevins, Allan (1890–1971), ahli sejarah dan

pendidik Amerika Syarikat yang dua kali

dianugerahi Hadiah Pulitzer dalam bidang biografi.

Grover Cleveland: A Study in Courage memenangi

hadiah ini pada tahun 1933, dan Hamilton Fish: The

Inner History of the Grant Administration pada

tahun 1937.

UMUM 
MOHD. HILMEY MOHD. TAIB, DATO'

MOHD. HILMEY MOHD. TAIB, Dato’ (1953-    ), ahli korporat, Ketua Eksekutif Kumpulan PNB (sejak 1995). Dia lahir pada 31 Mei 1953 di Kertau, Chenor, Pahang. Mohd. Hilmey menamatkan pendidikan menengahnya di Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib, Pahang. Dia kemudian melanjutkan pelajarannya di Universiti Malaya dalam bidang perakaunan. Dia memperoleh ijazah Sarjana Muda Ekonomi dengan pengkhususan dalam bidang Perakaunan pada tahun 1976. Pada tahun 1990, dia menerima ijazah Master in Business Administration daripada Cranfield Institute of Technology, United Kingdom. Dia juga seorang Akauntan Awam dan diterima sebagai ahli Malaysian Institute of Accountants pada tahun 1980.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas