Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata adnan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dalam surat rasmi.. singkatan perkataan boleh digunakan atau tidak.. ?terutamanya pada gelaran atau jawatan pada pengalamat.. contoh: Leftenan adnan sbg lt adnanSingkatan hanya digunakan apabila perlu. Dalam kebanyakan kes, terutama nama khas, nama hendaklah ditulis sepenuhnya, tidak menggunakan singkatan. Namun, beberapa perkara harus dijadikan pedoman umum. Contoh yang diberikan oleh tuan/puan adalah merujuk kepada singkatan gelar, sapaan, darjah kebesaran dan kedudukan yang perlu diikuti tanda noktah.


Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Gaya Dewan Edisi Keempat, terbitan DBP 2023, halaman 169-173
Lain-lain05.02.2024
sumbangan za,ba terhadap perkembangan bahasa melayu

Sila rujuk bahan ini :

Za'ba: patriot dan pendeta melayu | Adnan Haji Nawang">Adnan Haji Nawang | Yayasan Penataran Ilmu | 1994

Perjuangan Za'ba untuk memartabatkan pendidikan Melayu | Adnan Haji Nawang">Adnan Haji Nawang | Jurnal Pengajian Melayu | 01/01/1996

Za'ba Pendeta bahasa sepanjang zaman | Awang Sariyan | Pelita Bahasa | 01/07/2000

Za'ba Pendeta Bangsa | Mahaya Mohd. Yassin | Dewan Sastera | 01/03/2005

Za'ba: pendita ulung dan penyuluh bahasa | Azizul Azman Othman | Mutiara Malaysia | 01/05/1995

Lain-lain07.05.2008
APA SUSUNAN SAPAA IKUT PROTOKOL YANG BETUL: DALAM PROGRAM SAMBUTAN HARI GURU VIPNYA KETUA PENGARAH PELAJARAN, TETAMU UNDANGAN AHLI PARLIMEN PUTRAJAYA YB TENGKU ADNAN. PENGANJUR PEJABAT PELAJARAN PUTRAJAYA (TIMBALAN PENGARAH PELAJARAN)VIP DAHULU (KETUA PENGARAH PELAJARAN), TETAMU UNDANGAN YB. TENGKU ADNAN. DICADANGKAN BERTANYA KEPADA BAHAGIAN PROTOKOL DI KEMENTERIAN PELAJARANLain-lain20.05.2011
afiat

Saudara Adnan,

Tiada soalan dikemukakan. Walau bagaimanapun makna afiat ialah i. pulih, sihat ii. kesihatan. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.

 

Lain-lain04.01.2010
Che' Nor Nov 23rd, 9:46am Assalamualaikum.. merujuk kpd pembelian buku d DBP.. sehingga kini sy tidak menerima sebarang buku dari pihak tuan.. harap maklum. kerjasama amat dperlukan. Maklumat penting Shipping Adress Nor Azizah Adnan 42, Jln Megah 9, Taman Megah, Batu Pahat, Johor 83000 Malaysia Billing Adress Nor Azizah Adnan 42, Jln Megah 9, Taman Megah, Batu Pahat, Johor 83000 Malaysia Your order is confirm RHB Bank Name : Alam Murni Sdn. Bhd. Account Number : 21242400031720 Email: payment@dbp.gov.my Order : Topologi RM7.50 Calendar in Islamic Civilization Modern RM12.50 Langganan Majalah DBP RM60.50 Seni Bina Islam Berdasarkan Seni Bina Organik dan Nilai Islamiah RM28.00 Total : RM108.50 Shipping : RM5.50 Taxe : RM0.00 Total : RM114.00Kami panjangkan aduan tuan kepada pegawai di Bahagian Pengedaran dan Pemasaran DBP. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pegawai Bahagian Pengedaran dan Pemasaran DBP, Encik Zulhilmi Baharuddin melalui talian 03-41012409 atau e-mel zulhilmi@dbp.gov.my.Lain-lain23.11.2015
mohon pengesahan atur cara ini: 9.00pagi Ketibaan tetamu jemputan 9.15pagi Ketibaan tetamu kehormat 9.20pagi Ketibaan YB Datuk Seri Utama Tengku Adnan bin Tengku Mansor Menteri Wilayah Persekutuan Adakah sesuai penggunaan Tetamu Kehormat untuk ditujukan kepada kehadiran Timbalan Menteri, KSU dan Datuk Bandar yang turut hadir? Atau Adakah tetamu kehormat adalah dirujuk kepada tetamu utama iaitu Menteri? Sekiranya tetamu kehormat dirujuk untuk tetamu utama majlis, apakah terma atau perkataan ganti yang bersesuaian/1. Dicadangkan atur acara seperti ini:

9.00 pagi: Para jemputan mengambil tempat
9.15 pagi: Ketibaan tetamu kehormat
9.20 pagi: Ketibaan YB. Datuk Seri Utama Tengku Adnan bin Tengku Mansor, Menteri Wilayah Persekutuan
 
2. Kehormat bermaksud mempunyai pandangan yang tinggi terhadap seseorang dengan memberikan layanan yang penuh sopan. Jika dilihat daripada maksud tersebut, bermakna penggunaan Tetamu Kehormat boleh digunakan kepada Timbalan Menteri, KSU dan Datuk Bandar yang turut hadir dalam majlis tersebut dan bukannya  hanya merujuk kepada Menteri sahaja.
Lain-lain03.08.2015
maksud bagi singkatan Kdr dalam kata nama. contoh: Sdr. Kdr (Kehormat) Hashim bin AdnanDalam data kami, singkatan Kdr. merujuk kepada "commander".Lain-lain22.08.2016
sejarah awal dunia pengiklananSila rujuk bahan ini. Terima Kasih. : 1.Periklanan: suatu pengenalan Mohd Hamdan Adnan Dewan Bahasa dan Pustaka : 1997. 2. The language of advertising Goddard, Angela Routledge, 2002. 3. Iklan dan masyarakat oleh Mohamad Md. Yusoff Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1999. 4. Televisyen dan pengiklanan antara tanggungjawab dengan realiti oleh Azizul Halim Yahya Dewan Masyarakat. 01/11/2004 .Lain-lain16.11.2007
Ayat yang bersesuaian bagi latar pentas berikut? MAJLIS PERASMIAN PADDOCK KUDA BERBUMBUNG DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR OLEH YB DATUK SERI UTAMA TENGKU ADNAN TENGKU MANSOR MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN Mohon kataganti yang bersesuaian bagi perkataan paddock. Terima kasihIstilah bahasa Melayu untuk "paddock" ialah padok.Istilah19.10.2016
Mohon panduan sama ada penggunaan perkataan 'yang' dihadapan ayat betul atau tidak: "Yang turut hadir Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Ketua Menteri yang juga Pengerusi BN negeri...."Penggunaan perkataan "yang" di hadapan ayat adalah betul.Tatabahasa17.11.2014
123

Kembali ke atas