Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata adolf


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Nazismfahaman NaziSains PolitikHubungan AntarabangsaDoktrin dan polisi Parti Pekerja Jerman Sosialis Nasional yang memerintah Jerman di bawah pimpinan Adolf Hitler pada tahun 1933 hingga 1945. Anggota parti ini dikenali dengan nama singkatan Nazi. Menurut dogma Nazi, manusia boleh diklasifikasikan secara saintifik kepada kaum yang superior dan inferior. Kaum yang teratas sekali ialah Nordik atau Jerman, iaitu jenis kaum Aryan, manakala kulit hitam dan Yahudi ialah kaum yang paling rendah martabatnya. Golongan Nazi telah menuduh orang Yahudi menghalang pembentukan bangsa tuan dalam kalangan kaum Aryan. Mereka menuduh orang Yahudi Jerman telah berpaling tadah terhadap Jerman semasa Perang Dunia Pertama. Semasa Perang Dunia Kedua, golongan Nazi telah memaksa dogma dan sistem mereka ke atas Eropah. Berjuta-juta orang Yahudi, Rusia dan Poland telah dibunuh dan dijadikan buruh paksaan. Walau bagaimanapun, kekalahan dan kejatuhan tentera Jerman dalam Perang Dunia Kedua telah menyelamatkan Eropah daripada kekejaman Nazi dan fahaman Nazi telah diharamkan di negara Jerman pada masa tersebut.
tyrannytiraniSains PolitikHubungan AntarabangsaDalam pemikiran klasik, tirani bermaksud penyalahgunaan kuasa oleh seorang raja yang memerintah menurut kehendak dan kepentingan diri sendiri. Secara umumnya, tirani merujuk kepada penyalahgunaan kuasa paksaan pemerintah apabila tiada kuasa undang-undang. Dalam keadaan ini, kerajaan dikuasai oleh seorang diktator yang memerintah mengikut kehendaknya tanpa memikirkan kepentingan atau kebajikan rakyat. Contohnya, pemerintahan Nazi Jerman di bawah pemerintahan Adolf Hitler.
charismatic leadershipkepimpinan berkarismaSains PolitikPolitik PerbandinganSifat kepimpinan luar biasa dan sangat istimewa yang dimiliki oleh pemimpin tertentu sama ada yang bersifat keagamaan atau politik dalam mengetuai masyarakat atau negara. Autoriti sesebuah organisasi atau masyarakat itu amat bergantung kepada sifat karisma tersebut. Pemimpin berkarisma akan memaksimumkan segala kebolehannya untuk mendapatkan sokongan dan perhatian masyarakat. Bagi masyarakat tradisi, kelahiran pemimpin ini amat penting sebagai pencetus kepada perubahan atau revolusi. Secara amnya, kepimpinan karismatik ini lahir dalam masyarakat yang memiliki kadar rasional yang masih rendah. Max Weber tokoh yang mengutarakan konsep kepimpinan ini menyatakan bahawa karisma seseorang pemimpin akan menjadi berkurangan mengikut tahap rasionalisasi masyarakat. Semakin tinggi tahap rasionalisasi masyarakat semakin kurang idola karisma seseorang pemimpin. Contohnya, pemimpin seperti Adolf Hitler, Lenin, Soekarno dan Mahatma Gandhi.

Kembali ke atas