Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.dré.na.li.na] | ادرينالينا

Definisi : (adrénalina) (Bio) hormon yg di­rembeskan oleh bahagian medula kelenjar adrenal yg menolong badan bersedia meng­hadapi keadaan cemas kerana kesannya ber­guna utk tindakan ‘lawan’ atau ‘lari’. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.dré.na.li.na] | ادرينالينا

Definisi : /adrénalina/ ist hormon yg dirembeskan oleh kelenjar adrenal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata adrenalina


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
adrenergic neuronneuron adrenergikPerubatanTiadaSel saraf yang membebaskan adrenalina atau bahan seperti adrenalina
adrenergic receptorreseptor adrenergikPerubatanTiadaHujung saraf deriaan yang menerima adrenalina atau bahan seperti adrenalina
adrenalineadrenalinaPerubatanTiadaHormon endokrin, rembesan kelenjar adrenal, merangsang sistem simpatetik.
adrenalineadrenalinaPerubatanTiadaHormon endokrin, rembesan kelenjar adrenal, merangsang sistem simpatetik.
adrenalineadrenalinaKimiaTiadaTiada
adrenalineadrenalinaBiologiFisiologiHormon yang dirembaskan oleh medula suprarenal jasad adrenal juga oleh hujung saraf sistem saraf simpatetik. Hormon ini boleh bertindak sebagai penueropancar dan mengekalkan tonus otot perlawanan dan cabut-lari.
adrenalineadrenalinaPerubatanTiadaNama kimia: 4-[1-hidroksi-2 (metilamino) etil]-1,2-benzenadiol; C9H13NO3. Sejenis bahan katekolamina yang berfungsi sebagai hormon yang dapat merangsangkan jantung dan meningkatkan tekanan darah. Bahan ini disintesiskan dan dirembeskan, terutamanya oleh mendula kelenjar adrenal dan saraf adrenergik. Lihat juga katekolamina. Sin: epinefrina.
adrenalineadrenalinaFarmasiFarmakologiHormon yang dirembes oleh saraf adrenergik dan bahagian medula kelenjar adrenal. Secara amnya, hormon ini ialah sejenis bahan katekolamina yang bertindak sebagai perangsang endogenus yang kuat. Kehadirannya dalam darah boleh menyebabkan peningkatan kadar denyutan jantung, peningkatan kadar pernafasan dan pengembangan salur darah halus. Hormon ini membantu tubuh supaya bersedia menghadapi keadaan cemas dan kesannya berguna untuk tindak balas 'lawan atau lari'. Hormon ini juga boleh dihasilkan secara sintetik dan bertindak sebagai agen vasokonstriktor, antispasmodik dan simpatomimetik, dan digunakan untuk melegakan simptom alergi seperti urtikaria dan asma. Lihat juga saraf adrenergik, kelenjar adrenal, katekolamina. Sinonim epinefrina.
adrenalineadrenalinaBioteknologiTiadaHormon katekolamina yang dihasilkan daripada medula adrenal mamalia dan manusia. Hormon ini merangsang sistem saraf simpatetik semasa keadaan tertekan, merangsang pengaliran darah ke otot rangka, dan meningkatkan aras glukosa darah. Hormon ini juga dikenal sebagai epinefrina.
epinephrineepinefrinaPerubatanTiadaLihat adrenalina.
12345

Kembali ke atas