Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata adriatik


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
LAUT ADRIATIK UMUM 
SPLIT

Split (pend. 235 398 ) ialah bandar di selatan

Croatia yang membangun daripada bandar purba

Rom. Bandar ini terletak di pantai Lautan Adriatik

(lihat Croatia [peta]). Namanya dalam bahasa Itali

ialah Spalato. Bandar Split pada asalnya didirikan

pada sekitar tahun 295 M. dan ia termasuk dalam

lingkungan tembok kota batu yang mengelilingi

istana Maharaja Rom, Diocletian. Tinggalan istana

ini masih lagi ada yang kini menjadi pusat bandar

Split. Tinggalan bangunan Rom purba ini

memberikan satu contoh yang paling baik tentang

seni bina Rom. Hari ini, Split merupakan pelabuhan

penting dan juga pusat bagi perindustrian –

terutama sekali industri pembinaan kapal. Sebuah

loji janakuasa hidroelektrik yang besar terletak

tidak jauh dari bandar ini.

UMUM 
TIRANË

Tiranë (pend. 260 000) ialah ibu negara dan

bandar terbesar di Albania. Tiranë, juga dieja

Tirana, terletak di dataran pantai lebih kurang 32

kilometer ke timur Laut Adriatik.

UMUM 
SUNGAI PO

Sungai Po ialah jalan air yang terbesar di Itali.

Sungai Po bermula berhampiran Monte Viso di

Cottian Alps dan mengalir ke arah timur kira-kira

652 kilometer ke delta besar di Laut Adriatik. Hampir

semua sungai di utara Itali adalah cabang kepada

Sungai Po. Tasik Maggiore, Como, Lecco, Iseo dan

Garda mengalir ke Sungai Po. Aliran sungai ini

adalah deras di bahagian atas tetapi beransur

perlahan sebelum tiba di laut. Sungai Po juga sering

menyebabkan banjir. Kira-kira pada tahun 300 M.,

kaum Etruscan telah membina benteng dalam usaha

untuk mengawal banjir. Mendapan lanar-lanar

meningkatkan lagi paras Sungai Po. Dari semasa ke

semasa, benteng-benteng ini ditinggikan melebihi

aras sungai. Untuk lokasi, lihat Itali (peta fizikal).

UMUM 
RAVENNA

Ravenna (pend. 135 844) ialah bandar di utara Itali

yang terkenal dengan khazanah kesenian dan seni

bina. Bandar ini juga adalah pusat pertanian dan

pembuatan. Sebuah terusan sepanjang 10

kilometer menghubungi Ravenna dengan Laut

Adriatik. Untuk lokasi Ravenna, lihat Itali (peta

politik).

UMUM 
DALMATIA

Dalmatia, wilayah Croatia yang menganjur di sepanjang jaluran pantai hingga ke kawasan pedalaman di sepanjang Laut Adriatik.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat

Kembali ke atas