Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata adriatik


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
boraboraMeteorologiMeteorologi PerhubunganAngin timur laut yang menuruni gunung di pantai timur Adriatik. Angin ini sejuk dan selalunya sangat kering, kadangkala kencang. Ia paling kencang dan kerap berlaku pada musim sejuk, dan wujud di bahagian utara pantai apabila terdapat tekanan tinggi di Eropah dan Balkan dan tekanan rendah di Mediterranean. Sekiranya angin ini wujud akibat lekukan di Adriatik, angin ini diiringi awan gelap dan hujan atau salji. Istilah ini juga digunakan untuk angin yang sejuk dan kencang yang menuruni cerun di tempat lain di dunia.
dinaridedinaridGeologiTiadaJaluran gunung yang terbentang dari timur laut Itali ke Greece, menyamai pantai Adriatik timur.
maestromaestroMeteorologiMeteorologi PerhubunganAngin barat laut dengan cuaca cerah yang kerap bertiup di pantai barat Adriatik terutamanya pada musim panas. Angin etesian di timur Mediterranean, angin barat laut di laut lonian, dan angin di pinggir pantai Sardinia dan Corsica juga dikenali sebagai maestro.
BalkanizationpembalkananSains PolitikTiadaPenyatuan dan pengembalian identiti negara-negara di semenanjung Eropah Tenggara yang dikelilingi oleh Laut Adriatik, Laut Aegean dan Laut Hitam.
kossavakosavaSainsHidrometeorologiAngin sejuk berbadai yang turun dari timur atau timur laut di kawasan �Iron Gate� Danube merentasi Carpathia, menganjur ke barat ke Belgrade; dari situ angin itu bertiup ke utara hingga ke perbatasan Rumania dan Hungary dan ke selatan hingga ke Nish. Dalam musim sejuk angin ini menurunkan suhu ke aras bawah daripada �20oF dan angin ini sejuk walaupun pada musim panas, apabila ia juga berdebu. Ia biasanya terjadi bersama tekanan rendah di Adriatik dan tekanan tinggi di selatan Russia, dan merupakan keadaan yang sering terdapat pada musim sejuk.
kosavakosavaMeteorologiMeteorologi PerhubunganAngin sejuk berbadai yang bertiup dari timur atau tenggara di kawasan Iron Gate Danube merentasi Carpathia, menganjur ke barat ke Belgrade; dari situ angin itu bertiup ke utara hingga ke perbatasan Rumania dan Hungary dan ke selatan hingga ke Nish. Dalam musim sejuk, angin ini menurunkan suhu ke aras kurang daripada -30� C dan angin ini sejuk walaupun pada musim panans, apabila angin ini juga berdebu. Angin ini biasanya terjadi bersama tekanan rendah di Adriatik dan tekanan tinggi di selatan Russia, dan merupakan keadaan yang sering terdapat pada musim sejuk.

Kembali ke atas