Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.du] | ادو

Definisi : beradu 1. berlanggar, berlaga, berhan­tuk(an), terhantuk: motokar itu ~ dgn kereta lembu; terdengar gelas ~; kepalanya ~ dgn dinding; 2. bertarung, berlaga, bersabung: ayam yg sedang ~; 3. bertanding, berlawan (utk merebut kemenangan atau menentukan sesuatu); ~ cantik bertanding utk menentukan siapa yg paling cantik; ~ tenaga bertanding utk menentukan siapa yg kuat; ~ nasib mencuba membuat atau mendapatkan sesuatu dgn harapan akan beroleh kejayaan; mengadu 1. mempertemukan (dua benda), meletakkan dsb berdekatan, mendekatkan (utk membandingkan dsb); 2. menyentuhkan (gelas dll), menghantukkan (gelas, kepala, dll), melagakan: ~ kepala ke dinding; ~ tuntung jarum prb menyatukan fikiran yg sukar itu sangat susah; 3. memperlagakan, menyabung: ~ ayam; 4. mempertandingkan, mem­perlawankan: ~ layang-layang; ~ tenaga mempertandingkan kekuatan; 5. mem­beri­tahu seseorang mengenai sesuatu (yg tidak menyenangkan dsb) utk mendapatkan per­tolongan (sokongan, simpati, dsb): dia ~ kpd ibunya apabila dia dicubit oleh kakaknya; dia tidak ~ kpd sesiapa tentang layanan buruk yg dialaminya itu; 6. meminta ke­adilan: ~ kpd hakim; ~ lidah berbantah; ~ nasib = ~ untung mencuba untung, beradu nasib; mengadukan 1. mengemukakan perkara dll (kpd hakim, parlimen, dll), memberi­tahukan sesuatu (yg tidak baik atau tidak menye­nangkan) utk mendapatkan pertolong­an (sokongan, sesuatu tindakan, simpati, dsb): parlimen ialah tempat ~ sesuatu perkara yg patut diketahui oleh kerajaan; penduduk kampung itu telah ~ kesulitan yg dihadapi kpd pegawai daerah; 2. memberitahukan atau melaporkan sesuatu mengenai seseorang kpd orang atau pihak tertentu utk menyusah­kannya (merugikannya, menganiayainya, dsb): diadukannya ayahnya kpd Jepun; memperadu-adukan memperadudombakan; aduan 1. pertandingan, perlumbaan: ~ kuda; 2. yg diadu, sabungan: ayam ~; 3. hal atau perkara yg diadukan (diberitahukan): segala ~ itu sedang disiasat oleh polis; peraduan pertandingan: ia telah berjaya men­jadi johan syarahan dlm ~ yg dianjurkan oleh syarikat itu; pengaduan 1. perihal (perbuatan) mengadu, penyabungan (ayam), pelagaan (binatang); 2. perbuatan mengadukan (perkara, kejadian, orang, dll; pengadu 1. orang yg suka mengadu utk mendapatkan pertolongan (simpati dsb); 2. orang yg mengemukakan aduan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.du] | ادو

Definisi : beradu tidur (bkn raja); peraduan tempat tidur; bilik ~ bilik tidur (raja). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.du] | ادو

Definisi : ; beradu 1 bertanding utk merebut kemenangan dlm sesuatu perlumbaan, pertandingan dsb: Badang telah ~ kekuatan dgn seorang yg gagah bernama Benderang. 2 berlaga; bersabung: ayam ~. mengadu 1 menjadikan binatang (spt ayam) berlaga; melagakan: ~ ayam. 2 memberitahu seseorang (utk mendapat belas kasihan, pertolongan dsb): Sejak ayah dan ibunya meninggal, tiada lagi tempat ia hendak ~. 3 menyampaikan sesuatu utk memburuk-burukkan orang lain: Kita harus berhati-hati kerana ada antara kita di sini yg suka ~. ~ lidah berbantah; bertengkar. ~ nasib (untung) melakukan sesuatu sbg mencuba-cuba saja. mengadukan mengemukakan sesuatu hal (kpd orang yg berkuasa dll): Mereka telah ~ kesulitan mereka kpd wakil rakyat. Ia ~ kejahatan temannya kpd penghulu kampung. aduan hal atau perkara yg diadukan: Ia hendak menyiasat sama ada ~ itu benar atau tidak. peraduan perbuatan atau hal beradu; pertandingan: Haji Ismail Hashim telah berkali-kali menjadi johan dlm ~ membaca Quran pd peringkat kebangsaan dan antarabangsa. pengaduan perbuatan (hal dsb) mengadu atau mengadukan: ~ tsb dibuat atas desakan teman-temannya. pengadu 1 (orang yg) suka mengadu: Kerana ~ benar, dia dibenci orang. 2 orang yg mengadukan: Setiap langkahnya diketahui polis, tentu ada ~nya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[a.du] | ادو

Definisi : ; beradu tidur (digunakan utk raja-raja). peraduan tempat tidur: bilik ~ bilik tidur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata adu


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
whistleblowertukang aduPentadbiranTiadaPekerja yang melaporkan kepada pihak luar tentang pelanggaran undang-undang oleh pihak majikan.
ippon kumiteadu selangkahSukanTiada, penyerang maju selangkah dan menyerang. Yang diserang mundur atau ke sisi sambil menangkis dan menyerang balas.
jiyu kumiteadu bebasSukanTiadaPeraduan secara bebas yang diawasi oleh guru atau pengadil.
nihon kumiteadu dua langkahSukanTiada, penyerang maju dua langkah sambil menyerang pada tiap-tiap langkah. Yang diserang undur dua langkah sambil menangkis dan menyerang balas selepas tangkisan kedua.
sanbon kumiteadu tiga langkahSukanTiada, penyerang maju tiga langkah sambil menyerang pada tiap-tiap langkah. Yang diserang undur tiga langkah sambil menangkis dan menyerang balas selepas tangkisan ketiga.
jiyu ippon kumiteadu selangkah bebasSukanTiadaMenyerang dan bertahan dengan langkah bebas tetapi terhad kepada satu langkah sahaja.
burdenulanganKesusasteraanPuisiAspek penekanan sama adu pada bunyi suku kata, perkataan, rangkap, frasa, pola rima atau baris dalam sesebuah puisi. Aspek ulangan ini dilakukan oleh penyair dalam bentuk mendatar atau menegak. Ulangan mendatar seperti pada puisi "Sayang Disayang" karya Salmi Manja, rnanakala ulangan rnenegak seperti puisi "Lagu Anak Revolusi" karya Dharrnawijaya: berlagulah ia ... (R:3, b:1) berlagulah ia ... (R:3, b:2) ya, lagu anak revolusi ... (R:5, b:l) lagu anak revolusi (R:5, b:3) (Lagu Anak Rel'(J/usi) senyumlah senyum (R:5, b:5) (Sayang Disayang)
absorptiometermeter serapKejuruteraanPolimerAlat yang digunakan untuk menentukan isi padu ruang udara dalam rongga hitam karbon dengan mengukur isip adu dibutil ftalat yang diperlukan untuk mengisi raongga 100 gram hitam karbon.

Kembali ke atas