Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sr kata yg menyatakan rasa sakit (rasa hairan, keluhan): ~, sakitnya perut saya! mengaduh, mengaduh-aduh mengatakan aduh, mengeluh (kerana kesakitan dll): suara yg ~ itu suara orang kena tikam; teraduh mengaduh dgn tiba-tiba; adoi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kata seru utk menyatakan rasa sakit, hairan dll: ~! Sakitnya pinggang saya. mengaduh menyebut aduh; mengeluh: Ia ~ apabila kepalanya terhantuk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aduh


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Aduh, letihnya saya hari ini! Apakah kata seru yang betul untuk menggantikan 'aduh'? Terima kasih!Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kata seru aduh digunakan untuk menyatakan rasa sakit (rasa hairan, keluhan). Sehubungan dengan itu, kata seru aduh digunakan kerana ayat yang saudara kemukakan itu berbentuk keluhan.Istilah07.07.2009
Adakah penggunaan kata penguat berikut betul: 1. Aduh, terlalu amat sakit perut saya ini! 2. Aduh, benar sungguh sakit perut saya ini!1. Aduh, terlalu sakit perut ini! atau Aduh, amat sakit perut ini.Tatabahasa21.04.2010
Aduh, sakitnya badanku kerana terjatuh semasa menunggang basikal di jalan raya yang licin itu! Maaf, saya ingign bertanya adakah ayat yang betul?Ayat tersebut  boleh digunakan. Tatabahasa15.05.2020
Bagaimana cara menggunakan pembuka kata dialog yang tepat?Saya masih keliru dengan penggunaan koma di dalam pembuka kata. Contohnya, Apakah betul ayat ini, "Aduh! Sakitnya!", saya menjerit. "Aduh! Sakitnya!" Saya menjerit. Mohon pencerahan daripada pihak tuan. Sekian, terima kasih.

Patutnya ditulis begini; "Aduh, sakitnya!" Saya menjerit. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Gaya Dewan.

Tatabahasa18.03.2010
saya sekadar ingin memastikan penggunaan kata seruan aduh dan aduhai. apakah perbezaannya? Apakah kata seruan yang sesuai bagi ayat di bawah: _________ , kasihan sungguh pengemais itu? saya merujuk dalam Kamus Dewan menyatakan maksud kata aduh (mengeluh kerana kesakitan dll) sementara aduhai(rintihan). Maka apakah penggunaan kata seruan yang sesuai? pada pendapat saya secara logiknya, ayat ini merupakan satu keluhan dan bukan rintihan.

Saudara,

Berdasarkan kedua-dua makna kata seru yang sesuai ialah aduhai, bagi menunjukkan rintihan dan rasa kesedihan. 

 

Tatabahasa07.07.2010
“(Amboi, Aduh), sakitnya perutku!” kata Fiza sambil memegang perutnya. Adakah betul penggunaan tanda seru pada ayat ini?Maaf saya ingin bertanya kerana tidak pasti kerana tiada contoh yang dapat saya rujuk dengan lebih terperinci. Harap pihak DBP boleh berikan jawapan. Terima kasih.Ayat yang betul ialah "Aduh, Sakitnya Perutku!" Kata Fiza sambil memegang perutnya. Penggunaan tanda seru dalam ayat  tersebut betul. Tatabahasa21.05.2020
Untuk penggunaan kata seruan, adakah wajib untuk meletakkan kata seru di permulaan ayat atau ianya adalah suatu pilihan untuk menjadi ayat seruan. Aduh, sakitnya kakiku! Sakitnya kakiku! Adakah ayat kedua masih dianggap ayat seruan. Terima Kasih.Ayat yang kedua itu, masih digolongkan sebagai ayat seruan kerana menggunakan kata seruan dan menggunakan itonasi yang berbeza daripada ayat biasa. Kata seru ialah bentuk kata yang erfungsi melahirkan berbagai-bagai perasaan dan digunakan dalam ayat seruan. Harap maklum.Tatabahasa13.08.2007
Salam sejahtera! Bolehkah perkataan "wei" dan "woi" dianggap sebagai kata seruan? Terima kasih!Kata seru ialah kata yg digunakan untuk menyatakan rasa terkejut, rasa sakit dan lain-lain seperti aduh, oh, dan wah. Kata "wei" dan "woi" bukan sebagai kata seru. Tatabahasa13.08.2020
Nah, ambilah buku ini! Betul atau salah ayat iniAyat tersebut betul kerana ayat yang digunakan menggunakan kata seru iaitu bentuk kata yang berfungsi melahirkan berbagai-bagai perasaan. Contoh yang dapat diberikan untuk rujukan ialah seperti: 1) Aduh, sakitnya kakiku! 2) Eh, bergaya nampaknya mereka semua!Tatabahasa27.06.2006
saya noppadol salehnoi sedang berajar University Fatoni selatan Thailand. ingin bertayaan DBP tentang Tatabahasa.apakah kata seru? terima kasihKata seru ialah bentuk kata yang berfungsi melahirkan berbagai-bagai perasaan dan digunakan dalam ayat seruan. Contoh kata seru ialah aduh, amboi, cis, oh, eh, wah, aduhai, syabas dan wahai.
Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga muka surat 255.
Tatabahasa22.12.2013
12

Kembali ke atas