Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.du.hai] | ادوهاي

Definisi : sr kata utk melahirkan rasa sedih (rintihan dsb): ~ kekanda! Sampai beginilah nasib adinda. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.du.hai] | ادوهاي

Definisi : kata seru utk menyatakan rasa sedih (memberi peringatan, menarik perhatian dsb); wahai: ~ kakanda! Janganlah kakanda bersedih lagi, marilah santap barang sesuap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aduhai


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
"Aduhai, kotor sungguh sungai itu!" kata Ali kepada Yasir. pilih perkataan seerti bagi kotor. A. Jijik B. Cemar apakah jawapan bagi soalan ini? Apakah perbezaan antara kedua-dua pilihan ini?Mengikut Kamus Dewan, kotor bermaksud tidak bersih, tidak jernih, cemar; manakala jijik pula adalah mendatangkan rasa tidak suka (mual) akan sesuatu kerana kotor atau keji. Daripada makna yang diberikan dala Kamus Dewan, perkataan seerti dengan kotor ialah cemar.Tatabahasa18.08.2014
______, bilakah aku akan sembuh daripada penyakit ini ! a. dari b.oleh c.cis d.aduhai Kami hadapi masalah dengan soalan ini. Tolong balas segeraKata seru yang tepat untuk ayat ini ialah aduhai.  Kata aduhai adalah utk melahirkan rasa sedih (rintihan dsb): ~ kekanda! Sampai beginilah nasib adinda.Tatabahasa01.06.2010
boleh tak tolong perbetulkan puisi yang saya buat ini? aduhai remaja apalah erti dunia remajamu tika tabir menebarkan sayapnya dibawah sinaran cahaya bulan dibawah debar kota dalam alunan gelombang pura-pura kau biarkan manismu diseri kumbang jalanan dihidu embun jantan aduhai remaja kembalilah kau pada seruan wahyu bersimpuhlah engkau sambil menadah tangan memohon keampunan dan restu-Nya aduhai remaja kembalikanlah harga dirimu yang kian hilang muliakamlah kasih yang diberi tujuilah lorong bercahayasesungguhnya kita ialah bakal khalifah di muka bumi ini... bantuan dari pihak tuan amat saya hargai... terima kasih

 

aduhai remaja

apalah erti dunia remajamu

tika tabir menebarkan sayapnya

di bawah sinaran cahaya bulan

di bawah debar kota

dalam alunan gelombang pura-pura

kau biarkan manismu diseri kumbang jalanan

dihidu embun jantan

aduhai remaja

kembalilah kau pada seruan wahyu

bersimpuhlah engkau sambil menadah tangan

memohon keampunan dan restu-Nya

aduhai remaja kembalikanlah harga dirimu

yang kian hilang muliakanlah kasih yang diberi

tujuilah lorong bercahaya

sesungguhnya kita ialah bakal khalifah di muka bumi ini

 Ulasan: Secara umum puisi yang dihasilkan oleh adik baik dan adik harus terus menulis lagi untuk memantapkan gaya penulisan. Selain itu, adik boleh merujuk atau membaca buku-buku puisi untuk menghayati dan mempelajari gaya penulis seseorang penyair. DBP berharap adik terus menulis. Sekian terima kasih.

Lain-lain20.12.2008
Penggunaan tanda baca koma yang mana adalah betul? (contoh ayat ialah lirik lagu) 1. Bungalah mawar, aduhai sayang, tumbuh di taman 2. Bungalah mawar, aduhai, sayang, tumbuh di taman 1. Oh, sayang, kembalilah kepadaku 2. Oh sayang, kembalilah kepadaku 1. Oh, Tuhan, dengarlah rintihan hambamu 2. Oh Tuhan, dengarlah rintihan hambamuPenggunaan tanda baca yang betul seperti yang berikut:
  1. Bungalah mawar, aduhai, sayang, tumbuh di taman!
  2. Oh, sayang, kembalilah kepadaku!
  3. Oh, Tuhan, dengarlah rintihan hambamu!
Untuk lebih memahaminya, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 255.

Lain-lain06.02.2023
saya sekadar ingin memastikan penggunaan kata seruan aduh dan aduhai. apakah perbezaannya? Apakah kata seruan yang sesuai bagi ayat di bawah: _________ , kasihan sungguh pengemais itu? saya merujuk dalam Kamus Dewan menyatakan maksud kata aduh (mengeluh kerana kesakitan dll) sementara aduhai(rintihan). Maka apakah penggunaan kata seruan yang sesuai? pada pendapat saya secara logiknya, ayat ini merupakan satu keluhan dan bukan rintihan.

Saudara,

Berdasarkan kedua-dua makna kata seru yang sesuai ialah aduhai, bagi menunjukkan rintihan dan rasa kesedihan. 

 

Tatabahasa07.07.2010
Pilih ayat yang betul 1. Aduhai,sakitnya gigiku yang berlubang ini! 2. Serkap ayam daripada buluh dijual oleh beliau. 3. Tolong jangan merokok di kawasan sekolah. 4. David dan Wong telah tiba ke Ipoh pagi tadi. Abang akan menyambung pengajian ke luar negara pada minggu hadapan untuk -------------pegetahuan. A. memperkembang B. mengembangkan C. memperkembangkan D. mengembangJawapan betul- No. 1 dan (b)
Makna16.08.2016
1)Apakah kata seru yang sesuai bagi ayat di bawah?EH/ADUHAI?Mohon penjelasan yang lebih lanjut daripada pihak tuan. ________, bila agaknya tarikh pengumuman tarikh keputusan peperiksaan UPSR pada tahun ini! Adakah perkataan "Diam" sesuai untuk ayat di bawah? -Kami sekeluarga telah lama ____________ di taman perumahan ini.1. Ayat tersebut tidak memerlukan kata seru. Ayat tersebut lebih sesuai sebagai ayat tanya.
2. Penggunaan perkataan diam betul dalam ayat.
Tatabahasa19.08.2013
saya noppadol salehnoi sedang berajar University Fatoni selatan Thailand. ingin bertayaan DBP tentang Tatabahasa.apakah kata seru? terima kasihKata seru ialah bentuk kata yang berfungsi melahirkan berbagai-bagai perasaan dan digunakan dalam ayat seruan. Contoh kata seru ialah aduh, amboi, cis, oh, eh, wah, aduhai, syabas dan wahai.
Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga muka surat 255.
Tatabahasa22.12.2013
Saya Muhammad faezeen Latiff. Sedang belajar bahasa Melayu dasar. Di Universiti fatoni Thailand. Ingin bertanya DBP tentang tata bahasa. Apakah kata seru? Terima kasih.Kata seru ialah bentuk kata yang berfungsi melahirkan berbagai-bagai perasaan dan digunakan dalam ayat seruan. Contoh kata seru ialah aduh, amboi, cis, oh, eh, wah, aduhai, syabas dan wahai.
Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga muka surat 255.
Tatabahasa08.12.2013
Saya Azuwa Doloh sedang belajar bahasa Melayu dasar di Universiti Fatoni. Ingin pertanya DBP tentang tatabahasa. Apakoh pengertian kata seru. Terima kasih.Kata seru ialah bentuk kata yang berfungsi melahirkan berbagai-bagai perasaan dan digunakan dalam ayat seruan. Contoh kata seru ialah aduh, amboi, cis, oh, eh, wah, aduhai, syabas dan wahai.
Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga muka surat 255.
Tatabahasa08.12.2013
12

Kembali ke atas