Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.du.hai] | ادوهاي

Definisi : sr kata utk melahirkan rasa sedih (rintihan dsb): ~ kekanda! Sampai beginilah nasib adinda. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.du.hai] | ادوهاي

Definisi : kata seru utk menyatakan rasa sedih (memberi peringatan, menarik perhatian dsb); wahai: ~ kakanda! Janganlah kakanda bersedih lagi, marilah santap barang sesuap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aduhai


Pantun

PantunSumberTema
Berdodoi-dodi berkawan kawan, Elok suara tidak terperi; Aduhai cucu anak bangsawan, Ingatlah nasihat yang nenek beri.Pantun Melayu SarawakNasihat
Sungguh lemaknya pati santan, Masak sira buat sarapan; Aduhai lemahnya anak watan, Malas berkira masa depan.Pantun Melayu SarawakNasib
Sayang Bau sayang Senawan, Emas banyak masih dilombong; Aduhai kasih emas tempawan, Hati kecilku tidak berbohong.Pantun Melayu SarawakKasih
Mari sayang mari padiku, Beras direndam setengah cawan; Aduhai dayang buah hatiku, Rasa dendam setengah malam.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Jika tuan ke surau, pergi ke surau, Jangan dipetik kenanga, bunga kenanga; Aduhai tuan bergurau, saya bergurau, Saya sudah punya, ada yang punya.Pantun Melayu SarawakBergendang

Kembali ke atas