Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.dun] | ادون

Definisi : akronim bagi Ahli Dewan Undangan Negeri (iaitu wakil rakyat peringkat negeri yg dipilih melalui pilihan raya). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.dun] | ادون

Definisi : mengadun meramas (menguli) tepung dgn air (santan, susu, dll); mengadunkan mencampurkan atau meng­gabung­kan sesuatu unsur dll dgn unsur yg lain: ~ unsur realiti dgn yg bukan realiti; Kasim Ahmad berbicara tentang perlunya isi yg baik utk diadunkan dlm teknik sastera yg menarik; adunan tepung yg telah diadun utk membuat kuih; pengadunan proses atau perbuatan meng­adun atau mengadunkan sesuatu: ~ warna yg menarik dlm corak yg mempesonakan; pengadun alat utk mengadun: ~ warna. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.dun] | ادون

Definisi : sl elok (kerana berhias): ~-temadun Mn indah-indah, berjenis-jenis warnanya; beradun berdandan, berhias, bersolek: setelah mandi, puteri pun ~; baginda makan sirih yg beradun-adun; mengadunkan mendandankan, menghiasi, mempersolekkan: ~ pengantin; adunan hiasan, alat berdandan: sangatlah berkenan kpd hatinya ~ kekasihnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.dun] | ادون

Definisi : ; mengadun menggaul sesuatu campuran (spt tepung dgn air, susu, santan) supaya sebati; menguli. adunan tepung dsb yg telah diadun (utk dibuat kuih). pengadunan perbuatan atau hal mengadun. pengadun alat utk mengadun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[a.dun] | ادون

Definisi : elok; molek. beradun berhias diri. mengadunkan memperelok dgn perhiasan; menyolek: ~ pengantin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata adun


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Seorang ADUN dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO). Jawatan ADUN ialah hakiki, sedangkan EXCO ialah lantikan, lebih tinggi dari jawatan ADUN. Bolehkan disebut Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri merangkap Pengerusi Perumahan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Dungun?Boleh disebut Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri merangkap Pengerusi Perumahan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Dungun.Lain-lain01.10.2014
Apakah panggilan hormat bagi ADUN dan Guru Besar?Sapaan kehormat untuk ADUN ialah Yang Berhormat (YB), manakala untuk guru besar ialah Tuan atau Puan. Tetapi bagi menghormati kedudukannya di sekolah, boleh juga menggunakan sapaan Yang Berbahagia (YBhg.).Lain-lain29.04.2010
Boleh pihak DBP bezakan antara akronim dengan singkatan frasa contoh perkataan ABIM..LKIM..ADUN.LUTH.ini ialah akronim..sedangkam PkP, SOP DASAR WAWASAN NEGARA (DEN)dikira sebagai singkatan kata.TERIMA KASIHKata nama akronim merupakan perkataan yang dihasilkan melalui percantuman bahagian-bahagian daripada serangkaian perkataan. Bahagian-bahagian perkataan terdiri daripada huruf, suku kata atau bahagian-bahagian daripada perkataan.

Kata nama akronim boleh dibahagikan kepada empat jenis, iaitu:

1. Akronim dibentuk dengan menggabungkan huruf awal sesuatu rangkai kata:
    Contoh: "ADUN" (Ahli Dewan Undangan Negeri)

2. Akronim dibentuk dengan menggabungkan suku kata dan huruf awal sesuatu            rangkai kata:
    Contoh: "Perlihitan" (Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara)

3. Akronim dibentuk dengan menggabungkan suku kata sesuatu rangkai kata:
    Contoh: "Bernama" (Berita Nasional Malaysia)

4. Akronim dibentuk dengan menggabungkan bahagian awal perkataan pertama   
    dengan bahagian lain perkataan yang mengikutinya.
    Contoh: "jentolak” (jentera tolak)

Manakala singkatan pula bermaksud sesuatu yang disingkatkan, kependekan, ringkasan.

Contoh:
"Encik" (En.)
"Yang Berbahagia" (YBhg.)
"Tengah Hari" (Tgh.)


Tatabahasa09.11.2022
apakah padanan jawi untuk perkataan KLIA,MRSM,SMK, SJK(t) / sjk(c),SAM,SMP,RISDA,MARA,UIA,ADUN,UPSI

Padanan ejaan Jawi bagi singkatan (yang dilafazkan huruf demi huruf), ditulis dengan menggunakan sebutan atau nama huruf dalam abjad Rumi yang ditulis Jawi dan dibubuh tanda titik selepas setiap huruf tersebut: 

KLIA - کي.ּּاؠل.اءي.أي.

MRSM- عيم.ار.ايس.عيم.

SMK- ايس.عيم.کي.

SJK(t)- (.تي).  ايس.جيه.کي  

SJK(c)- (.سي).  ايس.جيه.کي  

SAM-ايس.أي.عيم.

SMP-.ڨي. ايس.عيم

UIA- يو.اءي.أي.

UPSI- يو.ڨي.ايس.أي.

Padanan ejaan Jawi bagi akronim nama khas atau akronim kata umum dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris (yang dilafaz sebagai kata) boleh ditulis lengkap sebagai kata: 

RISDA-ريسدا

MARA- مارا

ADUN-ادون

Ejaan18.02.2022
SAPAAN UNTUK DR? PERLU YBHG ATAU TIDAK?YBHG HANYA UNTUK DATUK/DATO'/DATO' YANG BUKAN AHLI PARLIMEN/ADUN/MENTERI/MEMEGANG SEBARANG JAWATAN KABINETLain-lain29.09.2010
Setahu saya "Yang Berhomat Mulia" ini digunakan untuk kerabat diraja dengan gelaran warisan seperti Raja,Tengku,dan sebagainya yang menjadi wakil rakyat (sama ada ahli Parlimen/ADUN). Jadi gelaran yang digunakan oleh MAIK seperti yang dilampirkan adalah tidak tepat.Visual yang dilampirkan tidak dapat dibuka. Kami tidak dapat menyemak lampiran yang tuan berikan tentang penggunaan Yang Berhormat Mulia oleh Majlis Agama Islam Kelantan. Penyataan tuan tentang penggunaan sapaan "Yang Berhormat Mulia" betul. Walau bagaimanapun, penggunaan pada peringkat negeri juga tertakluk pada protokol kerajaan negeri berkenaan.Tatabahasa26.01.2021
Apakah padanan yang sesuai bagi perkataan “mixed or blended food” selain "makanan campuran atau sebatian " kerana kami dapati perkataan "compounded" juga digunakan sebagai "sebatian".Cadangan terjemahan yang sesuai bagi "mixed food" atau "blended food" ialah makanan adun atau makanan campurMakna28.05.2021
Kenapa badan perundangan negeri di Pahang menggunakan istilah Dewan Negeri Pahang dan ahlinya dipanggil ADN sebagai nama rasmi seperti juga di Johor, Perak dan Selangor, tidak seperti negeri-negeri lain yang menggunakan istilah Dewan Undangan Negeri atau ahlinya dipanggil ADUN?DBP memohon maaf kerana tidak dapat memberikan maklum balas. Mohon saudara mendapatkan maklumat lanjut daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang (Unit Protokol) berkaitan dengan perkara tersebut.


Lain-lain13.04.2023
Boleh saya tahu kata baru yang menggabungkan bahagian kata (Akronim) selain daripada Selembu (seladang + lembu), apa lagi ya? Terima kasih
Mengikut Kamus Dewan, perkataan "AKRONIM" bermaksud kependekan yang terbentuk daripada ga­bung­an huruf-huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yang boleh diujarkan sebagai satu perkataan. Contohnya ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri), Perhilitan (Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara), GAPENA (Gabungan Persatuan Penulis Nasional), cerpen (cerita pendek), purata (pukul rata), pawagam (panggung wayang gambar) dan banyak lagi. 

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkataan "AKRONIM", puan bolehlah merujuk buku Tatabahasa Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Buku Tatabahasa Dewan sangat berkesan untuk dijadikan panduan dalam pembelajaran tatabahasa Melayu.
Tatabahasa11.02.2021
MEMIMPIN PEMIMPIN MUDA ARP Kita seharusnya mengambil contoh dari Badan Operasi Persatuan Belia Cergas Pontian diatas inisiatif mereka dalam mengadakan satu bengkel bagi melahirkan Pemimpin Anugerah yang berkualiti. Bengkel yang diadakan pada 25 dan 26 Oktober 2008 bertujuan membimbing dan melatih pemimpin muda dalam melaksanakan aktiviti Program Anguerah Remaja Perdana Rakan Muda. Bengkel tersebut dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan (ADUN) kawasan Pekan Nenas, YB Tan Lai Soon. Selama 2 hari, para pemimpin telah didedahkan mengenai falsafah program dimana ia merupakan nadi kepada program tersebut dan tidak ketinggalan tentang kefahaman pengendalian teknikal bagi komponen-komponen Kemahiran, Rekreasi Fizikal, Kemasyarakatan dan Penjelajahan Lasak. Bengkel diakhiri dengan penyampaian sijil pertauliahan yang disertakan dengan pin merah yang berbentuk “Burung Dove” melambangkan mereka adalah Pemimpin Anugerah yang telah ditauliahkan.Soalan saudara tidak jelas. Sekian, terima kasih.Lain-lain24.11.2008
123

Kembali ke atas