Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : 4. far on in time, course, growth, etc, a. (of night) jauh, larut: the night was well ~, hari sudah jauh malam or malam telah larut; b. (of season) udah lanjut: the summer was already ~, musim panas sudah lanjut; c. (of disease) teruk, serius: cancer at its ~ stage, kanser yg sudah teruk; 5. higher, a. (of study, degree, diploma, etc) tinggi: ~ mathematics, (ilmu) matematik tinggi; b. (of course of study) lanjutan: an ~ course in civil engineering, kursus lanjutan kejuruteraan awam; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : adj 1. forward, di (barisan) hadapan: the platoon took up an ~ position, platun itu mengambil kedudukan di barisan hadapan; 2. being ahead, (of work, project, etc) hampir selesai: the work is well ~, kerja itu hampir selesai; 3. ahead of the times, (of person, opinion, idea, etc) mendahului zamannya: his ~ ideas influenced political developments in the country, buah fikirannya yg mendahului zamannya telah mempengaruhi perkembangan-perkembangan politik di negaranya; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata advanced


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah terjemahan kepada Bahasa Melayu berkaitan dengan nama kursus di bawah: 1. Advanced Diploma in Health Care Management 2. Advanced Diploma in Intensive Care 3. Advanced Diploma in Cardiovascular Health Care 4. Advanced Diploma in Emergency Care Terima Kasih

1. Advanced Diploma in Health Care Management = Diploma Lanjutan Pengurusan Penjagaan Kesihatan

2. Advanced Diploma in Intensive Care = Diploma Lanjutan Rawatan Rapi

3. Advanced Diploma in Cardiovascular Health Care = Diploma Lanjutan Penjagaan Kesihatan Kardiovaskular

4. Advanced Diploma in Emergency Care = Diploma Lanjutan Penjagaan Kecemasan

Penyemakan dan penterjemahan05.11.2014
Salam sejahtera, apakah padanan istilah bagi frasa "advanced illness"? Sekian, terima kasih.

Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan maksud illness ialah penyakit, manakala maksud advanced pula ialah lanjutan. Cadangan terjemahan yang sesuai bagi advanced illness ialah penyakit lanjutan

Makna10.04.2020
Perkataan seerti dengan "advanced breast cancer"Sekiranya bersesuaian dengan konteks penulisan tuan/puan, kami mencadangkan padanan bahasa Melayu untuk "advanced breast cancer" ialah "kanser payudara peringkat lanjutan".Penyemakan dan penterjemahan27.10.2022
1)Advanced Reproductive Biotechnology Lab artificial insemination & embrio collection area, semen collection area, sperm lab,cold room, blood processing area,visitor room,multimedia room,garage. 2)Advanced Reproductive Biotechnology Office manager room, conference room, officer area, surau, pantry, waiting area. 3)Veterinary Lab/ISO Office veterinary room, ISO Office, Pantry. 4)Central Performance testing (CPT) 5)Store 6)Cattle Shed1)Makmal Bioteknologi Pembiakan ruang permanian beradas dan pungutan embrio,bilik bilik pungutan semen makmal sperma, bilik sejuk, ruang pemprosesan darah, bilik pelawat, bilik multimedia, garaj. 2)Pejabat Bioteknologi Pembiakan Lanjutan bilik pengurus, bilik persidangan,ruang pejabat, surau, pantri, ruang menunggu. 3)Makmal Veterinar/Pejabat ISO bilik vaterinar, Pejabat ISO, Pantri. 4)Ujian Prestasi Berpusat (UPB) 5)Stor 6)Kandang Lembu.Istilah25.11.2011
Tuan, Saya nak bertanya mengenai istilah Bahasa Inggeris untuk ditukar kepada Bahasa Malaysia yang tepat 1. Catalytic Converter- 2. Advanced detergent & dispersant properties- 3. Drain interval- Sekian, Terima kasih

1. catalytic converter - pengubah bermangkin/penukar bermangkin

2. advanced detergent &  dispersant properties - ciri-ciri bahan cuci dan bahan serak yang terkini

3. Drain interval - saliran pertengahan

Istilah30.06.2009
Penggunaan Nama Persijilan Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran ingin mendapatkan khidmat nasihat pihak daripada DBP untuk penggunaan nama persijilan seperti di bawah: 1. Malaysian Skills Advanced Specialist = Pakar Tertinggi Kemahiran Malaysia Oleh yang demikian pihak kami ingin mendapatkan pandangan dan nasihat pihak DPB sama ada penggunaan Bahasa Melayu di atas adalah betul atau tidak. Kerjasama dan keprihatinan pihak DBP adalah didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. Azizah Md SalehSekiranya bersesuaian dengan konteks penggunaan, kami mencadangkan padanan bahasa Melayu bagi Malaysian Skills Advanced Specialist ialah Pakar Kemahiran Tinggi Malaysia.Penyemakan dan penterjemahan01.09.2021
Apakah terjemahan bagi perkataan "highly-connected" dan "connectivity". Contoh penggunaan - "The city is highly-connected with advanced digital connectivity & reliable transportation". Terima kasih.Istilah Highly-connected masih belum ada dalam data pangkalan kami. Cadangan yang sesuai bagi terjemahan highly-connected ialah mengikut konteks ayat yang diberikan ialah berhubung sepenuhnya manakala maksud connectivity dalam bidang teknologi maklumat ialah ketersambungan. Makna09.10.2017
Mohon terjemahan bagi yang frasa Inggeris dalam ayat berikut: Bagi mendepani Revolusi Perindustrian Keempat, institusi perlu menguasai 11 'enabling technologies' yang berikut: 1. Big Data Analytics (Analisis Data Raya?) 2. Artificial Intelligence (Kecerdasan Buatan) 3. Augmentd Reality (Realiti Terimbuh) 4. Additive Manufacturing (Pembuatan Bahan Tambah) 5. Cybersecurity (Keselamatan Siber) 6. Systems Integration (Integrasi Sistem / Sistem Bersepadu?) 7. Internet of Things (Internet Benda) 8. Simulation (Simulasi) 9. Advanced Materials (Bahan Canggih?) 10. Autonomous Robots (Robot Berautonomi) 11. Cloud Computing (Pengkomputeran Awam) Terima kasihTerjemahan yang sesuai bagi perkataan bahasa Inggeris yang diberikan ialah:
 
1. Big Data Analytics - Analisis Data Raya
2. Artificial Intelligence - Kecerdasan Buatan
3. Augmentd Reality - Realiti Terimbuh
4. Additive Manufacturing - Pembuatan Bahan Tambahan
5. Cybersecurity - Keselamatan Siber
6. Systems Integration - Sistem Bersepadu
7. Internet of Things - Internet Benda
8. Simulation - Simulasi
9. Advanced Materials - Bahan Termaju
10. Autonomous Robots - Robot autonomi
11. Cloud Computing - Pengkomputeran Awam
12. enabling technologies - Teknologi pemboleh
Terima kasih
Makna03.10.2018
Bolehkah saya terjemahkan "dexterous" kepada cekap? Berikut merupakan definisi yang diberikan oleh Cambridge Dictionary having the ability to perform a difficult action quickly and skilfully with the hands; having the ability to think quickly and effectively or to do something difficult extremely wellDewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tidak melaksanakan fungsi terjemahan. Saudara bolehlah merujuk kepada  Institut Terjemahan & Buku Malaysia untuk jawapan yang lebih tuntas. Walau bagaimanapun, merujuk kepada Kamus Oxford Fajar Advanced Learners English-Malay Dictionary (Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 2001), ada dua padanan yang diberikan untuk dexterous, iaitu (a) skilful with one's hand, cekap: She's very dexterous with the knitting needles. Dia sangat cekap mengendali jarum kait. (b) skilfully perform, tangkas: a dexterous movement pergerakan yang tangkas. Kedua-dua padanan ini adalah berbeza mengikut konteks ayat atau penggunaannya.  



Penyemakan dan penterjemahan06.02.2024
Harap encik/puan boleh tolong menterjemahkan bahan iklan tersebut. Terjemahan terkini adalah seperti berikut: Launch Print Ad – BM HEADLINE Siapa sangka Formula One™ boleh membantu anda menikmati lebih penjimatan petrol? Kami menjangka. Kami menciptanya. BODYCOPY Teknologi Formula One™, untuk semua. Petrol ciptaan kami menjadi pemacu Pasukan Formula One™ MERCEDES AMG PETRONAS. Kecekapannya yang unggul membolehkan mereka berlumba dengan pengurangan petrol sebanyak 30%. Kami terapkan teknologi yang sama dalam rumusan baharu Advanced Energy Formula yang membersih, menghasilkan semburan lebih halus dan mengurangkan geseran untuk penjimatan petrol yang unggul. Alami sendiri teknologi paling inovatif di dunia, kini di semua stesen PETRONAS.Untuk pengesahan iklan, sila klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Untuk kali pertama puan perlu mendaftar dahulu dan dapatkan kata laluan (password) yang dihantar kepada e-mel yang telah didaftarkan dan ikutilah tatacara yang seterusnya.Lain-lain20.05.2014
12

Kembali ke atas