Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ad.ver.ba] | ادۏربا

Definisi : (Lin) kata yg menerangkan kata kerja, kata sifat, atau kata adverba lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ad.ver.ba] | ادۏربا

Definisi : kata yg menjawab pertanyaan bagaimana, bila, di mana dan menerangkan kata kerja, adjektif dll (spt dgn baik, dgn cepat, dahulu, sering); kata keterangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata adverba


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya mempunyai kekeliruan tentang adverba. Dalam buku Tatabahasa Dewan, tiada disebutkan tentang adverba. Adakah adverba wujud dalam Bahasa Melayu. Terdapat berita mengatakan adverba akan dibincangkan pada edisi buku seterusnya. Saya perlukan sedikit penjelasan. Terima Kasih.Kata adverba ialah perkataan yang menerangkan kata kerja,kata adjektif,kata nama,dan frasa sendi nama dari segi cara,masadan tempat. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 289 untuk keterangan lanjut. Kata adverba dimasukkan sebagai subkelas kata di bawah kelas kata tugas.Tatabahasa02.04.2008
Assalamualaikum, Saya ada dua soalan mengenai adverba. Apakah persamaan dan perbezaan binaan frasa adverba dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris? 2. Apakah perbezaan binaan frasa adverba dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris? saya amat keliru mengenai adverba, dan rata-rata pelajar juga keliru dengan adverba kerana dalam Tatabahasa Dewan, hanya terdapat kata adverba dibawah kata tugas.Manakala, berdasarkan Nahu Melayu Mutakhir hanya menceritakan frasa adverba. bagaimana sebagai seorang pelajar untuk menerima dengan sebenar-benarnya mengenai binaan dan fungsi frasa adverba agar tidak terkeliru. Mohon penjelasn. Terima Kasih.

Buku Tatabahasa Dewan merupakan tatabahasa pegangan Kementerian Pendidikan Malaysia yang merakamkan sistem bahasa Melayu yang merupakan salah satu korpus utama bahasa Melayu. Mengikut Tatabahasa Dewan, kata adverba tidak perlu dan tidak tepat bagi bahasa Melayu. Konsep kata adverba membawa pengertian bentuk kata yang berfungsi menerangkan kata kerja dalam predikat.  Misalnya:
   Dia berjalan dengan cepat.
   Air sungai itu mengalir tenang.

Kata-kata seperti cepat dan tenang menjadi unsur keterangan kepada kata kerja.  Namun, dalam bahasa Melayu, unsur keterangan tidak hanya terbatas pada menerangkan kata kerja kerana predikat ayat dalam bahasa Melayu boleh terdiri daripada struktur-struktur lain, iaitu frasa nama(FN), frasa adjektif(FA) dan frasa sendi nama(FSN). Misalnya:
     Pegawai itu sibuk selalu.
     Mereka ke Johor Bahru dengan segera.

Dalam ayat di atas, selalu dan dengan segera masing-masing menerangkan frasa adjektif sibuk dan frasa sendi nama ke Johor Bahru, iaitu predikat ayat.  Konsep adverba tidak dapat digunakan dalam keadaan ini kerana tidak ada kata kerja yang terlibat.  Golongan kata adverba sesuai dengan bahasa-bahasa seperti bahasa Inggeris yang mempunyai satu struktur predikat iaitu, frasa kerja. Bagi bahasa Melayu yang mempunyai empat struktur frasa predikat, istilah keterangan lebih sesuai, iaitu melihat gejala ini dari segi fungsinya (menerangkan) tidak kira yang diterangkan itu kata kerja, kata adjektif, kata sendi nama atau kata nama.  Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga menghuraikan kata adverba pada halaman 289-295.
Tatabahasa18.11.2014
Mengapa perlunya kata adverba dalam bahasa Melayu? (merujuk dalam buku tatabahasa terbaharu)Kata adverba ialah perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, kata nama dan frasa sendi nama dari segi cara, masa dan tempat. Kata adverba dapat digolongkan kepada empat bentuk iaitu i) Kata adverba jati, ii) Kata adverba yang asalnya kata adjektif iii) Kata adverba yang asalnya kata kerja dan iv) Kata adverba bentuk gandaan. Menjawab persoalan saudara iaitu mengapa perlunya kata adverba dalam bahasa Melayu, dalam hal ini, mungkin timbul keperluan untuk membezakan Kata Adverba dan Kata Adjektif yang lebih menerangkan tentang sifat dan kata adverba mrnerangkan lebih kepada keadaan. (Contoh perlahan-lebih kepada cara atau gaya).Lain-lain09.03.2007
salam...saya agak kurang faham dengan kata adverba. soalan saya, adakah setiap perkataan selepas kata kerja merupakan kata adverba ? Adakah setiap kata adverba itu perlu diikuti selepas kata sendi nama??Untuk lebih memahami kata adverba kita perlu memahami fungsi kata tersebut iaitu menerangkan kata kerja,kata adjektif atau frasa sendi nama, contohnya; "Beliau selalu memperkatakan hal itu", "Anaknya datang ke sini diam-diam". Kedua-dua contoh ini kata adverba yang menerangkan kata kerja dan jika diperhatikan kata adverba dapat hadir sama ada sebelum atau selepas unsur yang diterangkan (kata kerja). Contoh lain; "Kami serat-merta ke rumahnya apabila mendapat khabar itu" dan "Orang tua itu itu selalu ke tepi tasik menyendiri". kata adverba yang merangkan frasa sendi nama. Kata adverba juga dapat hadir sebelum atau selepas unsur yang diterangkan (frasa sendi nama - bukan kata sendi nama).Tatabahasa11.03.2009
Cikgu, samakah maksud "kata keterangan" dengan "kata adverba"? Jika sama maksud, mengapakah penulis-penulis Tatabahasa Dewan tidak menggunakan istilah "kata keterangan" berbanding dengan "kata adverba"? "Kata keterangan" frasa Melayu, manakala kata "adverba" dalam frasa "kata adverba" pinjaman daripada bahasa Inggeris. Sedangkan kita ada frasa Melayu sendiri, mengapakah Tatabahasa Dewan tidak memakai istilah frasa Melayu itu? Mengapakah mesti memilih frasa "kata adverba" yang merupakan pinjaman daripada bahasa Inggeris?Unsur keterangan tidak sama dengan kata adverba. Unsur keterangan dalam frasa kerja terdiri daripada unsur yang menerangkan kata kerja itu dengan lebih lanjut lagi dan unsur ini juga berfungsi sebagai frasa adverba. Unsur keterangan boleh terdiri daripada frasa sendi nama, frasa adjektif, frasa nama dan kata adverba. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan halaman 289 dan 399.Tatabahasa27.02.2015
Bolehberikan contoh kata adverba yang menerangkan kata nama dan frasa nama? Keempat-empat kata adverba yang saya belajar secara spesifik tiada menyentuh kata adverba yang menerangkan kata nama atau frasa nama. Terima kasih.Kata adverba ialah perkataan yang menerangkan kata kerja,kata adjektif,kata nama,dan frasa sendi nama dari segi cara,masa dan tempat. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 289 untuk keterangan lanjut. Kata adverba dimasukkan sebagai subkelas kata di bawah kelas kata tugas.

Contoh ayat:

Hari jadinya ialah hari esok.

Dalam ayat di atas, kata adverba "esok" hadir sesudah kata nama "hari".
Tatabahasa21.01.2016
apa maksud kata adverbaKata adverba ialah perkataan yang menerangkan kata kerja,kata adjektif,kata nama,dan frasa sendi nama dari segi cara,masa dan tempat. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 289 untuk keterangan lanjut. Kata adverba dimasukkan sebagai subkelas kata di bawah kelas kata tugas.Tatabahasa29.01.2014
Tuan,saya ingin menanyakan kekeliruan saya tentang kata adverba lagi. Dalam ayat "Sepandai-pandai tupai melompat, jatuh ke tanah jua", kata adverba "sepandai-pandai" menerangkan kata nama "tupai", atau menerangkan kata kerja "melompat"? Bagaimanakah caranya untuk menentukan kata adverba menerangkan golongan kata apa? Adakah kita perlu memahami maksud ayat dahulu lalu menentukan sasaran penerangan kata adverba dengan kefahaman sendiri? Pada pemahaman saya, kata adverba "sepandai-pandai" menerangkan cara tupai melompat, jadi kata adverba "sepandai-pandai" menerangkan kata kerja "melompat". Adakah cara saya ini betul? Betulkah saya perlu menentukan sasaran golongan kata yang diterangkan oleh kata adverba melalui pemahaman saya tentang ayat itu? Tuan tolong kemukakan satu cara yang berkesan kepada saya untuk mengetahui kata adverba menerangkan jenis golongan kata yang mana. Sebagai tambahan, saya memahami bahawa "sepandai-pandai tupai melompat, jatuh ke tanah jua" ialah peribahasa, tetapi saya mengandaikan peribahasa ini digunakan sebagai satu ayat.Kata adverba sepandai-pandai dalam peribahasa Sepandai-pandai tupai melompat, jatuh ke tanah jua menerangkan kata kerja melompat.  Perkara ini akan kami kemukakan kepada panel Tatabahasa Dewan.  Tatabahasa06.12.2014
Tuan, saya ada masalah dengan kata adverba. Minta lihat ayat di bawah dulu. 1. Dia akan pergi ke Australia selama-lamanya. Saya difahamkan bahawa perkataan "selama-lamanya" ialah kata adverba yang mengalami proses penggandaan separa. Yang tidak saya fahami ialah kata adverba "selama-lamanya" menerangkan frasa sendi nama "ke Australia", menerangkan kata kerja "pergi", atau menerangkan frasa kerja "pergi ke Australia selama-lamanya"? (Dalam frasa kerja "pergi ke Australia", frasa sendi nama "ke Australia" ialah keterangan tempat, kan?). Adakah kedudukan kata adverba menentukan golongan kata yang diterangkan oleh kata adverba? Contohnya, jikalau kata adverba "laju" hadir selepas kata kerja "bergerak" dalam ayat: Kereta api itu bergerak laju, adakah kata adverba "laju" menerangkan "bergerak" kerana hadir di belakang kata kerja "bergerak"?

1. Dia akan pergi ke Australia selama-lamanya. Kata adverba “selama-lamanya” menerangkan frasa sendi nama ke Australia. 2. Kereta api itu bergerak laju. Kata adverba “laju” menerangkan kata kerja bergerak.

Tatabahasa06.12.2014
Apakah status "cuba" dan "terus" dalam contoh ayat dibawah? 1. Ibu cuba menolak pintu itu dengan sekuat hati. 2. Adik terus berlari mendapatkan ayah yang pulang dari Bali. Adakah ia adalah kata adverba?Sekiranya adverba, adakah ia tergolong Kata Adverba Jati? Terima kasih.Kata cuba dan terus dalam kedua-dua ayat tersebut merupakan kata adverba jati yang menerangkan kata kerja dan frasa kerja.Tatabahasa07.04.2008
1234567

Kembali ke atas