Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.ro.ang.ka.sa] | ايرواڠکاس

Definisi : (aéroangkasa) 1. atmosfera bumi dan ruang yg melampauinya; 2. berkaitan dgn roket, pesawat udara, peluru berpandu, kapal angkasa lepas dsb yg terbang atau ber­operasi dlm ruang angkasa lepas: industri ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[é.ro.ang.ka.sa] | ايرواڠکاس

Definisi : /aéroangkasa/ 1 atmosfera bumi dan ruang yg melampauinya. 2 berkaitan dgn pesawat udara, roket, peluru berpandu, kapal angkasa dsb yg terbang atau beroperasi dlm ruang angkasa dan angkasa lepas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aeroangkasa


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERUBATAN AEROANGKASA

Perubatan aeroangkasa ialah bidang sains

perubatan yang berkaitan dengan kesan

penerbangan terhadap kesihatan manusia. Ia

meliputi perubatan penerbangan , penjagaan anak

kapal dan penumpang; dan perubatan angkasa ,

penjagaan angkasawan. Doktor dan ahli sains

dalam bidang ini cuba meningkatkan prestasi

kerja dan keselamatan, dan juga kesihatan,

mereka yang menaiki kapal terbang.

UMUM 
SAN DIEGO,

San Diego, California (pend. 1 110 549; pend. kaw.

met. 2 498 016) ialah salah satu pusat pangkalan

udara dan aeroangkasa yang utama di Amerika

Syarikat. Ia terletak di sudut barat daya California, di

sempadan Amerika Syarikat-Mexico. Bandar raya ini

meliputi kawasan seluas 1020 kilometer persegi,

termasuk 181 kilometer persegi perairan

pedalaman. Di sini terletaknya pusat pentadbiran

Kaunti San Diego.

UMUM 
SAN JOSE

San Jose, California, (pend. 782 248; pend. kaw.

met. 1 497 577) ialah bandar perindustrian yang

utama dan salah sebuah pusat pembuatan

aeroangkasa yang utama di Amerika Syarikat. Ia

terletak di Lembah Santa Clara, lebih kurang 80

kilometer ke selatan San Francisco.

Keluaran utama industri elektronik di sini ialah

komputer dan kelengkapan komputer. Kawasan dari

San José ke barat laut ke Palo Alto kadang-kadang

dikenali sebagai Lembah Silikon disebabkan

terdapat banyak industri komputer dan industri

yang berkaitan dengan komputer.

UMUM 

Kembali ke atas