Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.ro.bik] | ايروبيک

Definisi : (aérobik) 1. senaman yg penuh ber­tenaga utk meningkatkan bekalan oksigen dlm darah serta memperkuat jantung dan paru-paru, biasanya dilakukan dgn gerak-geri spt tarian dan diiringi muzik yg rancak: ada ~kah hari ini?; tarian ~ sj tarian yg bercorak (bersifat) senaman; 2. (Bio) berkaitan dgn atau memerlukan oksigen bebas: penguda­raan diperlukan utk membekalkan oksigen bagi mikroorganisma ~; beraerobik melakukan aerobik: beberapa cara utk menguruskan badan spt ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aerobik


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
bagaimanakah ejaan yang betul untuk perkataan 'aerobik'? Aerobik atau ErobikEjaan yang betul ialah aerobik.Ejaan23.12.2014
Pohon bantuan...manakah lebih sesuai untuk papan iklan, adakah 'Pusat Aerobik' atau 'Pusat Senamrobik'..TKPusat Aerobik dan Pusat Senamrobik, kedua-duanya boleh digunakan.Tatabahasa14.09.2011
Adakah senamrobik dikira sebagai akronim? Daripada perkataan senaman aerobik.Senamrobik ialah latihan jasmani yg mengga­bungkan senaman biasa dan aerobik. Ia dikategorikan sebagai kata akronim bahagian awal perkataan pertama dengan bahagian lain dalam perkataan yang mengikutinya.Lain-lain24.01.2021
Assalamualaikum dan salam sejahtera tuan/puan Saya mohon bertanya ejaan di dalam Bahasa Melayu : 'Instructor Aerobik' Terima kasihPadanan instructor aerobic ialah jurulatih aerobik.Penyemakan dan penterjemahan22.05.2015

Kembali ke atas