Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.ro.nau.tik] | ايروناوتيک

Definisi : (aéronautik) kajian tentang aspek-aspek penerbangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aeronautik


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
EIFFEL, ALEXANDRE GUSTAVE

Eiffel, Alexandre Gustave (1832–1923),

jurutera struktur dan aeronautik Perancis yang

mereka bentuk Menara Eiffel setinggi 300 meter

di Paris untuk Pesta Dunia 1889.

UMUM 
ADMINISTRATION (NASA)

National Aeronautics and Space

Administration (NASA) ialah agensi kerajaan

Amerika Syarikat yang mengendalikan dan

mengkoordinasi penyelidikan aeronautik di dalam

atau di luar lingkungan atmosfera bumi. NASA

menggaji kira-kira 21 000 orang ahli sains, jurutera

dan juruteknik di dalam 10 pemasangan utama.

Kemudahan ini termasuklah John F. Kennedy Space

Center, Lyndon B. Johnson Space Center, Goddard

Space Flight Center dan George C. Marshall Space

Flight Center .

UMUM 
MAKMAL PENDORONGAN JET

Makmal Pendorongan Jet (Jet Propulsion

Laboratory) ialah pusat reka bentuk pesawat tanpa

pemandu, dan pengawalannya di angkasa. Makmal

ini dikendalikan oleh California Institute of

Technology yang terletak di Pasadena, California,

Amerika Syarikat. Ia melaksanakan tugas ini bagi

pihak Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa

Kebangsaan – National Aeronautics and Space

Administration (NASA).

UMUM 

Kembali ke atas