Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aeruginosa


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
gentamicingentamisinBioteknologiTiadaAntibiotik aminoglikosida yang dihasilkan oleh Micromonospora sp. dan digunakan untuk merawat jangkitan Pseudomonas aeruginosa. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa strain P. aeruginosa yang mempunyai plasmid yang tahan terhadap antibiotik ini.
alginatealginatBioteknologiTiadaPolisakarida yang dihasilkan oleh Pseudomonas aeruginosa dan Azotobacter vinelandii. Polisakarida ini terdiri daripada dua asid uronik, iaitu asid manuronik dan asid gluronik dengan nisbah 4:1 hingga 20:1.
antistaphylococcalantistafilokokalHerbaPemiawaianSifat agen yang menghalang, memusnahkan atau menyekat pertumbuhan bakteria Staphylococci sp. yang menyebabkan jangkitan pada kulit atau paru-paru. Contohnya, ekstrak metanol rizom temu hitam (Curcuma aeruginosa) yang bersifat antistafilokokal.
bacteriocinbakteriosinBioteknologiTiadaProtein yang dibebaskan oleh bakteria tertentu dan menyebabkan kematian mikroorganisma yang ada hubungan dengan mikroorganisma penghasil, misalnya kolisin yang dibebaskan oleh Escherichia coli; piosin yang dibebaskan oleh Pseudomonas aeruginosa, megasin yang dibebaskan oleh Bacillus megaterium, dan vibriosin yang dibebaskan oleh Vibrio sp. Protein ini bertindak dengan cara merencatkan sintesis protein atau bertindak ke atas DNA sel. Beberapa bakteriosin dapat dinyahaktifkan oleh tripsin.

Kembali ke atas