Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata afghanistan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ORANG PUSHTUN

Orang Pushtun ialah salah satu kumpulan etnik

yang terbesar di Afghanistan dan Pakistan.

Kumpulan itu merangkumi kira-kira setengah

jumlah penduduk Afghanistan dan kira-kira satu

per lima daripada jumlah penduduk Pakistan.

Kebanyakan orang Pushtun tinggal berhampiran

dengan sempadan di antara Afghanistan dengan

Pakistan – di bahagian timur Afghanistan atau

bahagian barat Pakistan.

UMUM 
KABUL

Kabul (pend. 1 036 407) ialah ibu negara dan

bandar terbesar di Afghanistan. Keluasannya

termasuk kawasan di sepanjang tebing Sungai

Kabul di timur Afghanistan. Bandar ini terletak 1795

meter di atas aras laut di Pergunungan Hindu Kush.

UMUM 
SAYYAF, ‘ABD RABB AL-RASUL

Sayyaf, ‘Abd Rabb al-Rasul (1365 H.– ?/1945

M. – ?) ialah pejuang Islam dan pengasas jemaah

Islam pertama di Afghanistan. Dia lahir di

Afghanistan dan mendapat pendidikan awal pada

peringkat rendah di Madrasah Buqman. Kemudian

dia melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah

di Madrasah Ibn Sina. Seterusnya, dia

menyambung pelajaran di Madrasah Abu Hanifah

al-Thanawiyyah di Kabul dan menamatkan

pengajiannya pada tahun 1962. Dia berjaya

memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang

syariah daripada Universiti Kabul pada tahun 1967.

Selepas itu, dia mendapat Ijazah Sarjana dalam

bidang ilmu hadith daripada Fakulti Usuluddin,

Universiti al-Azhar dengan menulis sebuah tesis

bertajuk ‘al-Wad’u fi al-Sunnah wa Juhud al-Ulama’

fi Muqawamatihi’ . Dia dilantik sebagai pensyarah

ilmu hadith, ilmu pembahagian harta pusaka dan

ilmu bahasa di Fakulti Syariah, Universiti Kabul. Di

samping itu, dia juga pensyarah mata pelajaran

hadith dan agama di Fakulti Pentadbiran di

universiti yang sama.

UMUM 
QANDAHAR

Qandahar, juga dieja Kandahar (191 345 pend.)

ialah bandar kedua terbesar di Afghanistan. Ia

terletak di bahagian selatan negara itu.

UMUM 
EMPAYAR KUSHAN

Empayar Kushan berkembang maju dalam

daerah yang kini dikenali sebagai Pakistan,

Afghanistan, dan kawasan barat laut India, pada

kira-kira tahun 50 M hingga pertengahan tahun

200-an M.

UMUM 
PARSI PURBA

Parsi Purba ialah negara yang meliputi Iran

dan Afghanistan kini. Parsi purba pernah

diperintah oleh Cyrus yang Agung, Darius I,

Xerxes, dan beberapa pemimpin lain. Perkataan

Parsi berasal daripada Persis, nama Yunani bagi

rantau ini. Parsi ialah negara maju dan pusat

empayar yang luas. Parsi juga dikenali sebagai

tanah Aryan, dan daripada perkataan ini terbentuk

nama bagi Iran yang bahasanya dikenali sebagai

bahasa Arya.

UMUM 
KHAN

Khan ialah perkataan yang kini digunakan untuk

maksud tuan di Afghanistan dan di bahagian-bahagian

lain Asia Tengah.

UMUM 
KANISHKA

Kanishka ( ? M.–160 M.?), pemerintah teragung

Empayar Kushan, yang diasaskan di negara yang

kini dikenali sebagai Pakistan, Afghanistan dan

barat daya India dari tahun 50 M. hingga

pertengahan tahun 200 M.

UMUM 
ANJING PEMBURU AFGHAN

Anjing pemburu Afghan ialah anjing yang

dikenali kerana kepantasan dan kecekapannya.

Beratus-ratus tahun lamanya, ia digunakan untuk

memburu gazel, kelinci, dan harimau bintang salji

di Afghanistan.

UMUM 
AKBAR

Akbar (1542–1605) ialah Maharaja Mughal ketiga

dan yang teragung di India. Selama 49 tahun

pemerintahannya, dari tahun 1556 hingga

kemangkatannya, baginda menguasai sebahagian

besar utara dan timur India dan juga Afghanistan.

UMUM 
12

Kembali ke atas