Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : akronim bagi Asean Free Trade Area (Kawasan Perdagangan Bebas Asean). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (Ubat) ulser kecil yg lazimnya terjadi di dlm mulut akibat jangkitan kulat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata afta


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
AFTA CouncilMajlis AFTAUndang-undangUndang-undang AntarabangsaMajlis yang dianggotai oleh menteri ekonomi atau perdagangan negara anggota Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN). Majlis tersebut bertanggungjawab melaksanakan dasar liberalisasi tarif dalam Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA). Lihat juga Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA).
ASEAN Free Trade Area (AFTA)Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA)Undang-undangUndang-undang AntarabangsaAturan perdagangan serantau yang membentuk blok perdagangan antara negara anggota ASEAN. Perjanjian penubuhan AFTA dimeterai oleh Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand pada tahun 1992. Vietnam menyertai AFTA pada tahun 1995, Laos dan Myanmar menyertainya pada tahun 1997, dan Kemboja menganggotainya pada tahun 1999. Matlamat utama AFTA adalah untuk meningkatkan daya saing ekonomi ASEAN menerusi pengurangan dan penghapusan halangan perdagangan tarif dan bukan tarif. AFTA juga bertujuan untuk meningkatkan kemasukan pelaburan langsung asing ke rantau ASEAN. Mekanisme terpenting AFTA ialah Skim Tarif Keutamaan Efektif Umum (CEPT) yang mengurangkan dan menghapuskan tarif terhadap produk yang didagangkan sesama negara anggota ASEAN. Peranan AFTA dan mekanismenya termasuk CEPT telah diambil alih oleh Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) yang memperkukuh lagi integrasi dalam kalangan negara anggota ASEAN.
aphthousaftaPerubatanTiadaBerkaitan dengan atau bercirikan afta.
common effective preferential tariff schemeskim tarif keutamaan efektif umum (CEPT)Undang-undangUndang-undang AntarabangsaSkim dalam Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) yang mewajibkan tarif dikurangkan secara beransur-ansur kepada kadar 0 hingga 5 peratus bagi barangan yang didagangkan antara negara AFTA. Skim ini bermula pada 1 Januari 1993 dan sepatutnya dilaksanakan sehingga sempurna pada tahun 2003. Terdapat tiga pengecualian dalam skim ini, iaitu pengecualian sementara, produk pertanian sensitif dan pengecualian umum. Skim CEPT diganti oleh Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN (ATIGA) pada tahun 2010, yang membentuk sebahagian daripada Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC).
aphthaaftaPerubatanTiadaUlser kecil yang sakit pada mukosa mulut.
aphthaaftaPerubatanTiadaUlser kecil yang lazimnya terjadi di dalam mulut.
aphthous ulcerulser aftaPerubatanTiadaUlser kecil di membran mukus mulut, bermula dengan vesikul dan pecah menjadi ulser putih, berpinggir merah dan sakit.
aphthous stomatitisstomatitis aftaPerubatanTiadaUlser berulang di membran mukus mulut yang kelihatan seperti ulser herpes. Sinonim : gingivo-stomatitis, stomatis herpes.
aphthous stomatitisstomatitis aftaPerubatanTiadaTiada
recurrent aphthous ulcerulser afta berulangPerubatanTiadaTiada
12

Kembali ke atas