Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : simbol kimia bagi argentum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ag


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
reducing sugargula penurunHerbaFitokimiaSebatian gula yang mempunyai kumpulan aldehid atau keton yang boleh berubah kepada aldehid. Kesemua monosakarida dan beberapa disakarida seperti laktosa dan maltosa merupakan gula penurun. Sebatian ini menurunkan Cu(II) kepada Cu(I) ataupun Ag(I) kepada Ag dan sebatian gula teroksida kepada terbitan asidnya. Penurunan ini boleh dikesan dengan melihat perubahan warna yang berlaku pada Cu(II) yang berwarna biru kepada Cu(I) yang berwarna perang, atau perubahan larutan tidak berwarna Ag(I) kepada mendakan cermin perak Ag. Kehadiran gula penurun dalam air kencing manusia boleh diuji dengan kaedah ini dan digunakan sebagai salah satu cara untuk mengesan penyakit kencing manis.
inertia forcedaya sifatekunMekanikGunaanDaya yang diada-adakan untuk mewujudkan keseimbangan pada sistem yang sebenarnya bukan dalam keseimbangan. Jasad yang ditindak oleh daya tak terimbang F akan mengalami pecutan pusat jisim aG. Nilai F dan aG dihubungkan oleh persamaan gerakan F = maG, dengan m sebagai jisim jasad itu. Sistem tersebut akan berkeseimbangan, dilihat dari segi gerakan linear, jika daya –ma ditambahkan kepada sistem daya asal tadi. Vektor –ma, iaitu vektor yang mempunyai magnitud yang sama dan hala yang bertentangan dengan F dan dikenakan di pusat jisim G, dinamai daya sifatekun. Dalam analisis, vektor daya sifatekun dikenali dengan cara yang sama seperti pengendalian vektor daya biasa. Konsep ‘daya sifatekun’ ini digunakan dalam analisis yang menggunakan prinsip d’Alembert. Daya ini juga dinamai daya berkesan songsang. Sinonim daya inersia. Lihat juga keseimbangan dinamik, prinsip d’Alembert.
argentumargentumKimiaTiadaUnsur logam peralihan dalam kumpulan IB (atau 11) jadual berkala, simbol Ag, nombor atom 47, berat atom 107.87, nombor pengoksidaan +1, takat lebur 961oC, takat didih 2212oC, berbentuk pepejal lembut, berwarna putih perak, relap, mulur, pengalir elektrik dan haba yang baik, latur di dalam asid nitrik, asid sulfurik panas dan larutan alkali sianida, tetapi tidak larut di dalam air dan alkali, dan terdapat dua isotop yang stabil, iaitu Ag-107 dan Ag-109. Unsur ini diperoleh daripada hasil sampingan proses pengekstrakan kuprum, zink, plumbum atau aurum dan juga diekstrak daripada bijih argentum. Logan ini digunakan dalam pengeluaran argentum nitrat, argentum bromida, barang kemas, bateri, dan sebagai mangkin dan amalgam argentum. Nama umumnya ialah perak.
argentumargentumPerubatanTiadaUnsur logam, simbol Ag, nombor atom 47, berat atom 107.87, takat lebur 961.93 oC, takat didih 2212 oC.
argentumargentumKimiaTiadaUnsur logam, simbol Ag, nombor atom 47, berat atom 107.87, takat lebur 961.93 oC, takat didih 2212 oC.
silverperakKejuruteraanTiadaUnsur logam bersimbol Ag dan bernombor atom 47.
Chambon�s ruleperaturan ChambonBiologiGenetikPeraturan umum yang mengatakaan bahawa semua intron bermula dengan jujukan GT dan berakhir dengan jujukan AG, kecuali pada gen tRNA.
soft acidasid lembutKimiaBiokimiaAsid yang mempunyai atom penderma yang mudah terkutub dan keelektronegatifan rendah, cas positif rendah dan elektron mudah teruja untuk membentuk ikatan kovalen, seperti Cu+, Ag+, Au+, Ig+ dan sebagainya.
resultant-force diagramgambar rajah daya paduanMekanikGunaanGambar rajah yang menunjukkan daya paduan dan pasangan paduan yang bertindak pada sesuatu jasad, dengan vektor-vektor daya dan pasangan ditulis dalam sebutan pecutan pusat graviti G jasad itu aG dan pecutan sudutnya a. Daya paduan itu ditulis sebagai maG dan pasangan paduan sebagai IG, dengan IG sebagai momen sifatekun jisim jasad di sekitar titik G. Vektor maG melalui titik G dan digambarkan menerusi komponen-komponen tepatnya di titik itu; IGa ialah suatu vektor bebas. Dalam analisis kinetik, gambar rajah daya paduan ini ‘disamakan’ dengan gambar rajah jasad bebas untuk memudahkan penulisan persamaan gerakan yang berpadanan. (Perhatikan bahawa gambar rajah daya paduan adalam sama untuk semua masalah, dan ditunjukkan dalam Rajah G1 untuk kes gerakan satah jasad tegar. Bagi jasad rencam, vektor maG dan vektor IGa biasanya ditunjukkan secara berasingan untuk jasad komponen masing-masing. Gambar rajah daya tindakan juga dinamai gambar rajah kinetik. Lihat juga daya tindakan. Rajah G1 (rujuk mss. 35)
poetic dramadrama puitisKesusasteraanTiadaDrama yang ditulis dalam bentuk puisi semata-mata untuk dipentaskan. Drama ini ditemui dalam kebanyakan drama Shakespeare dan drama T.S.Eliot berjudul Murder in the Cathedral. Contoh dalam sastera Melayu ialah Pengakuan Pariyem oleh Linus Suryadi AG dan Matinya Seorang Pahlawan oleh Usman Awang. Contoh dalam sastera Arab ialah Masra �Kilyubatrah oleh Ahmad Shawqi, dan dalam sastera parsi ialah Sarnivishi Parviz oleh �Ali Muhammad Khan Uvaysi.
12

Kembali ke atas