Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata agamanya


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
convert (religion)mualafSejarahTiadaOrang yang telah menukarkan kepercayaan agamanya, biasanya dalam agama Islam dipanggil mualaf, iaitu orang yang baru memeluk agama Islam.
beliefkepercayaanUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPegangan agama atau keyakinan moral seseorang. Pegangan ialah salah satu hak sivil dan politik yang dijamin oleh undang-undang antarabangsa. Piawaian yang mengawal selia kebebasan beragama dan kepercayaan terdapat dalam Perkara 18 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948, yang memperuntukkan bahawa �Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan berfikir, suara hati dan agama; hak ini termasuklah kebebasan untuk menukar agama atau kepercayaannya, dan kebebasan, sama ada secara bersendirian atau secara berkomuniti dengan orang lain dan di khalayak ramai atau di tempat persendirian, untuk menzahirkan agamanya atau kepercayaannya dalam bentuk ajaran, amalan, penyembahan dan ketaatan.� Walau bagaimanapun, Islam melindungi kebebasan suara hati dan pemikiran manusia dan mengajar penganutnya supaya menghormati dan bertoleransi terhadap semua agama kerana al-Quran dengan jelas menegaskan bahawa �Tidak harus ada sebarang paksaan dalam urusan agama.� [2:257] Ini bermakna, tiada paksaan atau kekangan dalam hal-hal kepercayaan atau ketidakpercayaan. Namun, kedudukan Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 tidak selari dengan pandangan Islam yang umum mengenai murtad. Bagi yang sudah pun beriman dengan Islam dan kemudian meninggalkannya, mereka telah melakukan satu jenayah yang tidak boleh dimaafkan. Menurut majoriti besar ulama Islam, perbuatan murtad jatuh di bawah kesalahan hudud yang membawa kepada hukuman mati.

Kembali ke atas