Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.gar] | اݢر

Definisi : supaya, semoga: awak harus bersekolah ~ pandai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.gar] | اݢر

Definisi : (dlm gelaran): Seri ~ Diraja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.gar] | اݢر

Definisi : supaya: Kalau sakit, selalulah makan ubat ~ lekas sembuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[a.gar] | اݢر

Definisi : ; agar-agar 1 nama sj lumut laut, Eucheuma spp.. 2 kuih yg dibuat drpd agar-agar 1. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata agar

Puisi
 

Kalau nak pakai kain pelikat,
     Ikatlah molek dipandang cantik;
Carilah cara untuk memikat,
     Agar dapat bunga dipetik.


Lihat selanjutnya...(4)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
agaragar-agarKimiaTiadaGel yang diperoleh daripada alga merah seperti Gelidium corneum dan Gracilaria lichenoides. Agar-agar terdapat dalam bentuk kepingan membran nipis yang lutcahaya, larut di dalam air mendidih, tetapi tidak larut di dalam air sejuk atau pelarut organik. Agar-agar digunakan sebagai perekat, pengganti gelatin, ramuan makanan, penyalut ubat dan medium untuk mengkulturkan mikroorganisma.
agar gel electrophoresiselektroforesis gel agar-agarSains ForensikTiadaKaedah elektroforesis yang menggunakan agar-agar sebagai medium penyokong. Kaedah ini digunakan untuk memisahkan komponen makromolekul seperti protein dan DNA berdasarkan saiz dan konfigurasi molekul tersebut. Dalam pengujian DNA forensik, agar-agar digantikan dengan agarosa yang tulen supaya mutu gel dapat dikawal bagi mencapai kesan pemisahan fragmen DNA yang lebih baik.
agar-agaragar-agarPentadbiran PerniagaanTiadaSari daripada tumbuh-tumbuhan rumpair yang biasanya untuk desert.
agaragar-agarSains ForensikTiadaSejenis bahan, iaitu polisakarida yang diekstrak daripada alga merah yang mengandungi agarosa (70%) dan agaropektin (30%). Bahan ini boleh digunakan sebagai agen pemejalan medium untuk pengkulturan mikrob atau gel agar-agar semasa proses elektroforesis. Dalam pengujian serologi forensik, gel agar-agar digunakan sebagai medium untuk tindak balas darah dan antiserum semasa ujian mendakan bagi mengesahkan sama ada sesuatu sampel darah yang diuji berasal daripada manusia atau haiwan. Lihat juga elektroforesis.
agaragar-agarPerubatanTiadaSebatian yang menyerupai gam, yang tidak mengandungi nitrogen, yang diekstrak daripada rumpair merah, seperti Gelidium cartilagineum dan Gracilaria confervoides. Agar-agar digunakan sebagai laksatif pukal, dan pemejal medium kultur bakteria dan untuk membuat emulsi.
agar countkiraan agar-agarBiologiMikrobiologiPenganggaran bilangan bakteria yang berdasarkan pada bilangan koloni bakteria selepas tempoh pengeraman di atas medium pertumbuhan agar-agar tertentu.
agar gel mediummedium gel agar-agarPertanianAgroteknologiMedium kultur yang terdiri daripada agar-agar yang berasal daripada rumpai laut. Medium ini biasanya ditambahkan dengan formulasi nutrien untuk pertumbuhan dan pembiakan koloni kulat, bakteria, sel haiwan dan sel tumbuhan di makmal. Lihat juga medium kultur.
EMB agaragar-agar EMBBiologiGenetikMedium pertumbuhan yang kompleks untuk pengecaman koloni bakteria muatan tertentu. Medium ini mengandungi eosin dan metilena biru iaitu dua pewarna sensitif pH, serta gula seperti laktosa. Misalnya, dalam pengecaman koloni bakteria lac+, bakteria lac+ akan memetabolismekan laktosa secara oksidatif dan mengeluarkan ion hidrogen ke dalam agar-agar dan ini akan merendahkan pH, dan menyebabkan pewarna agar-agar bertukar menjadi warna ungu tua. Bagi koloni bakteria lac- pula, bakteria ini menggunakan asid amino sebagai sumber tenaga untuk mengeluarkan NH3, yang akan meningkatkan pH yang akan menyahwarna pewarna untuk menghasilkan koloni berwarna putih.
agar blok testujian blok agar-agarPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanUjian makmal untuk mengalakkan pertumbuhan kulat perosak kayu pada blok ujian. Medium agar-agar nutrien digunakan sebagai substrat asal untuk pertumbuhan organisma yang diuji. Cara ini juga digunakan untuk menilai sifat keracunan pengawet tertentu.
alginate jellyagar alginatPerikananTiadaSejenis agar-agar berasid alginik yang berasal daripada rumpai laut coklat, seperti Macrocystis pyrifera dan digunakan dalam industri pembuatan makanan. Fungsi agar-agar ini adalah sebagai bahan pelekatan, pengimbang emulsi dan pengikatan sesuatu bahan, khususnya dalam industri pembuatan makanan.
12345678910...

Kembali ke atas