Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.gén] | اݢين

Definisi : (agén) sesuatu yg menyebabkan berlaku­nya tindak balas (proses dsb): ~ pendebungaan; ~ kimia; ~ pengoksidaan agen yg men­dermakan oksigen kpd unsur atau sebatian lain sewaktu tindak balas kimia; ~ penurunan agen (unsur, sebatian, dll) yg menyingkirkan oksigen drpd unsur atau seba­tian atau menam­bahkan hidrogen atau men­dermakan elektron kpd unsur atau sebatian lain, sewaktu tindak balas kimia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.gén] | اݢين

Definisi : /agén/ist 1 bahan atau organisma yg dpt mempengaruhi atau dpt memberi kesan kpd sesuatu tindak balas: ~ kimia. 2 apa-apa (cara dsb) yg menyebabkan sesuatu berlaku atau terjadi: Angin, serangga, air dsb ialah ~ pendebungaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata agen


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
erosivitykehakisanPertanianTiadaKebolehan atau keupayaan agen-agen hakisan menyebabkan hakisan.
airborne radioactivitykeradioaktifan di udaraKejuruteraanTiadaKeradioaktifan yang disebarkan oleh agen-agen atmosfera.
erosion surfacepermukaan hakisanGeografiTiadaPermukaan hampir datar yang terbentuk akibat tindakan agen-agen hakisan.
corrasive actiontindakan kikisanGeografiTiadaTindakan lelasan bahan-bahan yang diangkut oleh agen-agen hakisan ke atas permukaan batuan.
erosion surfacepermukaan hakisanGeologiTiadaPermukaan hampir datar yang terbentuk akibat tindakan agen-agen hakisan.
ganglion blocking agentagen penghalang ganglionFarmasiFarmakologiAgen yang menghalang transmisi postganglion dengan bertindak sebagai antagonis nikotinik. Agen ini bertindak menghalang sistem saraf parasimpatetik dan sistem saraf simpatetik. Contoh agen ini ialah heksametonium, mekamilamina dan pempidina. Agen penghalang ganglion jarang digunakan pada masa kini berbanding dahulu disebabkan oleh kehad.iran agen-agen yang lebih selektif. Walau bagaimanapun, agen ini masih lagi digunakan dalam sesetengah situasi kecemasan, contohnya semasa diseksi aorta. Agen ini juga dikenali sebagai ganglioplegik. Lihat juga postganglion.
physical weatheringluluhawa fizikalGeografiTiadaPeleraian mekanikal batuan-batuan akibat tegasan dalaman dan luar oleh agen-agen luluhawa.
depositional plaindataran mendapGeografiTiadaKawasan permukaan bumi yang datar dibentuk melalui proses-proses mendapan agen-agen angkutan jisim.
antidiarrheal agentagen antidiareaFarmasiFarmakologiAgen yang digunakan untuk merawat cirit-birit. Agen ini dikelaskan kepada drug-drug parasimpatolitik seperti atropina yang bertindak sebagai agen spasmolitik atau antispasmodik, penjerap seperti arang teraktif dan kaolin, astringen (contohnya, gambir), asid tanik serta opiat. Walau bagaimanapun, pengelasan ini tidak termasuk agen-agen yang digunakan untuk merawat penyakit-penyakit tertentu, yang menyebabkan diarea atau cirit-birit. Contohnya, antibiotik. Lihat juga parasimpatolitik, antispasmodik.
sheet structurestruktur kepingGeografiTiadaSejenis kekaran yang terbentuk akibat proses perlepasan tekanan apabila batuan didedah oleh agen-agen gondolan.
12345678910...

Kembali ke atas