Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n 1. business, place providing specif service, agensi: advertising ~, agensi pengiklanan; news ~, agensi berita; 2. business, place of representative, agent, agensi: our firm has agencies in all major cities, firma kami mempunyai agensi-agensi di semua bandar raya utama; 3. intervening action, kuasa, tindakan; (of fate, providence) kuasa: the rock surface had been worn smooth through the ~ of water, permukaan batu itu dihakis licin oleh tindakan air; 4. mediation, instrumentality, perantaraan: to renew relations with a neighbouring country through the ~ of its ambassador, memulihkan hubungan dgn negara jiran melalui perantaraan dutanya. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata agency


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AGENSI TENAGA ANTARABANGSA (INTERNATIONALENERGY AGENCY–IEA)

Agensi Tenaga Antarabangsa (International

Energy Agency -IEA) ialah organisasi yang

dianggotai 21 buah negara pengimport minyak

yang utama. Ia bertindak sebagai agensi bebas

dalam Organisasi untuk Kerjasama Ekonomi dan

Pembangunan (OECD–Organization for Economic

Cooperation and Development). Anggota IEA

saling berusaha untuk mengurangkan

pergantungan pada minyak dengan menggalakkan

penjimatan penggunaan minyak dan memajukan

sumber tenaga alternatif.

UMUM 
AGENSI PERISIKAN PUSAT [CENTRAL INTELLIGENCE AGENCY–(CIA)]

Agensi Perisikan Pusat (Central Intelligence

Agency-(CIA)) ialah agensi kerajaan Amerika

Syarikat yang mengumpulkan maklumat tentang

politik, ekonomi, dan ketenteraan lebih daripada

150 buah negara asing, serta menilainya bagi

kegunaan agensi kerajaan yang lain. Maklumat

seperti ini dikenali sebagai perisikan. Ia

melibatkan keselamatan negara, dan kebanyakan

maklumat itu dikelaskan (rahsia). CIA

menggunakan ramai perisik asing untuk

mendapatkan maklumat tentang negara mereka

sendiri.

UMUM 
AGENSI TENAGA ATOM ANTARABANGSA (INTERNATIONAL ATOMIC ENERGY AGENCY–IAEA)

Agensi Tenaga Atom Antarabangsa

(International Atomic Energy Agency-IAEA) ialah

organisasi yang menggalakkan penggunaan

tenaga nuklear untuk tujuan keamanan di seluruh

dunia.

UMUM 
AGENSI ANGKASA LEPAS EROPAH

Agensi Angkasa Lepas Eropah (European Space Agency - ESA), pertubuhan penyelidikan dan teknologi angkasa lepas yang dianggotai oleh beberapa negara Eropah.

FIZIKInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas