Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.gén.si] | اݢينسي

Definisi : (agénsi) 1. organisasi perniagaan dsb yg mengendalikan sesuatu perkhidmatan: ~ pekerjaan; ~ pembantu rumah; 2. pejabat ejen; 3. organisasi pentadbiran kerajaan; ~ pelancongan badan atau syarikat yg menye­dia­kan perkhidmatan pelancongan tertentu, spt menguruskan penempahan tiket peng­angkutan, memberikan maklumat desti­nasi percutian dsb utk orang ramai yg ingin melan­cong; ~ penarafan badan yg membuat peni­laian tentang kedudukan, keutuhan ke­wangan dsb sesebuah syarikat, institusi, atau individu serta memberikan taraf kedudukan tertinggi, sederhana, atau terendah mengikut merit masing-masing. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.gén.si] | اݢينسي

Definisi : /agénsi/ 1 tempat ejen menjalankan urusan. 2 badan yg menjalankan urusan tertentu. ~ kerajaan organisasi yg dibentuk oleh pihak kerajaan, bertujuan utk merancang, mengawal, membantu dan melaksanakan aktiviti kerajaan dlm mencapai matlamat negara. ~ pelancongan badan atau syarikat yg menyediakan perkhidmatan pelancongan, spt memberikan maklumat destinasi percutian, mengurus penempahan tiket, mengurus penginapan utk orang ramai yg ingin melancong. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata agensi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
administrative agencyagensi pentadbiranPentadbiranPentadbiran Awam

Badan atau organisasi yang diwujudkan untuk melaksanakan tanggungjawab pentadbiran. Agensi ini terbahagi kepada dua kategori, iaitu agensi pusat dan agensi mengurus. Agensi pusat bertanggungjawab membantu, menyelaras dan mengawal perjalanan agensi mengurus. Contoh agensi pusat ialah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Unit Perancang Ekonomi (EPU), Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) dan Unit Pemodenan Tadbiran Malaysia (MAMPU), manakala agensi mengurus ialah Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Perparitan dan Saliran (JPS). Agensi mengurus pula berperanan melaksanakan perkara yang menjadi tanggungjawab kerajaan dalam melaksanakan pembangunan dan perkhidmatan kepada rakyat. Bagi memastikan agensi mengurus bertindak dengan cekap dan berkesan, maka agensi pusat bertanggungjawab menyediakan beberapa keperluan dalam mengawasi perjalanan agensi tersebut.

regional agencyagensi serantauUndang-undangUndang-undang AntarabangsaInstitusi tetap yang ditubuhkan hasil daripada pakatan atau persetujuan oleh negara berdaulat dalam sesuatu rantau. Contohnya, Kumpulan Kerja Agensi-Agensi EKS ASEAN (SMEWG). Agensi serantau ini bertanggungjawab menggalakkan pertumbuhan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negara-negara anggota ASEAN.
approved library schoolsekolah perpustakaan yang diiktirafPerpustakaanTiadaSekolah untuk pengajian sains perpustakaan atau agensi-agensi latihan lain yang diperakui oleh Majlis Peperiksaan Negeri atau agensi pendidikan yang dapat memenuhi standard tanpa mengambil kira pentauliahan melalui Persatuan Perpustakaan Amerika.
grade ratingpengadaran gredEkonomiTiadamengikut kualiti saiz, jenis dan sebagainya, sama ada oleh pihak berkuasa kerajaan atau syarikat pengeluar atau agensi-agensi tertentu.
book fairpesta bukuPerpustakaanTiadaPameran buku yang dibiayai oleh sekumpulan penjual buku dan penerbit, perpustakaan atau beberapa kumpulan lain, atau gabungan agensi-agensi sedemikian.
zero-based budgetbelanjawan dasar kosongPentadbiranPentadbiran Awam

Belanjawan ini diperkenalkan oleh bekas Presiden Amerika Syarikat, Jimmy Carter. Ia berorientasikan keutamaan program dan diaplikasikan dengan meluas sekitar tahun 1976-1980. Belanjawan Dasar Kosong merupakan peruntukan sumber kepada agensi-agensi kerajaan yang berdasarkan penilaian semula keperluan semua program dalam satu-satu agensi. Setiap agensi perlu menyemak semula program sama ada program tersebut perlu diteruskan atau dihentikan semasa membuat cadangan belanjawan. Penyemakan ini adalah daripada atas ke bawah dan oleh itu dikenali sebagai zero-based. Dasar kosong bererti menghapuskan pembaziran yang meningkat ke atas program yang ketinggalan zaman dalam belanjawan kerajaan. Belanjawan ini memaksa setiap agensi membuat justifikasi ke atas setiap sen yang dipohon.

operational strategystrategi operasiPengurusanPerancanganRancangan tindakan yang merangkumi aspek pengoperasian organisasi seperti pengagihan dan penggunaan sumber dalam menghasilkan produk atau perkhidmatan. Pelaksanaan strategi operasi penting dalam mendukung dan merealisasikan strategi korporat organisasi Contohnya, strategi yang perlu diambil oleh agensi-agensi pelancongan apabila membuat perancangan perbelanjaan berikutan kurangnya bilangan pelancong ekoran gempa bumi di negara jiran. Lihat juga strategi korporat, keputusan operasi.
International Islamic News Agency (IINA)Agensi Berita Islam Antarabangsa (IINA)Undang-undangUndang-undang AntarabangsaAgensi khusus yang ditubuhkan di bawah Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), bertujuan untuk menggalakkan pertukaran maklumat antara agensi berita dalam kalangan negara anggota dan meningkatkan tahap kemahiran agensi berita berasaskan nilai-nilai Islam. Agensi ini turut berperanan dalam membincangkan isu-isu yang berkaitan umat Islam dan dunia Islam keseluruhannya seperti isu-isu sosial, ekonomi dan budaya, menerbitkan berita tahunan mengenai peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam dunia Islam serta menjadi media sokongan dalam membantu mengukuhkan misi dan visi OIC. Agensi ini ditubuhkan pada tahun 1972 dan beribu pejabat di Jeddah, Arab Saudi.
boutique agencyagensi butikKomunikasiKorporatAgensi pengiklanan yang memberikan perkhidmatan khusus dalam bidang kreatif. Contoh perkhidmatan yang diberikan adalah memberi dan mengembangkan idea, penulisan naskhah, reka bentuk dan reka letak, penentu warna, lakonan, perawian. Agensi ini juga melaksanakan kerja penyelarasan dan sokongan kreatif untuk agensi pengiklanan yang lebih besar. Walau bagaimanapun, agensi ini tidak terlibat dalam kerja penerbitan (cetak dan audiovisual), pemantauan dan pemasaran, kerja pengurusan ruang penerbitan, dan masa siaran.
advertising agencyagensi pengiklananKomunikasiKorporatOrganisasi bebas yang memberikan perkhidmatan dalam aspek perancangan, penciptaan, pembangunan, penyediaan dan peletakan iklan, serta pengurusan program promosi untuk para pelanggan. Khidmat agensi pengiklanan untuk sesuatu pelanggan terikat di bawah satu kontrak dari segi tempoh masa perkhidmatan. Agensi pengiklanan yang berjaya memberikan perkhidmatan yang cekap dan terbaik berupaya mengekalkan sesetengah pelanggan dalam suatu tempoh masa yang panjang. Dalam sesebuah agensi pengiklanan, terdapat tenaga kerja teknikal dan tenaga kerja kreatif, selain tenaga kerja yang terlibat secara langsung dalam aktiviti pengurusan dan pemasaran. Lihat juga agensi butik, agensi khidmat lengkap pengiklanan.
12345678910...

Kembali ke atas