Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n 1. one that acts for another, ejen, wakil: a real estate ~, ejen harta tanah; an insurance ~, ejen insurans; sole ~, wakil tunggal; /an intelligence, a secret/ ~, ejen, perisik, pengintip; 2. one that acts, has power to act, ejen; 3. spy, pengintip, ejen: North Korean ~s, pengintip-pengintip Korea Utara; 4. substance producing effect or reaction, bahan, agen: bleaching ~, bahan peluntur; catalytic ~, bahan mangkin; oxidizing ~, agen pengoksidaan; 5. natural force etc producing effect, agen: rain and frost are weathering ~s, hujan dan fros adalah agen luluhawa; ~s of pollination, agen pendebungaan; 6. active cause, punca: bad investment was the ~ of his ruin, pelaburan yg merugikan menjadi punca kehancurannya; the man who was the ~ of her downfall, lelaki yg menjadi punca keruntuhannya; 7. instrument, alat: books are the ~s of knowledge, buku merupakan alat ilmu pengetahuan. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata agent


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apa istilah untuk sleeper agent? "A sleeper agent is a spy who is placed in a target country or organization not to undertake an immediate mission, but instead to act as a potential asset if activated."Padanan bahasa Melayu bagi istilah sleeper agent ialah perisik lahu. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah08.04.2023
Merujuk kepada soalan saya sebelum ini, Apakah padanan yang sesuai untuk istilah "talent agent"? Istilah ini merujuk kepada ejen yang menguruskan atau/dan mencari bakat seperti pelakon, penyanyi, model dan sebagainya. Terima kasih Jawapan yang diberikan Kami mencadangkan talent agent diterjemahkan kepada Agensi Pencarian Bakat. Mohon pihak tuan mempertimbangkan padanan terjemahan tersebut berdasarkan maksud talent agent. A talent agent, or booking agent, is a person who finds jobs for actors, authors, film directors, musicians, models, film producers, professional athletes, writers, screenwriters, broadcast journalists, and other people in various entertainment or broadcast businesses Agent yang dimaksudkan bukanlah agensi tetapi merujuk kepada seorang ejen. Terima kasihUntuk makluman tuan, ejen bermaksud orang atau syarikat yang menjalankan perniagaan untuk orang lain. Boleh juga disebut Ejen Pencarian Bakat jika ia merupakan orang atau syarikat yang mengendalikan hal ehwal pencarian bakat. Manakala Agensi pula bermaksud tempat atau pejabat ejen berkenaan.Tatabahasa10.11.2017
ejaan agent dalam bahasa malaysia? EJEN ATAU AGENAgent diterjemahkan kepada ejen dan agen. Penggunaan perkataan tersebut hendaklah merujuk konteks penggunaannya, ejen bermaksud wakil dan agen bermaksud bahan. Untuk maklumat lanjut, rujuk agent">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=agent.Penyemakan dan penterjemahan29.12.2014
Sama ada perkataan "false or erroneous or defective" dalam ayat di bawah ini dipadankan dengan betul? 18. A person commits an offence if he gives to an agent, or being an agent he uses with intent to deceive his principal, any receipt, account or other document in respect of which the principalis interested, and which he has reason to believe contains any statement which is false or erroneous or defective in any material particular, and is intended to mislead the principal. 18. Seseorang melakukan kesalahan jika dia memberi seseorang ejen, atau sebagai seorang ejen dia menggunakan, dengan niat hendak memperdayakan prinsipalnya, apa-apa resit, akaun atau dokumen lain yang berkenaan dengannya prinsipal itu mempunyai kepentingan, dan yang dia mempunyai sebab untuk mempercayai mengandungi apa-apa pernyataan yang palsu atau silap atau tidak lengkap tentang apa-apa butir matan, dan yang dimaksudkan untuk mengelirukan prinsipalnya.Padanan terjemahan yang diberikan betul.Penyemakan dan penterjemahan24.08.2021
Agent hartanah itu merupakan abang saudara saya. Apakah perkataan paling sesuai untuk menggantikan 'Agent"? Ejen atau Ajen?Ejaan yang betul ialah ejen.Ejaan12.07.2021
salam sejahtera. 1.sub agent dalam bahasa Malaysia ialah.......?

sub agent terjemahnnya subejen.

 

Istilah26.04.2011
Settlement agent untuk membeli rumah. Apakah istilahnya dalam Bahasa Malaysia?Untuk makluman, DBP tidak mempunyai terjemahan berkenaan istilah "settlement agent" dalam bahasa Melayu. Akan tetapi, kami mencadangkan padanannya sebagai "ejen penyelesaian".Istilah09.12.2015
Salam sejahtera. Saya hendak tahu maksud dan terjemahan untuk frasa "agent-in-place" dalam ayat di bawah: "The U.S. Department of Justice had hired him as an agent-in-place at his Fatherland and International editorial offices." Adakah ia bermaksud "ejen sementara" atau sekadar diterjemahkan menjadi "ejen yang ditempatkan"? Terima kasih..

Padanan bahasa Melayu bagi “agent-in-place” untuk ayat tersebut ialah

staf pinjaman.
Makna23.06.2021
Apakah padanan yang sesuai untuk istilah "talent agent"? Istilah ini merujuk kepada ejen yang menguruskan atau/dan mencari bakat seperti pelakon, penyanyi, model dan sebagainya. Terima kasihKami mencadangkan talent agent diterjemahkan kepada Agensi Pencarian Bakat.Penyemakan dan penterjemahan09.11.2017
Padanan dalam peruntukan di bawah ini bagi “gelling agent” ialah “agen penggelan”. Kami bercadang untuk menggunakan padanan lain iaitu “agen pengegelan” atau “agen antikerak”. Adakah padanan yang dicadangkan ini sesuai bagi istilah ini.Kami mencadangkan padanan bagi istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut:

gelling agent - agen pengegelan


Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain28.05.2021
123

Kembali ke atas