Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ageratum


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Ageratum conyzoidesNaga BuanaPertanianTiadaTumbuhan dalam famili Asteraceae ini juga dikenali sebagai rumput tahi ayam, rumput pereh jarang dan rumput sekedok. Tumbuhan ini jenis herba berbulu. Daunnya tersusun bertentangan di bahagian pangkal pokok dan berselang di bahagian atas. Daunnya jenis ringkas, berbentuk ovat, tepi daun bergerigi tumpul. Bunganya berwarna ungu hingga putih dan berbau busuk apabila dipegang. Tumbuhan ini mengandungi minyak pati, koumarin, ageratokromin, friedalin, ß-sitosterol, stigmastirol dan tanin. Tumbuhan ini hidup liar sebagai rumpai di merata tempat. Air rebusan akar diminum untuk merawat demam. Daun yang telah dilumatkan dibuat tampalan untuk merawat luka, penyakit kulit dan bisul. Jus daun dan batang digunakan secara luaran untuk mengubati sakit telinga. Air rebusan daun diminum untuk menghentikan pendarahan dalam rahim dan cirit-birit.
Ageratum conyzoidesrumput tahi ayamHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan herba yang kecil dalam famili Asteraceae, dikenali juga sebagai rumput pereh dan rumput sekedok. Tumbuhan ini tumbuh liar sebagai rumpai di merata tempat. Keseluruhan tumbuhan berbulu halus. Daunnya tersusun setentang di bahagian pangkal daun tetapi berselang di bahagian atas. Daunnya jenis ringkas berbentuk ovat dan tepi daun bergerigi tumpul. Bunganya kecil berwarna ungu hingga putih dan tersusun pada jambak tongkol. Tumbuhan ini digunakan untuk merawat luka, penyakit kulit, demam, cirit-birit dan sebagai bahan antialahan. Tumbuhan ini berbau kuat dan boleh menghasilkan sejenis racun serangga.
white weed (Ageratum conyzoides)rumput tahi ayam (Ageratum conyzoides)PertanianTiadaTiada
chick weed (Ageratum conyzoides)rumpai tahi ayam (Ageratum conyzoides)VeterinarTiadaTiada

Kembali ke atas