Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.gi.han] | اݢيهن

Definisi : apa yg diagihkan atau dibahagikan: dari segi ~ tanah tani, sektor tanaman da­gang­an menguasai sektor pertanian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.gi.han] | اݢيهن

Definisi : bahagian yg diperoleh hasil mengagihkan sesuatu: Dia menyedekahkan sebahagian drpd ~ yg diterimanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata agihan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
distribution boardpapan agihanTeknikElektrikKotak logam atau kayu yang berisi fius atau pemutus litar model kecil untuk pengagihan tenaga elektrik ke litar akhir atau ke papan agihan. Papan agihan ditentukan mengikut bilangan fius/pemutus litar yang dibawa, atau mengikut bilangan hala dan bilangan kutub (fasa bekalan), contohnya papan agihan lima hala satu kutub mempunyai 5 litar akhir yang boleh disambungkan padanya untuk bekalan fasa tunggal.
Maxwell-Boltzmann distribution functionfungsi agihan Maxwell-BoltzmannKejuruteraanKejuruteraan KimiaFungsi agihan yang menjelaskan agihan momentum p bagi zarah berjisim m dalam sistem yang berada dalam keseimbangan terma pada suhu T yang diungkapkan sebagai (rujuk m/s 66) dengan kB = pemalar Boltzmann.
load distributionagihan bebanKejuruteraanKejuruteraan Bangunanagihan yang menunjukkan cara beban dipindahkan kepada anggota struktur yang memikulnya. agihan beban ini dapat membantu dalam merekabentuk struktur bangunan.
moment distributionagihan momenKejuruteraanKejuruteraan Bangunanagihan yang menunjukkan cara momen dipindahkan pada rangka tegar dan rasuk selanjar berdasarkan teknik yang diasaskan oleh profesor hardy cross. agihan momen mempengaruhi magnitud momen lentur yang digunakan dalam rekabentuk bangunan.
specific probability distribution functionfungsi agihan kebarangkalian spesifikKejuruteraanKejuruteraan KimiaFungsi agihan kebarangkalian sesuatu zarah yang berada pada kedudukan tertentu yang telah ditetapkan. Misalnya, zarah pertama seharusnya berada pada kedudukan x, dan zarah kedua berada pada kedudukan y, dan seterusnya. Fungsi agihan ini tidak bermakna bagi sistem yang terdiri daripada N bilangan zarah yang tidak boleh dibezakan antara satu sama lain.
product distribution in proportionagihan keluaran berkadaranEkonomiEkonomi IslamKaedah pengagihan keluaran tanaman berdasarkan kadar tertentu yang dipersetujui. Contohnya, pemilik tanah dan pengusaha masing-masing mendapat agihan sebanyak 50:50 atau 40:60. Agihan seperti ini dilakukan dalam usaha sama kharaj muqasamah.
tax equityekuiti cukaiEkonomiTiadaAgihan yang adil terhadap beban cukai. Ekuiti cukai boleh dilihat daripada dua aspek, iaitu ekuiti cukai menegak dan ekuiti cukai mendatar. Mengikut ekuiti cukai menegak, agihan bebas cukai berbeza mengikut kemampuan pembayar cukai, iaitu berdasarkan faktor seperti pendapatan dan kekayaan. Mengikut ekuiti cukai menegak, agihan beban cukai berbeza mengikut kemampuan pembayar cukai, iaitu berdasarkan faktor seperti pendapatan dan kekayaan. Mengikut ekuiti cukai mendatar pula, agihan beban cukai adalah sama bagi golongan yang berkemampuan yang sama walaupun punca pendapatan mereka berlainan.
distributivekalis agihanMatematikTiadaLihat hukum kalis agihan.
Maxwell-Boltzmann distributionagihan Maxwell-BoltzmannKejuruteraanKejuruteraan KimiaAgihan purata bilangan zarah dalam keadaan momentum tertentu yang dijelaskan oleh ? eksp(-be) e = ?2/2m, dengan p = momentum, m = jisim, ? = ketumpatan, = panjang gelombang haba.
functional distribution of incameagihan pendapatan fungsianEkonomiTiadaAgihan pendapatan atau pulangan antara faktor-faktor pengeluaran seperti buruh dan modal, tanpa mengambil kira siapa yang memiliki faktor-faktor tersebut.
12345678910...

Kembali ke atas