Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aglaia


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pasakpasakPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Aglaia spp. daripada famili Meliaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah memberas, di Sabah ialah kalambiao, kuping-kuping, langsat-langsat, dan lantupak, dan di Sarawak ialah segera. Spesies utamanya termasuk Aglaia argentea, A. cordata, dan A. griffithii. Gubal kayu pasak berwarna coklat kekuningan atau coklat merah jambu, dan dapat dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna merah muda atau merah coklat. Tekstur kayunya halus dan tidak sekata dengan ira yang bersimpul atau beralun. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 770 hingga 995 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang keras dan berat. Kayu ini agak tahan dan boleh digunakan di persekitaran laut. Kayu pasak boleh digunakan untuk lantai dinding, perabot, dan kayu alas angkut.
rheophytereofitBiologiEkologiTumbuhan yang hidup di tepi atau di dalam sungai. Lazimnya tumbuhan ini mempunyai akar yang mencengkam atau menjalar di celah-celah batu, dan daun yang bersaiz kecil dan sempit. Misalnya, pokok telur belangkas, Aglaia sp.

Kembali ke atas