Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; Yang di-Pertuan ~ gelaran utk Ketua Negara Malaysia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata agong


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ParliamentParlimenUndang-undangTiada1. Badan perundangan yang terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat. 2. Pertemuan yang diadakan lima tahun sekali, setiap selepas pilihan raya baru.
royal assentperkenaan dirajaUndang-undangTiadaPersetujuan yang diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Raja atau Yang Dipertua Negeri.
during the pleasureselama diperkenankanUndang-undangTiadaSelama yang dipersetujui oleh Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja melayu atau Yang Dipertua Negeri.
Auditor GeneralJuruaudit NegaraPentadbiranPentadbiran Awam

Jawatan yang dipertanggungjawabkan untuk mentadbir, menguruskan hal-ehwal kewangan negara dan memeriksa semua kira-kira wang kerajaan. Jawatan ini dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja. Pemeriksaan akaun negara dijalankan untuk menentukan sama ada perbelanjaan wang kerajaan dibuat secara cermat dan teliti berdasarkan undang-undang negara. Juruaudit Negara perlu melaporkan satu penyata khas kewangan kepada Yang di-Pertuan Agong yang mengandungi segala teguran dan pandangan tentang akaun wang dan stor kerajaan. Penyata ini akan dibentangkan di Dewan Rakyat. Segala keterangan dan maklumat yang diperolehi oleh Juruaudit Negara yang berkaitan dengan tindakannya akan disimpan sebagai rahsia.

legislative bodybadan perundanganPentadbiranPentadbiran Awam

Institusi yang bertanggungjawab untuk membahas, menggubal atau meminda perlembagaan dan undang-undang negara; membincang dan meluluskan belanjawan negara; meluluskan cukai baru; membahaskan dasar dan berbagai keputusan penting yang melibatkan negara. Badan ini terdiri daripada tiga komponen utama iaitu Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Penggubalan rang undang-undang akan melalui Dewan Rakyat, Dewan Negara yang kemudiannya diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong. Badan ini dianggotai oleh wakil rakyat atau ahli parlimen. Institusi ini merupakan salah sebuah dari tiga institusi pemerintahan di samping eksekutif dan kehakiman.

cabinet ministermenteri kabinetPentadbiranPentadbiran Awam

Individu yang dilantik dari kalangan ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara bagi menganggotai badan pemerintahan di peringkat persekutuan dan mengetuai sesebuah kementerian. Menteri ini dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. Beliau bertanggungjawab terhadap perjalanan dan pelaksanaan dasar-dasar kementeriannya. Pada masa yang sama, menteri kabinet turut mengambil bahagian dalam penggubalan dasar-dasar kerajaan. Kebanyakan menteri mempunyai portfolio tertentu tetapi terdapat juga menteri yang tidak mempunyai portfolio khusus seperti Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Anggota jemaah menteri yang diketuai oleh Perdana Menteri membentuk kabinet di peringkat persekutuan.

Council of MinistersJemaah MenteriPentadbiranPentadbiran Awam

Badan pemerintahan, pembuat dasar tertinggi negara dan yang paling berkuasa untuk memberi arahan kepada jentera kerajaan di peringkat persekutuan dalam melaksanakan kuasa eksekutif yang dipegang oleh Yang di-Pertuan Agong. Badan ini diketuai oleh Perdana Menteri dan anggotanya terdiri daripada Menteri-Menteri Kabinet. Jemaah menteri dilantik daripada anggota Majlis Parlimen.

Public Service CommissionSuruhanjaya Perkhidmatan AwamPentadbiranPentadbiran Awam

Sebuah badan khas yang ditubuhkan melalui peruntukan Perlembagaan Persekutuan untuk mengendalikan hal-ehwal dan segala urusan yang berkaitan dengan perkhidmatan awam. Badan ini adalah satu komponen kecil dalam struktur pentadbiran kerajaan yang berbeza daripada komponen kecil kerajaan yang lain. Perbezaan ini ketara dari segi kebebasan untuk menjalankan tugas. Bagi menjamin kebebasan badan ini, ahlinya dilantik khas oleh Yang di-Pertuan Agong atas pertimbangan dan nasihat Perdana Menteri setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja. Pada asasnya badan ini berfungsi untuk mengkaji, merancang, membuat cadangan dan melaksanakan beberapa langkah ke arah penambahbaikan perkhidmatan awam. Justeru, kewujudan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dapat menjamin agar pengendalian yang adil dilaksanakan dalam pengambilan dan penentuan kerjaya kakitangannya.

code of conducttatakelakuanPentadbiranPentadbiran Awam

Sikap, tingkah laku, gelagat individu atau kumpulan individu yang dinyatakan dan termaktub dalam peraturan perkhidmatan awam. Semua anggota perkhidmatan awam diwajibkan mematuhi tatakelakuan sepanjang tempoh perkhidmatannya sepertimana yang diperuntukkan dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Tatakelakuan ini merangkumi beberapa aspek penting dalam kehidupan seperti memberikan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong, negara dan kerajaan, pakaian, pemunyaan harta, peminjaman wang, penglibatan dalam politik, kehadiran ke pejabat, pelaksanaan tugas, rasuah dan lain-lain lagi. Pelanggaran tatakelakuan ini menyebabkan kakitangan perkhidmatan awam boleh dikenakan tindakan dan hukuman.

supremeterutamaSains PolitikPolitik PerbandinganKedudukan tertinggi dalam sesuatu hierarki sama ada dalam bentuk pangkat, gelaran dan darjah kualiti. Kedudukan tertinggi membawa autoriti yang paling berkuasa dan mendapat penghormatan dari orang bawahan. Kedudukan ini meletakkan individu, badan atau organisasi sebagai yang terunggul dan tidak ada individu atau badan lain yang dapat mengatasinya. Sebagai contoh, Yang di-Pertuan Agong memiliki kedudukan yang tertinggi dalam sistem pemerintahan dan perundangan di Malaysia. Sinonim badan tertinggi/tertinggi.
12

Kembali ke atas