Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n 1. assent, persetujuan; 2. holding of similar opinion, persetujuan; be in ~, bersetuju; 3. accord, persetujuan: to reach an ~ , mencapai persetujuan; 4. contract, binding arrangement, perjanjian: to sign an ~, menandatangani perjanjian; 5. (gram.) kesesuaian. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata agreement


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam, ingin tahu apakah terjemahan untuk perkataan Non Disclosure Agreement (NDA)? terima kasih Tuan /Puan. wassalam, linmdUntuk makluman, dalam pangkalan data DBP, tidak terdapat terjemahan langsung bagi perkataan “Non-Disclosure Agreement (NDA)?”. Akan tetapi, menurut umum, “Non-Disclosure Agreement (NDA)” bermaksud terdapat satu kontrak yang sah antara dua atau lebih pihak yang menandakan wujudnya hubungan antara pihak yang terlibat. Hubungan tersebut merujuk maklumat yang akan dikongsikan antara pihak terbabit tetapi tidak boleh didedahkan kepada orang awam. Untuk lebih terperinci, tuan/puan boleh menghubungi Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM).  Penyemakan dan penterjemahan12.11.2015
Adakah End User License Agreement atau EULA yang digunakan di setiap penggunaan aplikasi telefon pintar perlu diterjemah? Contoh ayat: Penggunaan perkhidmatan kami atau ABC ONLINE dikawal oleh panduan ini yang menjadi tambahan kepada EULA ABC ONLINE yang boleh dibaca di sini.Frasa tersebut perlu diterjemahkan. Padanan terjemahan yang sesuai ialah Perjanjian Lesen Pengguna Akhir [End User License Agreement (EULA)] bergantung pada konteks dan penggunaan ayat.Penyemakan dan penterjemahan05.02.2024
Mohon bantuan terjemahan kepada Bahasa Malaysia. Terima kasih. Objectives and Scope of Audit The objectives of the independent auditing are: • To ensure continuous compliance of SFMLA/LTL holders with the terms and conditions of Sustainable Forest Management Licence Agreement (SFMLA) or Long Term Licence Agreement as well as legal compliance with Malaysian laws and in confirmation with the EU-FLEGT of TLAS requirement; • To improve the performance of the SFMLA/LTL holders with systematic monitoring on the ground; • To upgrade the skills and capacity of the Sabah Forestry Department’s Officers in carrying out auditing works; • To instill transparency and professionalism of forest managers. • To evaluate the corrective action taken by the SFMLA/LTL holders to address non-conformance issues raised in the previous audit. The scope of the audit covers all aspects of forest operations in the SFMLA/LTL areas including observation of licence conditions, Forest Management Plan, Annual Work Plan, and scrutinizing of respective laws and regulations as stated in the TLAS requirements.DBP menyediakan perkhidmatan menyemak hasil terjemahan bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu. Tuan boleh menterjemahkan dahulu dokumen daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu dan menghantarkannya kepada kami untuk semakan terjemahan.Penyemakan dan penterjemahan01.07.2014
Mohon pandangan tuan sekiranya terjemahan ini tepat: Eng: Coalition Agreement 2017 by Netherlands Authority For Consumer and Markets BM: Perjanjian Gabungan 2017 oleh Pihak Berkuasa Belanda Bagi Pengguna dan Pasaran.

Terjemahan yang diberikan adalah bertepatan dengan ayat dalam bahasa Inggeris yang diberikan. Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian  serta konsep dan konteks penggunaannya. Terjemahan yang baik dan tepat memerlukan pemahaman yang menyeluruh berkaitan konsep dan konteks penggunaan teks dalam sesebuah bidang. Padanan yang diberikan juga perlu selaras untuk keseluruhan teks, khususnya teks ilmiah. Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com.

Lain-lain31.10.2022
Salam sejahtera, Adakah "Evergreen Contract" boleh diterjemahkan sebagai "Kontrak Tidak luput"? Jika tidak, sila berikan pendapat anda. Konteks digunakan dalam surat perjanjian(agreement). Mohon bantuan pihak DBP. Terima kasih.Dalam buku Daftar Istilah Industri Perkhidmatan Kewangan, terdapat istilah evergreen loan yang dipadankan dengan pinjaman berterusan. Berdasarkan padanan tersebut, cadangan kami bagi istilah evergreen contract ialah kontrak berterusan. Penyemakan dan penterjemahan27.04.2018
Salam sejahtera, Adakah "Binding Corporate Rules" boleh diterjemahkan sebagai "Peraturan Korporat Terikat"? Jika tidak, sila berikan pendapat anda. Konteks digunakan dalam surat perjanjian(agreement) Kesatuan Eropah. Sumber: https://ec.europa.eu/info/law/law-topic/data-protection/data-transfers-outside-eu/binding-corporate-rules_en Mohon bantuan pihak DBP. Terima kasih.Pada pandangan kami, Peraturan Korporat Terikat boleh digunakan bagi terjemahan Binding Corporate Rule.Penyemakan dan penterjemahan27.04.2018
Perkataan Bahasa Melayu yang betul bagi terjemahan ayat ini: Konteks - terma ICT "After development phase, all integrations and changes that need to be deployed should be consider as Corporate Social Responsibilities without charges as per clause 10 in Principal Agreement."

Untuk makluman puan, pihak DBP tidak melaksanakan kerja penterjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya.

Sila terjemahkan perkataan atau teks bahasa asing tersebut dalam bahasa Melayu agar pihak kami dapat menyemak dan memberikan cadangan padanan terjemahan yang bersesuaian.

Penyemakan dan penterjemahan21.11.2023
Saya pernah mengajukan soalan mengenai terjemahan khusus bagi isilah 'pinky swear'. Pinky swear sebagaimana yang saya fahami adalah perbuatan menyilangkan anak jari antara dua orang apabila berjanji tentang sesuatu perkara. Tetapi apabila hendak diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu, tiada istilah khususkah yang mencerminkan perbuatan pinky swear? Contoh: A mutual agreement was made today, sealed with a pinky swear.Berdasarkan carian kami perkataan pinky swear juga disebut pinky promise. Melihat kepada perbuatan dua orang sahabat menyatakan pinky swear itu (dengan melilitkan jari kelingking antara satu sama lain menandakan persetujuan terhadap janji yang dibuat), kami mencadangkan perkataan janji sahabat atau janji setia digunakan. Tidak ada padanan pinky swear dalam bahasa Melayu, oleh itu kita boleh mencadangkan padanan berdasarkan konsep dan penggunaannya.Istilah07.03.2012
SOALAN: Betulkah terjemahan ini? An arbitral tribunal appointed by Malaysia and Singapore has decided that a joint investment company of the two countries will not be conditionally liable to pay development charges on the former Malayan Railway parcels of land in Keppel, Kranji and Woodlands. In January 2012, Singapore and Malaysia entered into an agreement, submitting the issue to final and binding arbitration. The Permanent Court of Arbitration acted as registry in this arbitration. (TERJEMAHANNYA) Tribunal timbang tara yang dilantik Malaysia dan Singapura telah memutuskan sebuah syarikat usahasama pelaburan kedua-dua negara tidak akan bertanggungjawab secara bersyarat membayar caj pembangunan bekas tiga keping tanah milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Keppel, Kranji dan Woodlands. Pada Januari 2012, Singapura dan Malaysia melaksanakan perjanjian, mengusulkan isu itu ke Mahkamah Timbang Tara sebagai usaha terakhir dan muktamad. Mahkamah Tetap Timbang Tara bertindak selaku pendaftaran dalam timbang tara itu.

Tribunal timbang tara yang dilantik oleh Malaysia dan Singapura telah memutuskan bahawa syarikat pelaburan bersama kedua-dua negara tidak akan bertanggungjawab secara bersyarat membayar caj pembangunan atas tanah bekas milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Keppel, Kranji dan Woodlands. Pada Januari 2012, Singapura dan Malaysia melaksanakan perjanjian dan mengusulkan isu kepada Mahkamah Timbang Tara sebagai usaha terakhir dan muktamad. Mahkamah Tetap Timbang Tara bertindak selaku pendaftaran dalam timbang tara itu.

 

Penyemakan penggunaan bahasa ini mengambil kira aspek bahasa, sila pastikan makna dalam bahasa Melayu sama dengan makna dalam bahasa Inggeris.  Sila pastikan isu diusulkan kepada pihak yang betul, sama ada kepada Mahkamah Timbang Tara atau Tribunal Timbang Tara.
Penyemakan dan penterjemahan11.11.2014

Kembali ke atas