Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.gré.sif] | اݢريسيف

Definisi : (agrésif) cenderung menyerang (negara lain) atau berlaku (bertindak dsb) secara bermusuhan terhadap pihak (negara dsb) yg lain, bersifat suka menyerang (bermusuhan, bersengketa, dsb); keagresifan perihal atau keadaan agresif: keyakinan dan ~ mereka terhadap fahaman liberal; pengagresif orang, terutamanya negara yg melakukan tindakan yg agresif. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.gré.sif] | اݢريسيف

Definisi : /agrésif/ bersifat suka melawan atau suka menentang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata agresif


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan maksud agresif dengan permusuhan?Agresif bermaksud cenderung menyerang (negara lain) atau berlaku (bertindak dsb) secara bermusuhan terhadap pihak (negara dsb) yg lain, bersifat suka menyerang (bermusuhan, bersengketa, dsb). Manakala permusuhan pula bermakna  perihal bermusuh atau perseteruan.Makna21.08.2016
Rujuk jawapan pada 03.10.2007, "Tingkah laku bermaksud gerak- geri, kelakuan,perbuatan. Prasekolah bermaksud sebelum memasuki sekolah. Kata langsang tidak terdapat dalam rujukan kami. Sila nyatakan ejaan sebenar. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi 4." Dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan, erti bagi kata "aggressive" diberi sebagai: "3. quarrelsome, agresif, cenderung bergaduh, suka berkelahi: he became ~ after a few drinks, dia menjadi agresif selepas meminum beberapa gelas arak; an ~ nature, sifat yg agresif; 4. reflecting quarrelsome disposition, (bersifat) agresif: in an ~ (tone of) voice, dgn nada suara yg agresif; ~ remarks, kata-kata yg (bersifat) agresif; 5. assertive, enterprising, agresif: an ~ businesswoman, seorang ahli perniagaan wanita yg agresif; ~ leadership, kepemimpinan agresif; 6. (psychol) langsang, agresif." Adakah perkataan "langsang" sudah diterima dalam kamus bahasa Melayu?Berdsasarkan dapatan daripada Kamus Inggeris-Melayu Dewan dan Daftar Istilah MABBIM, perkataan langsang ialah padanan kata aggressive dalam bahasa Melayu dan digunakan dalam bidang psikologi. Perkataan langsang juga telah diterima pakai oleh negara anggota MABBIM, iaitu Malaysia, Brunei dan Indonesia sebagai perkataan lain selain agresif. Walau bagaimanapun istilah ini tidak begitu dikenali oleh orang awam, maka ada baiknya penggunaan kata agresif diutamakan.Istilah17.05.2011
SALAM SEJAHTERA Pertanyaan saya boleh saya menggunakan perkataan seagresif yang mungkin atau secara agresif. Mohon pencerahan daripada pihak Tuan, terima kasihFrasa yang sesuai dan lebih standard ialah secara agresif.Tatabahasa04.03.2020
Apakah terma road rage di dalam Bahasa Malaysia?Belum ada lagi istilah/terjemahan bagi istilah berkenaan dalam sumber rujukan kami. Cadangan daripada pihak kami terjemahan yang sesuai bagi road rage ialah pemanduan agresifMakna26.05.2017
Saya ingin bertanya tentang perbezaan penggunaan psikiatrik dan psikiatri. Mohon beri penjelasan berserta contoh ayat. Sekian terima kasih.Mengikut Kamus Dewan Perdana, perkataan "psikiatrik” ialah berkaitan dengan gangguan dan rawatan mental atau jiwa yang mana seseorang individu mengalami masalah psikiatrik boleh menjadi agresif, manakala psikiatri ialah cabang ilmu perubatan yang berkaitan dengan kajian dan rawatan gangguan mental atau jiwa.Makna06.07.2022
Ayat-ayat yang berikut salah penggunaan kata. Apakah kata yang betul untuk menggantikan perkataan yang berhuruf besar? 1) Sikapnya yang LUMPUH menyebabkan banyak kerja tertangguh. 2) Remaja sekarang sudah berperangai LIAR. 3) Pemandu yang LIAR akan dikenakan tindakan undang-undang. 4) Sikapnya yang macam LAGU itu telah difahami oleh semua orang. 5) Sikap majikan yang AGRESIF dibenci oleh ramai pekerjanya. 6) Mulutnya yang BOCOR menyebabkan rahsia rakannya terbongkar. 7) Kainnya yang BOCOR kerana disambar api. 8) Saya KURANG hati dengan sikapnya yang suka berbohong.1) Sikapnya yang berlengah menyebabkan banyak kerja tertangguh.
2) Remaja sekarang sudah bebas.
3) Pemandu yang cuai akan dikenakan tindakan undang-undang.
4) Sikapnya yang macam LAGU itu telah difahami oleh semua orang.
5) Sikap majikan yang tidak berperikemanusiaan dibenci oleh ramai pekerjanya.
6) Mulutnya yang becok menyebabkan rahsia rakannya terbongkar.
7) Kainnya koyak kerana disambar api.
8) Saya tidak suka dengan sikapnya yang suka berbohong.
Untuk makluman puan, tugasan sekolah tidak termasuk dalam skop perkhidmatan kami. Pada masa yang akan datang, sila rujuk Kamus Dewan dan buku Tatabahasa Dewan.
Tatabahasa02.08.2013
Di sini saya blh katakan yang pendirian DBP adalah tidak tetap. senang cerita, tiada pendirian. cthnya : saya search ejaan utk perkataan Wifi. jadi, saya klik pd 'Khidmat Nasihat'. Ejaan yang saya jumpa:1) Wifi2) wifikat sini jelas, DBP tidak ambil kisah dengan penggunaan huruf kecil dan besar. Saya boleh katakan kat sini yang bahasa Melayu sangat agresif dengan penggunaan huruf kecil dan besar. Terima kasih. Saya cuma inginkan kepastian tentang ejaan sebenar Wifi. Bukan perkataan ini sahaja. Banyak lagi perkataan lain yang sama dengan soalan saya ni.Jadi, saya nak tekankan disini, pihak DBP, PRPM sila cakna dengan penulisan anda. kerana laman web prpm ni satu-satunya pusat rujukan untuk bahasa Melayu. Diterima pada : 3/26/2017 10:32:48 AMDalam istilah Teknologi Maklumat tercatat perkataan Wi-Fi. Wi-Fi ialah jenama dan ejaannya standard di seluruh dunia, bagaimanapun dalam carian kami pelbagai bentuk ejaan yang ditemukan.Ejaan26.03.2017
Salam.. Mohon pencerahan untuk terjemahan untuk perkataan "hawkish" dan "dovish" dalam bidang kewangan. Berikut merupakan keterangan perkataan yang dinyatakan - The term hawkish is used to describe contractionary monetary policy and dovish refers to the opposite. Bolehkah perkataan hawkish dan dovish diguna dalam bahasa melayu atau terdapat cadangan kata yang lebih sesuai? Terima kasihBerdasarkan perbincangan dalam Jawatankuasa Istilah Semasa DBP, padanan yang telah ditetapkan ialah seperti yang berikut:

hawkish monetary policy - polisi monetari agresif
dovish monetary policy - polisi monetari berdiplomasi

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain17.12.2021
Apakah perbezaan antara rendah hati dan rendah diri? Adakah sikap rendah diri nilai murni?

Mengikut buku Kamus Pelajar dan Kamus Dewan, ‘rendah hati/diri’ ialah sikap tidak sombong; baik hati, pemurah. Secara umumnya kedua-dua sikap ini merupakan tabiat (budi pekerti) yang baik. Namun, secara terperinci, dalam data kami ada istilah ‘kompleks rendah diri’ dalam istilah psikologi yang membawa maksud keadaan fikiran yang me­nyebabkan seseorang merasai dirinya kurang penting, kurang dikagumi, tidak bijak sehingga boleh mendorong ia bersikap agresif atau menyisihkan diri.

Istilah13.05.2014
Mohon penjelasan berkenaan penggunaan bahasa ini bagi mengklasifikasikan bangunan. 1. Bangunan 2. Wisma 3. Menara 4. Kompleks
  • bangunan

    sesuatu yg dibangunkan (spt gedung, rumah, kedai, dll): ~ lama;
  • wisma

    • 1. rumah; 2. bangunan yg di dalamnya terdapat ruang pejabat, kedai, dsb: W~ Persekutuan; W~ Yakin.

    menara

    • bangunan atau bahagian bangunan yg tinggi utk sesuatu kegunaan tertentu, bahagian bangunan (spt masjid, gereja, dll) yg dibina jauh lebih tinggi drpd bahagian induknya; ~ api rumah api utk panduan kapal; ~ gading a) keadaan atau kedudukan yg tersisih drpd keadaan hidup sehari-hari (masalah sebenar yg dihadapi dsb); b) pusat pengajian tinggi (spt universiti); ~ kawalan bangunan berbentuk menara di lapangan terbang tempat mengawal lalu lintas udara, terutamanya perlepasan dan pendaratan kapal terbang

    kompleks

    • (kompléks) 1. rumit, sulit (tidak mudah atau jelas), mengandungi berbagai-bagai unsur (ciri dsb) atau perkara: masalah yg dihadapi tidak ~ dan akan dapat diatasi; masyarakat moden dgn cara hidup yg ~; masyarakat Malaysia memang ~ sifatnya dgn berbagai-bagai kaum dan suku bangsa, adat resam, bahasa, dan sebagainya; 2. kumpulan butir atau unsur atau gabungan pelbagai bahagian yg menciptakan (mewujudkan) sesuatu yg sempurna atau lengkap; 3. kumpulan bangunan atau binaan yg terdiri drpd beberapa binaan dsb yg bercantum menjadi suatu keseluruhan: ~ membeli-belah; rancangan membina sebuah ~ sukan di Ayer Keroh, Melaka; K~ Jemaah Haji di Kelana Jaya; 4. (Psi) perasaan (spt perasaan megah, rendah diri, dll) yg mempengaruhi sikap, perangai, keperibadian, dll seseorang: setelah mencapai kejayaan, timbullah ~ `aku pengarang' dan `aku wartawan'; 5. (Kim) sebatian yg satu molekulnya terangkai pd molekul lain melalui ikatan koordinat; ~ rasa bersalah (Psi) keadaan fikiran seseorang yg dihantui perasaan bersalah kerana telah terlanjur melakukan sesuatu kesalahan; ~ rendah diri (Psi) keadaan fikiran yg menyebabkan seseorang merasai dirinya kurang penting, kurang dikagumi, tidak bijak dsb sehingga boleh mendorong ia bersikap agresif atau menyisihkan diri; ~ tinggi diri (Psi) keadaan fikiran yg memperlihatkan sikap seseorang yg berasa seolah-olah dirinya lebih hebat, lebih penting, lebih bijak dsb drpd orang lain dan cenderung bersikap sombong diri atau angkuh
    Makna30.09.2009

    Kembali ke atas