Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n pertanian. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata agriculture


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Boleh saya tahu, adakah terdapat perkataan dalam Bahasa Melayu bagi perkataan di bawah atau kekal sahaja dalam Bahasa Inggeris? 1. Programme for the Census of Agriculture (WCA) 2. Precision Agriculture Terima Kasih.Cadangan terjemahan bagi Programme for the Census of Agriculture (WCA) ialah Program Banci Pertanian, manakala padanan bahasa Melayu bagi istilah precision agriculture ialah pertanian teliti.Istilah11.10.2023
Saya ingin bertanya, apakah terjemahan terbaik untuk istilah 'urban agriculture'. Adakah agrikultur urban, pertanian urban, ataupun pertanian perbandaran. Terima kasih.Dalam data kami, tiada padanan khusus bagi urban agriculture dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan terjemahan bagi perkataan tersebut ialah pertanian urban.Istilah17.10.2013
Salam, tuan/puan. Apakah terjemahan yang sesuai bagi informed decisions'? Contoh ayat, One of the primary objectives of the Malaysia Agriculture Census 2024 is to gather data that will enable policymakers to make informed decisions that will benefit the agriculture industry. Terima kasih.Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah informed decision ialah keputusan termaklum. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah20.06.2023
1. Saya ingin mendapatkan penerangan mengenai perbezaan antara kesinambungan dan kelangsungan. 2. Apakah terjemahan Bahasa Melayu bagi perkataan 'continuity'. Contoh ayat: the continuity of urban agriculture practices. Adakah 'continuity' disini diterjemah sebagai kesinambungan atau kelangsungan?1.Kesinambungan atau kelangsungan membawa maksud yang sama, iaitu perihal bersinambungan, kelanjutan, keterusan, persambungan. Walau bagaimanapun, penggunaannya bergantung pada konteks ayat.

Contoh ayat:
Se­muanya ini untuk menjaga kelangsungan hidup yang harmoni antara kaum di negara ini.

Sastera Melayu moden merupakan kesinambungan daripada sastera Melayu lama.

2. 
Cadangan terjemahan ialah kesinambungan amalan pertanian bandar.
Penyemakan dan penterjemahan29.01.2021
apakah komen pihak DBP penggunaan agribusiness di dalam jurnal?Bolehkah agribusiness tersebut dimasukkan sebagai perkataan atau ayat yang betul berkaitan perniagaan tani?Agri kependekan perkataan agriculture dan dalam bahasa Melayu ialah pertanian/tani, apabila digabungkan dengan perkataan business menjadi  agribusiness. Walau bagaimanapun gabungan kata (agribusiness) ini tidak ada dalam bahasa Melayu dan istilah yang diterima pakai untuk maksud yang tersebut ialah perniagaan tani.Lain-lain08.10.2010
apakah perbezaan di antara AGRI dan AGRO? Bagaimana untuk menggunakan perkataan AGRO dan AGRI ini untuk dimasukkan dalam ayat? Mengapa AGRIBUSINESS menggunakan AGRI dan tidak menggunakan AGROBUSINESS?Awalan agri tidak ada dalam bahasa Melayu, iaitu berkaitan dengan pertanian, tanah, atau ladang, misalnya agrokimia dan agroteknologi. Agri kependekan perkataan agriculture dan dalam bahasa Melayu ialah pertanian/tani, oleh itu istilah agribusiness diterjemahkan kepada perniagaan tani.Istilah08.10.2010

Kembali ke atas