Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.gro.ték.no.lo.gi] | اݢروتيکنولوݢي

Definisi : (agrotéknologi) teknologi yg berkaitan dgn pembangunan pertanian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata agroteknologi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat sejahtera. Apakah perkataan yang betul Agroteknologi atau Agro-teknologi? (perlu ada sempang atau tak) Pohon maklumbalas segera. Tkasih

Ejaan yang betul ialah agroteknologi.

Ejaan11.02.2011
apa takrif sebenar bg 'agro'. adakah perkataan agro tani, agro ternak wujud dalam bahasa kita..Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan "agro" ialah awalan asing yang berkaitan pertanian, tanha atau ladang, mis dalam agrokimia dan agroteknologi. Perkataan agrotani dan agroternak boleh digunakan dalam istilah agropertanian. Ejaan yang betul ialah agroternak dan agrotani, bukan agro ternak dan agro tani.Ejaan05.08.2014
apakah beza diantara AGRI dan AGRO....? bila masa kita boleh menggunakan AGRO dan AGRI ini?Agro bermaksud awalan asing berkaitan dgn pertanian, tanah, atau ladang, mis dlm agrokimia dan agroteknologi. Tiada kata agri yang terakam dalam Kamus Dewan Edisi Empat.Lain-lain08.10.2010
apakah perbezaan di antara AGRI dan AGRO? Bagaimana untuk menggunakan perkataan AGRO dan AGRI ini untuk dimasukkan dalam ayat? Mengapa AGRIBUSINESS menggunakan AGRI dan tidak menggunakan AGROBUSINESS?Awalan agri tidak ada dalam bahasa Melayu, iaitu berkaitan dengan pertanian, tanah, atau ladang, misalnya agrokimia dan agroteknologi. Agri kependekan perkataan agriculture dan dalam bahasa Melayu ialah pertanian/tani, oleh itu istilah agribusiness diterjemahkan kepada perniagaan tani.Istilah08.10.2010
Bolehkah perkataan bandar agropolitan digunakan? Semakan istilah: Bandar Interaktif Agro Teknologi, Bandar Interaktif Agro Ekonomi, Bandar Interaktif Agro Pelancongan. Bolehkan semua istilah ini digunakan untuk menggambar sebuah kawasan petempatan yang sedang membangunkan dan produk utamanya berasaskan pertanian komersial. Contohnya: Kerian Bandar Interaktif Agro Teknologi.Ejaan yang betul ialah agroteknologi, agroekonomi dan agropelancongan. Pada pandangan kami bagi menamakan sebuah petempatan yang berasaskan pertanian komersial sebagai kegiatan utamanya ialah Bandar Interaktif Agroekonomi.Tatabahasa18.03.2013

Kembali ke atas