Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.gro.ték.no.lo.gi] | اݢروتيکنولوݢي

Definisi : (agrotéknologi) teknologi yg berkaitan dgn pembangunan pertanian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata agroteknologi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
agrotechnologyagroteknologiPertanianAgroteknologiPenggunaan teknologi yang terhasil daripada penemuan penyelidikan pertanian bagi meningkatkan pengeluaran dan pendapatan pertanian. Di Malaysia, melalui usaha penyelidikan dan pembangunan yang dijalankan oleh pihak-pihak tertentu seperti MARDI dan UPM, teknologi dan produk baharu telah berjaya dihasilkan. Contohnya, penghasilan teknologi Robo-Rest, iaitu teknik pensterilan dan peleraian buah kelapa sawit daripada tandan menggunakan wap bertekanan tinggi.
agrotourismagropelanconganPertanianAgroteknologiIndustri yang menggunakan aktiviti pertanian sebagai tarikan pelancong untuk menimba pengetahuan dan pengalaman dalam bidang pertanian yang diamalkan di sesebuah negara. Agropelancongan dapat dilaksanakan dengan menyediakan infrastruktur pelancongan seperti penginapan, restoran dan kawasan riadah di kawasan pertanian. Contoh kawasan agropelancongan ialah Taman Agroteknologi MARDI di Cameron Highland dan Langkawi.
tattooingcacahAgroteknologiTiadaKaedah menanda ternakan ruminan dengan cara melukakan kulit telinga ternakan dengan jarum.
mulchingsungkupanAgroteknologiTiadaBahan seperti jerami, abuk papan, daun, plastik, dan tanah relai yang diserakkan di atas permukaan tanah untuk melindungi tanah dan akar tumbuhan daripada kesan hujan, kekerasan tanah, pembekuan, atau penyejatan.
tillagepemugaranAgroteknologiTiadaKaedah mengolah tanih yang dilakukan secara mekanikal.
mazeliku seliratAgroteknologiTiadaReka bentuk pokok pagaran dalam landskap yang ditanam berliku-liku untuk hiasan dan permainan.
damping-offlecuhAgroteknologiTiadaPenyakit yang disebabkan oleh kulat Rhizoctonia sp., Pythium sp., dan keadaan lembap yang menyebabkan kematian anak benih sejurus selepas percambahan biji benih.
abioticabiotikPertanianAgroteknologiBerkaitan dengan faktor-faktor bukan organisma seperti air, mineral, tanah, udara dan cahaya yang mempengaruhi kehidupan tumbuhan. Faktor-faktor ini membekalkan keperluan tumbuhan untuk melaksanakan proses fotosintesis dan tumbesaran. Hasil tanaman bergantung pada faktor abiotik. Contohnya, kawasan yang tinggi kadar hujan dan suhu mempunyai keupayaan hasil yang tinggi berbanding dengan kawasan kering dan bersuhu rendah.
aeolianaeolianPertanianAgroteknologiBerkaitan dengan tindakan angin menghakis tanah dan membawa butiran atau debu tanah dari satu tempat ke tempat yang lain serta memendapkannya di tempat yang lain. Fenomena ini biasanya berlaku di kawasan gurun yang tidak mempunyai banyak tumbuhan.
aeroponicsaeroponikPertanianAgroteknologiKaedah penanaman tanpa tanah yang melibatkan semburan larutan bernutrien pada akar tanaman yang tergantung dalam kawasan persekitaran yang terkawal. Semburan itu berlaku secara berkala dalam jangka masa tertentu. Kaedah ini membolehkan tanaman beriklim sederhana seperti salad ditanam di kawasan beriklim tropika dengan larutan semburan yang telah disejukkan.
12345678910...

Kembali ke atas