Assalam, saya nak sahkan pengenai frasa pejabat agung atau Pejabat Agung atau pejabat Agung. Terima Kasih. | Menurut data kami, agung bermaksud 1 tertinggi: Allah yang Maha ~. 2 besar: tiang ~; layar ~. mengagungkan menganggap agung; memuliakan; meluhurkan:. Perkataan tersebut dieja dengan huruf kecil, mohon nyatakan pertanyaan dengan jelas supaya kami dapat membantu memberikan jawapan. | Ejaan | 03.08.2020 |
Saya ingin bertanya tentang susunan subjek dan pradikat seperti berikut: 1.Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Alumni LPP atau Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan Alumni LPP. 2. Mesyuarat Agung Khas Perwakilan atau Mesyuarat Agung Perwakilan Khas; 3. Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan atau Mesyuarat Agung Cawangan Tahunan; 4. Cawangan Alumni LPP Negeri Melaka atau Alumni LPP Cawangan Negeri Melaka; 5. Jawatankuasa Pusat Alumni LPP atau Jawatankuasa Alumni LPP Pusat; 6. Jawatankuasa Alumni LPP Cawangan atau Jawatankuasa Cawangan Alumni LPP; 7. Cawangan-cawangan Alumni LPP Negeri atau Alumni-alumni LPP Cawangan; 6. | 1. Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan Alumni LPP. 2. Mesyuarat Agung Khas Perwakilan. 3. Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan. 4. Alumni LPP Cawangan Negeri Melaka. 5. Jawatankuasa Pusat Alumni LPP. 6. Jawatankuasa Alumni LPP Cawangan ... 7. Cawangan-cawangan Alumni LPP Negeri. | Tatabahasa | 09.08.2018 |
bagaimana menentukan hukum D-M yang betul dalam frasa berikut? - Mesyuarat Agung Tahunan PETRONAS Ke-12 - Mesyuarat Agung Tahunan Ke-12 PETRONAS - Mesyuarat Agung Tahunan PETRONAS Kali Ke-12 - Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-12 PETRONAS | Tajuk yang betul ialah Mesyuarat Agung Tahunan PETRONAS Ke-12 | Tatabahasa | 09.09.2014 |
Karya Agung: Siapakah penulis yang mendapat anugerah karya agung bagi hasil penulisannya dan apakah judul penulisan mereka? | Karya Agung Melayu ialah karya yang tertulis dalam bahasa Melayu atau yang diungkapkan atau dilisankan dalam bahasa Melayu, tidak kira di manakah asalnya di Dunia Melayu ini. Tiga faktor utama yang merangsang penghasilan Karya Agung dalam bahasa Melayu dalam sejarah yang lalu ialah (a) kekuatan bahasa Melayu itu, (b) pengaruh Islam, dan (c) peranan istana dan sekolah pondok/pesantren. Tiada pengarang yang menerima anugerah atas penulisan mereka kerana beberapa sebab seperti waktu, tujuan dan tidak diketahui pengarangnya. Antara karya yang ditakrif sebagai Karya Agung Melayu oleh Yayasan Karyawan ialah Sulalat al-Salatin (Tun Seri Lanang), Hikayat Hang Tuah, Hikayat Merong Mahawangsa, Tuhfat al-Nafis (Raja Ali Haji), Hikayat Aceh, Hikayat Raja Pasai, Bustan al-Katibin (Raja Ali Haji), Taj al-Salatin (Bukhari al-Jauhari) dan banyak lagi. Untuk keterangan lanjut sila rujuk buku "Pengenalan Konsep dan Gagasan Karya Agung Yayasan Karyawan" terbitan Yayasan Karyawan | Lain-lain | 13.06.2007 |
saya nak bertanya. apakah perbezaan antara Yang di-Pertua Agung dengan Yang Dipertuan Agung. terima kasih | Ejaan yang betul ialah Yang di-Pertuan Agong. Tidak ada Yang Dipertuan Agung kecuali ketua bagi sesebuah majlis/pertubuhan seperti Yang Dipertua Majlis. Ejaan ini haruslah dibezakan dengan Yang di-Pertuan Agong dan Yang di-Pertua Negeri. | Ejaan | 01.10.2012 |
Tuan, Adakah istilah 'mesyuarat agung' hanya digunakan jika ada pemilihan ahli jawatankuasa bagi sesuatu pertubuhan? Bolehkah istilah 'mesyuarat agung' digunakan jika tiada pemilihan ahli jawatankuasa. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, mesyuarat agung bermaksud perundingan besar (oleh sesuatu badan, persatuan, dll). Lazimnya mesyuarat agung yang diadakan terbuka kepada dan untuk dihadiri oleh semua ahli. Mesyuarat agung juga diadakan tidak semestinya untuk memilih ahli jawatankuasa. | Istilah | 24.02.2010 |
Ini bagi membeli laluan kepada mesyuarat agung Atau Ini bagi memberi laluan pada mesyuarat agung? | Ini bagi memberi laluan kepada mesyuarat agung. Kata sendi nama "kepada" untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, dan unsur mujarad (tidak nampak). | Tatabahasa | 23.09.2011 |
maksud General meeting : adakah ianya ditafsirkan sebagai Mesyuarat Agung tahunan sahaja atau juga mesyuarat agung khas | Padanan general meeting dalam bahasa Melayu ialah mesyuarat agung. | Istilah | 24.11.2010 |
Salam. Mohon bertanya, yang mana satu betul? 1) Mesyuarat Agung Tahunan Kali Pertama 2) Mesyuarat Agung Tahunan Pertama Terima kasih. | Tajuk yang betul ialah Mesyuarat Agung Tahunan Kali Pertama. (Nombor satu hingga sembilan perlu dieja) manakala angka 10 dan seterusnya dalam tulisan nombor. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 31.10.2019 |
Beza perkataan Agong dan Agung | Bezanya ialah Agong hanya merujuk kepada Yang di-Pertuan Agong sahaja, manakala agung bermakna besar, luas, tertinggi, teristimewa, terbuka kepada semua (spt mesyuarat agung). | Lain-lain | 31.03.2010 |