Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.had] | احد

Definisi : Ar 1. satu, esa: Allahu A~; 2. pertama; hari A~ hari pertama dlm seminggu selepas hari Sabtu, hari minggu; 3. minggu; se~ seminggu, sejumaat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.had] | احد

Definisi : Ar perjanjian; mengahadkan 1. menikahkan: maka kadi pun tampillah ke hadapan ~ kedua-duanya; 2. memeterai perjanjian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.had] | احد

Definisi : 1 (bkn Allah) Esa; Tunggal: Allahu ~ Allah itu Esa. 2 = hari ~ hari pertama dlm sesuatu minggu; hari minggu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ahad

Puisi
 

Hari Ahad minggu Belanda,
     Kapitan Cina bergelang kaki;
Cuba ditanya pengubat lama,
     Bolehkah tidak kembali lagi.


Lihat selanjutnya...(9)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagi penggunaan "Hari Ahad" atau "Ahad" sahaja, yang manakah yang betul? boleh sediakan contoh?Perkataan yang betul ialah “hari Ahad”. Contoh ayat: “Ayah bekerja setiap hari kecuali pada hari Ahad.” Ejaan10.01.2024
Ayah bekerja setiap hari. Ayah tidak bekerja pada hari Ahad. (kecuali) 1. Ayah bekerja setiap hari kecuali hari Ahad. 2. Ayah bekerja setiap hari kecuali pada hari Ahad. Yang manakah betul?Ayah bekerja setiap hari kecuali pada hari Ahad.Tatabahasa02.05.2012
Ayah bekerja setiap hari. Ayah tidak bekerja pada hari Ahad. (kecuali) Ayat majmuk di bawah, yang mana satu betul? 1) Ayah bekerja setiap hari kecuali hari Ahad. 2) Ayah bekerja setiap hari kecuali pada hari Ahad.Merujuk ayat tersebuu, ayat majmuk yang betul ialah Ayah bekerja setiap hari kecuali pada hari Ahad.Tatabahasa15.03.2012
Bolehkah istilah "hari minggu' menggantikan 'hari Ahad'? Terima kasih.

Bagi negeri yang cuti mingguannya ialah hari Ahad, maka istilah hari minggu bagi menggantikan hari Ahad boleh digunakan, tetapi bagi negeri yang cuti mingguannya adalah pada hari Jumaat seperti negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu, maka hari minggunya ialah hari Jumaat.

Istilah26.04.2010
Ceramah ini diadakan pada 12 April 2020 iaitu pada hari Ahad atau Ceramah ini diadakan pada 12 April 2020 iaitu hari Ahad. Yang manakah ayat yang betul? Terima kasih.Salam sejahtera,

Menurut rekod data kami kedua-dua penggunaan ayat betul.
Tatabahasa18.04.2020
perbezaan antara perkataan menanya and bertanya Ayat yang manakah betul ? Ayat: 1. Pada hari Ahad, Ana bertanya kepada ibunya... 2. Pada hari Ahad Ana menanya ibunya...Menanya bermaksud bertanya kepada; dan bertanya bermaksud meminta supaya diberitahu tentang sesuatu. Kedua-dua ayat tersebut betul.Tatabahasa02.08.2016
Jikalau "Hujung Minggu" atau "Hari Minggu" bermaksud Sabtu dan Ahad. Adakah orang-orang Kelantan dan Terengganu juga beranggapan sedemikian kerana hari untuk mereka bersekolah dan bekerja mula dengan hari Ahad, bukan hari Isnin macam kita. Sekian, terima kasihBagi Kelantan dan Terengganu, hari minggu dan hujung mereka ialah Sabtu dan Jumaat.Lain-lain28.10.2009
Beza antara hari minggu, hujung minggu dan hari mingguan"Hari minggu" merujuk pada hari Ahad. Manakala, "hujung minggu" lazimnya merujuk pada hari Sabtu dan Ahad. Untuk makluman, perkataan "hari mingguan" tiada dalam bahasa Melayu. Makna10.10.2023
Adakah saya seperti berikut adalah betul dan tolong cadangkan jawapan yang sesuai: 1. Sekolah saya telah mengadakan Hari Kantin pada hari Ahad yang lalu. atau Sekolah saya telah mengadakan hari kantin pada hari Ahad yang lalu. 2. Bapa saya ialah seorang guru. atau Bapa saya adalah seorang guru. inilah masalah yang saya biasa hadapi semasa mengajar penulisan. sebab buku rujukan yang lain memberikan jawapan yang berlainan.

Cadangan jawapan yang betul ialah 'sekolah saya telah mengadakan Hari Kantin pada hari Ahad yang lalu. 2. Bapa saya ialah seorang guru. Harap maklum.

Tatabahasa19.07.2008
Assalamualaikum. Boleh saya tahu adakah betul jika hari ini Ahad, 26.3.2023, dan saya merujuk kepada Isnin, 27.3.2023 (esok) sebagai minggu depan/hadapan? Adakah jarak masa yang dekat antara Ahad dan Isnin menjadikan frasa "minggu depan" membawa maksud minggu seterusnya (3.4.2023 - 9.4.2023)? Terima kasih.Apabila merujuk mingguan, setiap tujuh hari genap seminggu dan tujuh hari berikutnya ialah minggu seterusnya. Dalam konteks kiraan mingguan ini, hari terakhir minggu pertama dan hari pertama minggu seterusnya ialah minggu yang berbeza, walaupun selang masa hanya 24 jam.Lain-lain27.03.2023
1234

Kembali ke atas