Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.had] | احد

Definisi : Ar 1. satu, esa: Allahu A~; 2. pertama; hari A~ hari pertama dlm seminggu selepas hari Sabtu, hari minggu; 3. minggu; se~ seminggu, sejumaat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.had] | احد

Definisi : Ar perjanjian; mengahadkan 1. menikahkan: maka kadi pun tampillah ke hadapan ~ kedua-duanya; 2. memeterai perjanjian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.had] | احد

Definisi : 1 (bkn Allah) Esa; Tunggal: Allahu ~ Allah itu Esa. 2 = hari ~ hari pertama dlm sesuatu minggu; hari minggu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ahad

Puisi
 

Hari Ahad minggu Belanda,
     Kapitan Cina bergelang kaki;
Cuba ditanya pengubat lama,
     Bolehkah tidak kembali lagi.


Lihat selanjutnya...(9)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
HARI AHAD UMUM 
WARTA AHAD

WARTA AHAD, akhbar mingguan. Akhbar setebal 28 halaman ini mula diterbitkan pada 5 Mei 1935 di Singapura oleh Warta Malaya Press Ltd.  Apabila mendapat sambutan baik, halamannya ditambah menjadi 36 halaman. Akhbar ini dijual dengan harga 15 sen senaskhah pada setiap petang hari Ahad.

SASTERAKarya
MOTHERING SUNDAY

Mothering Sunday ialah hari Ahad keempat

Lent , di England. Pada hari tersebut, para ibu

menerima jambangan bunga dan hadiah daripada

anak-anak mereka. Anak yang tinggal jauh akan

balik untuk melawat ibu mereka pada hari

tersebut.

UMUM 
PALM SUNDAY

Palm Sunday ialah hari Ahad yang jatuh sebelum

Hari Paskah dan ia menandakan permulaan Minggu

Suci dalam takwim Kristian.

UMUM 
WARTA JENAKAWARTA JENAKA, akhbar mingguan terbitan Warta Malaya Press Ltd.  Akhbar ini menjadi cabang kedua kepada akhbar Warta Malaya, di samping Warta Ahad.  Ia mula diterbitkan pada 7 September 1936 dan mengandungi 30 halaman.  Akhbar ini diterbitkan selepas Warta Ahad mendapat sambutan hangat daripada masyarakat.  Pengendalian akhbar ini diketuai oleh Abdul Rahim Kajai.   Dia dibantu oleh Hashim Yunos, Ibrahim Mahmud, Ishak Haji Muhammad dan Osman Kelana.SASTERAKarya
UTUSAN ZAMAN

UTUSAN ZAMAN, akhbar bertulisan Jawi yang diterbitkan di Singapura sejak 5 November 1939.  Akhbar yang diterbitkan setiap hari Ahad ini dicetak oleh Utusan Melayu Singapore Press Ltd. yang berpejabat di Cecil Street.  Bermula dari bulan Mac 1958, Utusan Zaman diterbit dan dicetak di Kuala Lumpur oleh Utusan Melayu Press Ltd.

SASTERAPenerbitan
HADIAH NOVEL GAPENA-YAYASAN SABAH

HADIAH NOVEL GAPENA-YAYASAN SABAH, peraduan menulis novel. Peraduan ini merupakan salah satu kegiatan GAPENA menerusi pertandingan menulis novel selepas sayembara menulis novel ESSO-GAPENA. Ia dilancarkan pada hari Ahad, 5 Mac 1978, di Hotel Merlin, Kuala Lumpur. Setiap para peserta diberi tempoh satu tahun bagi menyerahkan manuskrip yang telah disiapkan. Ini bermakna tarikh akhir bagi menyerahkan naskhah ialah pada 5 Mac 1979, genap satu tahun selepas pelancarannya. Keputusan diumumkan sekitar bulan Ogos 1979 sempena Mesyuarat Agung GAPENA ke-8.

SASTERAAnugerah/Hadiah
BERITA MINGGU

BERITA MINGGU, akhbar  mingguan berbahasa Melayu  yang dicetak dan diterbitkan oleh The New Straits Times Press (M’sia) Bhd., Kuala Lumpur.  Akhbar ini adalah sebahagian daripada akhbar  Berita Harian  dan  diterbitkan pada hari Ahad sahaja. Keluaran pertamanya ialah pada 10 Julai 1960, mengandungi lapan halaman dan dijual dengan harga 15 sen senaskhah.  Akhbar ini  menggunakan tulisan Rumi. Dalam keluarannya yang terawal, akhbar ini memuatkan berbagai-bagai berita termasuklah iklan, rencana umum, sastera, filem, sukan dan berita semasa.

SASTERAKitab
HADZRAMI A.R.

HADZRAMI A.R. (1941 -               ), penulis. Dia lahir pada bulan Disember 1941 di Pasir Mas, Kelantan. Nama penuhnya ialah Hadzrami bin HajI Abd. Rahman. Dalam penulisan, selain nama pena Hadzrami A.R., dia menggunakan nama Shamsul. Pendidikan awal Hadzrami A.R. ialah di Sekolah Arab Beris, Bachok dan kemudian di Sekolah Arab Ma‘ahad Muhammadi, Kota Bharu. Dari tahun 1958 hingga tahun 1963, dia menyambung pelajaran di Kolej Islam Malaya, Kelang. Pada tahun 1964, dia mengikuti kursus Mubaligh Islam di Darul Arqam, Kuala Lumpur.

SASTERATokoh

Kembali ke atas