Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ahli fizik


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BEDNORZ, J. GEORGAhli fizik Jerman yang menemukan kesuperkonduksian suhu tinggi dalam bahan seramik bersama-sama ahli fizik Switzerland, K. Alex Mueller.FIZIKTokoh
PROKHOROV, ALEXANDER MIKHAILOVICH

Prokhorov, Alexander Mikhailovich

(1916–2002) ialah ahli fizik Rusia. Pada tahun 1953, dia

dan seorang lagi ahli fizik Rusia, Nikolai Basov,

menyatakan prinsip menggunakan tenaga molekul

untuk memperkuatkan gelombang mikro.

UMUM 
PASCAL, BLAISE

Pascal, Blaise (1623–1662) ialah ahli fizik, ahli

matematik dan ahli falsafah Perancis. Dia menjadi

terkenal kerana eksperimennya dengan bendalir

dalam fizik dan kerana hasil kerjanya tentang teori

kebarangkalian dalam ilmu matematik.

UMUM 
SZILARD, LEO

Szilard, Leo (1898–1964) ialah ahli fizik Amerika

yang merintis usaha dalam pembangunan

perkembangan tenaga nuklear. Bersama Enrico

Fermi, dia merintis kaedah menyusun grafit dan

uranium yang memungkinkan terciptanya reaktor

nuklear pertama mapan kendiri pada tahun 1942.

Pada bulan Julai 1939, Szilard dan Eugene Wigner

mengunjungi Albert Einstein. Einstein kemudiannya

menulis kepada Presiden Amerika Syarikat, Franklin

D. Roosevelt dan memulakan sokongan kerajaan

terhadap tenaga nuklear, yang membawa kepada

pembinaan bom nuklear. Szilard lahir di Budapest,

Hungary. Dia menjadi warganegara Amerika Syarikat

pada tahun 1943. Dia dan Wigner berkongsi

Anugerah Atom untuk Perdamaian (Atoms for Peace

Award) pada tahun 1959.

UMUM 
OPPENHEIMER, J. ROBERT

Oppenheimer, J. Robert (1904–1967), ahli fizik

Amerika, yang menjadi terkenal sebagai bapa

bom atom. Dari tahun 1943 hingga 1945, dia

menjadi pengarah makmal di Los Alamos, New

Mexico, tempat reka bentuk dan pembinaan bom

atom yang pertama dibuat.

UMUM 
ASTON, FRANCIS WILLIAM

Aston, Francis William (1877–1945), ahli fizik

British. Pada tahun 1917, dia mencipta spektograf

jisim yang memungkinkan atom yang lebih ringan

dan yang lebih berat dipisahkan dan berat atomnya

diukur dengan lebih tepat.

UMUM 
ZEEMAN, PIETER

Zeeman, Pieter (1865–1943) ialah ahli fizik

Belanda yang terkenal kerana penemuannya

dalam spektroskopi. Pada tahun 1896, dia menemui

kesan Zeeman, iaitu pemisahan garis spektrum

oleh medan magnet.

UMUM 
YOUNG, THOMAS

Young, Thomas (1773–1829) ialah ahli fizik,

doktor, dan sarjana Inggeris. Dia menemui

interferens atau gangguan cahaya dan

membuktikan bahawa cahaya itu terdiri daripada

gelombang.

UMUM 
SCHUSTER, SIR ARTHUR

Schuster, Sir Arthur (1851–1934) ialah ahli fizik

yang menyumbang terhadap penemuan elektron.

Dia mencadangkan bahawa kuasa pengaliran di

atmosfera atas bumi disebabkan oleh sinar

ultraungu dari matahari. Dia adalah profesor di

Manchester University, England, tempat dia

membina sebuah makmal. Schuster lahir di

Frankfurt am Main di Jerman, tetapi berhijrah ke

Manchester, England semasa berumur 19 tahun.

Pada mulanya dia menceburi bidang perniagaan,

tetapi kemudiannya beralih kepada bidang sains

yang dipelajarinya di Owens College, Manchester,

dan di University of Heidelberg, Jerman.

UMUM 
MACH, ERNST

Mach, Ernst (1838–1916), ahli fizik dan ahli

psikologi Austria. Dia mengkaji tindakan jasad yang

bergerak dengan laju melalui gas. Dia telah

menghasilkan cara yang tepat untuk mengukur

kelajuannya berasaskan kelajuan bunyi.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas