Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : orang yg ahli dlm bidang kimia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ahli kimia


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
STRASSMANN, FRITZ

Strassmann, Fritz (1902–1980) ialah ahli kimia

Jerman. Usahanya bersama Otto Hahn, ahli kimia

Jerman, dan Lise Meitner, ahli fizik nuklear Austria,

membawa kepada penemuan pembelahan nuklear

(pemecahan nukleus atom). Pada tahun 1938,

Strassmann dan Hahn mendapati bahawa

pembedilan atom urnium dengan neutron

menghasilkan unsur barium (lihat Barium).

Meitner dan Frisch, ahli fizik Austria, Otto Frisch

pada tahun 1939, menjelaskan bahawa neutron

telah membelah nukleus uranium, menghasilkan

nukleus barium dan unsur-unsur lain.

UMUM 
PROSES HABER

Proses Haber ialah kaedah komersial

mengeluarkan ammonia daripada nitrogen dan

hidrogen. Fritz Haber, ahli kimia Jerman, mencipta

proses ini dan membuktikannya pada tahun 1909.

Dia mempatenkan proses ini pada tahun 1910.

Seorang lagi ahli kimia Jerman, Carl Bosch,

kemudiannya menyesuaikan proses ini untuk

kegunaan industri. Proses ini juga dikenali sebagai

proses Haber-Bosch .

UMUM 
SALTPETRE

Saltpetre, juga dinamakan niter , ialah mineral

yang dikenali oleh ahli kimia sebagai kalium nitrat

(KNO3). Ia wujud dalam gua batu kapur. Industri

menggunakan saltpetre untuk membuat mancis,

serbuk bedil, bahan letupan dan baja. Ahli kimia

menggunakannya sebagai reagen dalam kimia

analitikal. Saltpetre juga digunakan sebagai

pengoksida dalam bahan pendorong bahan api

roket.

UMUM 
PICCARD, JEAN FELIXJurutera penerbangan dan ahli kimia.FIZIKTokoh
YOUNG, JAMES

Young, James (1811–1883), ahli kimia Inggeris,

yang menjadi perintis dalam industri petroleum.

Pada tahun 1847, dia mula membuat pelincir dan

lilin parafin daripada petroleum yang memancut

keluar di lombong batu arang di Derbyshire.

UMUM 
DALTON, JOHN

Dalton, John (1766–1844), ahli kimia Inggeris

yang merumuskan hukum tekanan separa – pada

gas pada tahun 1802. Hukum ini menyatakan

bahawa bagi gas unggul jumlah tekanan campuran

gas yang terkurung adalah sama dengan jumlah

tekanan setiap gas dalam isi padu yang sama.

UMUM 
MACINTOSH CHARLES

Macintosh Charles ( 1766–1842), ahli kimia dan

pereka British, yang terkenal kerana mencipta fabrik

kalis air. Mackintosh, iaitu pakaian luar kalis air

dinamakan sempena namanya.

UMUM 
RAMSAY, SIR WILLIAM

Ramsay, Sir William (1852–1916), ahli kimia

Scotland. Dia bersama Baron Rayleigh,

mengasingkan gas nadir atmosfera, yang pertama,

iaitu argan.

UMUM 
NOBEL, ALFRED BERNHARD

Nobel, Alfred Bernhard (1833–1896), ahli kimia

Sweden , yang mencipta dinamit dan mengasaskan

Hadiah Nobel (lihat Hadiah Nobel ). Semasa

mudanya, Nobel menjalankan eksperimen

menggunakan nitrogliserin di kilang bapanya. Dia

berharap untuk menjadikan bahan berbahaya ini

sebagai bahan letupan yang selamat dan berguna.

Nobel menyediakan bahan letupan nitrogliserin,

tetapi banyak kemalangan berlaku apabila bahan ini

dipasarkan yang menyebabkan Nobel menjadi

musuh awam selama beberapa tahun lamanya.

UMUM 
MENDELEEV, DMITRI IVANOVICH

Mendeleev, Dmitri Ivanovich (1834–1907)

ialah ahli kimia Rusia yang mencipta suatu bentuk

hukum berkala, iaitu prinsip asas dalam kimia.

Hukumnya menyatakan bahawa sifat-sifat unsur

kimia berulang mengikut pola yang tetap apabila

unsur-unsur itu tersusun mengikut berat atomnya.

Usaha Mendeleev, berserta usaha ahli kimia

Jerman, Julius Lothar Meyer, melahirkan jadual

berkala, iaitu susunan unsur secara sistematik (lihat

Unsur kimia [Jadual berkala unsur]).

UMUM 
123456789

Kembali ke atas