Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : orang yg pandai meramalkan sesuatu (dgn melihat bintang, tapak tangan, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : = ahlulnujum orang yg ahli dlm membuat ramalan dgn melihat bintang, tukang tilik, penilik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : orang yg pan­dai melihat nasib seseorang atau mem­buat ramalan dgn melihat bin­tang; tukang tilik: ~ Pak Belalang tukang tilik yg hanya mengagak-agak saja (pura-pura). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nujum (kata nama)
1. Bersinonim dengan ilmu bintang: perbintangan, ilmu tenung, ilmu ramalan,

2. Dalam konteks ahli nujum
bersinonim dengan tukang renung, penilik, tukang tilik,

Kata Terbitan : menujumkan, nujuman,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AHLI NUJUM

Ahli nujum ialah gelaran yang diberi kepada

orang di Rom purba yang mentafsir tanda untuk

pegawai kerajaan. Orang Rom percaya bahawa

dewa mereka menunjukkan kehendak mereka

menerusi tanda atau alamat, seperti guruh atau

kilat, burung yang terbang atau bunyi burung,

gerak-geri ular dan mencit.

UMUM 
SIBIL

Sibil ialah gelaran untuk ahli nujum wanita yang

sudah berusia pada zaman Rom purba. Ahli nujum

yang terkenal ialah Sibil Cumaen. Menurut

mitologi, dewa Apollo berjanji bahawa Cumaen

boleh hidup setahun bagi setiap butir pasir yang

boleh digenggam di dalam genggamannya. Walau

bagaimanapun, Apollo tidak menganugerahinya

sifat awet muda dan dia pun kelihatan semakin hari

semakin tua. Sibil Cumaen membawa Aeneas,

pahlawan Trojan, ke dunia untuk mengetahui masa

depan Rom. Kemudian, dia menawarkan diri untuk

menjual sembilan buah buku mengenai ramalan

yang dikenali sebagai Sibylline Books, pada harga

yang tinggi kepada raja Rom. Apabila raja

menolaknya sebanyak dua kali, Sibil membakar

tiga buah buku setiap kali. Raja Rom akhirnya

membayar harga asal untuk hanya tiga buah buku.

Buku ini dijadikan bahan rujukan semasa

menghadapi saat-saat bahaya sehinggalah buku ini

musnah dalam kebakaran pada tahun 83 S.M.

UMUM 

Kembali ke atas