Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : anggota parlimen (orang yg menduduki kerusi di Parlimen sbg wakil rakyat di sesuatu kawasan pilihan raya); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : orang yg dipilih oleh rakyat utk menjadi wakil mereka di parlimen; wakil rakyat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ahli parlimen


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia, Saya nak tanya. Ayat yang mana betul: 1. Saya seorang ahli Parlimen. 2. Saya seorang Ahli Parlimen. Sekian, wassalam.Saya seorang ahli Parlimen.Tatabahasa02.02.2010
Assalamualaikum. Boleh saya bertanya apakah terjemahan bagi Speaker Dewan Rakyat dalam Bahasa Melayu? Saya perhatikan media arus perdana kita sering menggunakan istilah ini hatta di dalam dewan yang mulia di kalangan ahli-ahli parlimen. Terima kasih

Perkataan "Speaker Dewan Rakyat” sudah diterima pakai sebagai kata bahasa Melayu yang bermaksud  pegawai yang menjadi pengerusi dalam Dewan Undangan Negeri (Dewan Rakyat, Dewan NeĀ­gara). (rujuk Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah08.08.2020
SALAM. SAYA KURANG FAHAM TENTANG PENGGUNAAN YANG BERHORMAT, YANG BERBAHAGIA,YANG BERUSAHA DAN BEBERAPA LAGI YANG BERKAITAN. TERIMA KASIH.Yang Berhormat (ditulis YB) ialah rujukan untuk Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ketua Setiausaha Negeri; Yang Berbahagia (ditulis YBhg.) ialah rujukan untuk individu yang menerima gelaran kehormat seperti Tan Sri, Dato' Seri/Datuk Seri, Dato'/Datuk tetapi bukan wakil rakyat. Sapaan untuk Yang Berusaha lazimnya digunakan kepada pihak yang menganjurkan majlis/acara seperti. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Protokol di Malaysia, Mokhtar Mohd. Tohar/Ahmad Fawzi M. Basri, terbitan DBP.Lain-lain19.03.2010
1. Bilakah kita menggunakan i) di majlis/acara; ii) dalam majlis/acara? Adakah contoh-contoh berikut betul: a) Ahli parlimen itu telah berucap di majlis tertutup itu. b) Kekecohan berlaku dalam majlis akad nikah apabila pengantin pengsan. 2. Yang mana satukah betul: a) Liana melarikan diri dari penculiknya, atau b) Liana melarikan diri daripada penculiknya. Terima kasih dan salam takzim.Penggunaan kata sendi nama yang betul ialah "dalam  majlis".  Oleh itu ayat yang  betul ialah a). Ahli parlimen itu telah berucap dalam majlis tertutup itu. b) Kekecohan berlaku dalam majlis akad nikah apabila pengantin (perempuan/lelaki) pengsan. 2.  b) Liana melarikan diri daripada penculiknya. Tatabahasa04.06.2021
SAPAAN UNTUK DR? PERLU YBHG ATAU TIDAK?YBHG HANYA UNTUK DATUK/DATO'/DATO' YANG BUKAN AHLI PARLIMEN/ADUN/MENTERI/MEMEGANG SEBARANG JAWATAN KABINETLain-lain29.09.2010
APA SUSUNAN SAPAA IKUT PROTOKOL YANG BETUL: DALAM PROGRAM SAMBUTAN HARI GURU VIPNYA KETUA PENGARAH PELAJARAN, TETAMU UNDANGAN AHLI PARLIMEN PUTRAJAYA YB TENGKU ADNAN. PENGANJUR PEJABAT PELAJARAN PUTRAJAYA (TIMBALAN PENGARAH PELAJARAN)VIP DAHULU (KETUA PENGARAH PELAJARAN), TETAMU UNDANGAN YB. TENGKU ADNAN. DICADANGKAN BERTANYA KEPADA BAHAGIAN PROTOKOL DI KEMENTERIAN PELAJARANLain-lain20.05.2011
Kata Sapaan untuk: i ) wakil rakyat ii) usahawan iii) ketua polis daerah iv) kadi daerahSeorang Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri disapa sebagai "Yang Berhormat", manakala bagi seorang usahawan, ketua polis daerah dan kadi daerah yang tidak bergelar Dato'  disapa sebagai "Tuan/Encik".Lain-lain27.05.2011
Salam. Perkataan 'lawmakers' sering digunakan dalam berita Bahasa Inggeris. Contoh: 70 opposition lawmakers have signed a motion to debate... Apakah terjemahan yang paling sesuai bagi perkataan 'lawmakers' di sini? Bolehkah 'ahli parlimen' digunakan dalam konteks tertentu sebagai terjemahan kepada istilah 'lawmakers'? Terima kasih.Untuk makluman, "lawmakers' boleh diterjemahkan sebagai penggubal undang-undang dan ahli majlis undangan. Oleh itu, ahli parlimen boleh digunakan dalam konteks tertentu sekiranya memang merujuk kepada maksud tersebut.Istilah20.03.2015
Setahu saya "Yang Berhomat Mulia" ini digunakan untuk kerabat diraja dengan gelaran warisan seperti Raja,Tengku,dan sebagainya yang menjadi wakil rakyat (sama ada ahli Parlimen/ADUN). Jadi gelaran yang digunakan oleh MAIK seperti yang dilampirkan adalah tidak tepat.Visual yang dilampirkan tidak dapat dibuka. Kami tidak dapat menyemak lampiran yang tuan berikan tentang penggunaan Yang Berhormat Mulia oleh Majlis Agama Islam Kelantan. Penyataan tuan tentang penggunaan sapaan "Yang Berhormat Mulia" betul. Walau bagaimanapun, penggunaan pada peringkat negeri juga tertakluk pada protokol kerajaan negeri berkenaan.Tatabahasa26.01.2021
Soalan: Apakah penggunaan gelaran dalam surat rasmi untuk Yang Berhormat (Wakil Rakyat), dan penggunaan kata ganti nama wakil rakyat tersebut di dalam surat.Berdasarkan Surat Pekeliling Am Bilangan 4 Tahun 2014, Panggilan Hormat dan Kaedah Penggunaannya, gelaran bagi Ahli Parlimen ialah YB, seperti YB Ali bin Kalim dan penggunaan kata ganti nama wakil rakyat tersebut di dalam surat ialah YB. 
 Walau bagaimanapun, sekiranya seseorang menteri itu mempunyai gelaran  (anugerah) Dato', Tan Sri, Dr. atau Haji, maka kata sapaan untuk menteri tersebut  ditulis atau dipanggil  seperti yang berikut:

 1. YB Dato' Seri atau YB Tan Sri
 2. YB Tuan Haji
 3. YB Dr.
Tatabahasa13.01.2023
123

Kembali ke atas