Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
politik (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan siasah, kenegaraan, kerajaan, pemerintahan, pentadbiran negara.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pada dasarnya 31.12.2000 ialah akhir alap kedua, ini bermakna pada 1.1.2001 bermulalah alap ketiga. Walau bagaimanapun ramai orang menyebut tahun 2001 hingga sekarang sebagai alap baru. Adakah kemungkinan manusia yang hidup alap ini akan hidup pada alap keempat iaitu 1.1.3001? Pakar-pakar bahasa, ahli-ahli politik sepatutnya berhati-hati menggunakan istilah-istilah baru kerana dikhuatiri akan menjadi ikutan generasi muda. Pada masa ini telah menjadi lumrah penggunaan bahasa Melayu dan Inggeris dicampuradukan. Siapa harus dipersalahkan ?saya bersetuju dengan pandangan tuan tersebut. Perkara seperti ini mungkin wujud disebabkan berlakunya salah faham dalam kalangan masyarakat kita pada masa kini.Tatabahasa16.09.2007
Minta penjelasan lagi, bahawa pengalaman yang lepas menunjukan bahawa pihak pelabur walaupun menanam/membeli saham sebanyak 20 peratus tetapi ia boleh menguasai syarikat tersebut kerana kepakarannya dalam pelaburan berbanding seorang ahli politik dan pentadbir cekap tetapi mengikut arah pihak atasan.

Soalan saudara tidak jelas. Jika saudara memerlukan penjelasan tentang maksud yang terkandung dalam ayat tersebut, saudara perlu merujuk kepada penulisnya sendiri. Apa yang dapat kami bantu ialah khidmat nasihat dari aspek nahu dan kosa kata.

Lain-lain15.08.2011
maklumat tentang bahasa sapaanBahasa sapaan ialah bahasa yang digunakan untuk mengajak orang lain bercakap atau berkomunikasi  dengan kita sama ada melalui lisan dan tulisan. Bahasa sapaan ini terdapat dalam pelbagai jenis seperti bahasa sapaan istana, ahli politik, orang bergelar, dan orang yang lebih tua. Sila rujuk buku Protokol dan Kesantunan Bahasa oleh Dr Awang Sariyan. Kedua-dua buku ini diterbitkan oleh DBP.Lain-lain10.02.2008
Salam, Mohon bantuan bagi maksud JAYAWARA?Untuk makluman tuan, tiada perkataan jayawara dalam data kami. Perkataan yang hampir sama ialah jerayawara yang bermaksud persembahan, pameran, ceramah dan sebagainya yang diadakan oleh seseorang atau se­kum­pulan orang (penyanyi, ahli politik dsb) yang ber­­kunjung dari satu tempat ke tempat lain dgn tujuan memberikan hiburan, menjelaskan sesuatu isu kepada orang ramai, mempromosikan sesuatu dsb: persatuan itu melaksanakan program pendedahan dan pendidikan, termasuk beberapa siri ~ yang meliputi seminar dan pa­meran.Tatabahasa22.04.2014
Saya Nama Hunafah Kuteh belajar Bahasa Melayu Dasar Ingin Bertanya Bahasa Melayu, Apakah makna Mentri. Terima KasihUntuk makluman, "Mentri" tidak ada dalam data DBP. Akan tetapi, "Menteri" bermaksud ahli politik daripada parti pemerintah yang mengetuai sesuatu jabatan kerajaan, ahli kabinet.Makna28.10.2015
Tuan/Puan, Saya ingin bertanya sekiranya DBP mempunyai senarai panggilan kehormat untuk Darjah Kebesaran. Contohnya, apakah panggilan kehormat untuk Dato' atau Datuk Seri yang merupakan seorang ahli politik? Apakah panggilan kehormat untuk Menteri/Perdana Menteri? Apakah panggilan kehormat untuk Ketua Jabatan, adakah ia YBhg atau Yang Berusaha? Saya amat menghargai jawapan daripada pihak anda
Sapaan Yang Berhormat atau YB dikhususkan kepada Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri. 
Sapaan Yang Berbahagia atau kependekkannya YBhg. pula digunakan untuk seseorang yang bergelar Tan Sri, Puan Sri, Datuk Seri, Datin Seri, Datuk Paduka, Datin Paduka, Dato, Datuk dan Datin dan sebagainya (yang bukan wakil rakyat).  Sapaan untuk Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri ialah Yang Amat Berhormat atau singkatannya YAB. 

"Yang Berusaha" lazimnya digunakan untuk individu yang  memainkan peranan penting dalam menjayakan sesuatu majlis atau kegiatan yang dianjurkan. Terdapat juga pihak menggunakan sapaan kehormat "Yang Berusaha" untuk pegawai tinggi kerajaan yang kanan tetapi tiada gelaran warisan atau kehormat. Namun, sekiranya individu berkenaan ialah ketua organisasi, tidak menjadi kesalahan untuk menggunakan sapaan YBhg.




Tatabahasa12.08.2021
Sejak tahun 2008 saya mula melihat berlaku satu tradisi baru dalam menggunakan gelaran 'Tuan' pada nama seseorang terutama sekali dikalangan ahli politik yang mendapat jawatan menerusi lantikan politik. contoh : Tuan Lim Gong Gon, Ahli Majlis Perbandaran Kota Lama. YB. Tuan Ali bin Kalim, Exco kerajaan negeri YB. Tuan Lim Guang In, Menteri Persekutuan Adakah penggunaan 'Tuan' dibolehkan? Atau sepatutnya digunakan 'Encik' Contoh : YAB Encik Ghaffar Baba, Timbalan Perdana Menteri MalaysiaBerdasarkan Surat Pekeliling Am Bilangan 4 Tahun 2014, Panggilan Hormat dan Kaedah Penggunaannya, gelaran bagi Ahli Parlimen ialah YB, seperti YB Ali bin Kalim dan bagi yang bukan Ahli Parlimen gelarannya ialah Encik, seperti Encik Lim Gong Gon. Tiada pekeliling tentang pemakaian gelaran/sapaan tuan bagi penjawat jawatan melalui lantikan politik.Lain-lain11.03.2022
Chandra Cikgu Apakah kekurangan Bahasa Malaysia? Hanya usaha diperlukan untuk mewujudkan istilah Bahasa Malaysia dan bukan sekadar mengambil jalan mudah meminjam bahasa asing sebagai bahasa Malaysia. Pelbagai alasan boleh diberikan, tetapi tujuan dan hala tuju perlu diteliti agar dapat mengekalkan Bahasa Malaysia jangan sampai ditelan zaman. Alasan yang diberikan memang tidak munasabah dan tidak wajar mengikut peredaran masa kini. Masih ada lagi perkataan baru digunakan untuk merujuk sesuatu benda baharu di akhbar Metro dan media massa termasuk menteri-menteri kabinet menggunakan perkataan mereka-meraka dan dari masa ke semasa. Kemungkinan besar DBP tidak mempunyai kuasa terhadap perkara tersebut. Pemikiran yang matang dan berpengalaman dapat menyelamatkan bahasa Malaysia hancur di persada dunia. Kita tidak perlu menjadi pak turut ahli-ahli politik Malaysia sebaliknya berjuang dalam memartabatkan bahasa Malaysia. Walaupun saya seorang bukan Islam, namun kesetiaan saya terhadap bahasa Malaysia sangat utuh tidak akan membenarkan sama sekali bahasa Malaysia dijadikan Jorgan oleh kebanyakan pihak. Jangan hanya membalas soalan dari pejabat sahaja, tetapi pergilah melawat sekolah-sekolah di Malaysia dan mengetahui masalah penggunaan bahasa Malaysia. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.Terima kasih Cikgu Chandra. Malaysia pasti memerlukan lagi orang seperti cikgu untuk bersama-sama DBP memartabatkan bahasa Kebangsaan.Lain-lain20.01.2014
Selamat sejahtera, saya nak tanya apakah perbezaan ahli dengan anggota? Selain itu, saya juga nak tanya manakala ialah kata hubung gabungan ataupun kata hubung pancangan keterangan? terima kasih atas balasanAhli ialah anggota (pertubuhan, persatuan, golongan, dan lain-lain). Sebagai contoh, Ahli politik. Anggota ialah bahagian tubuh terutama tangan dan kaki. Contoh ayat, Duduk membongkok tidak menye­nang­kan  anggota badannya. Manakala merupakan kata hubung pancangan keterangan yang berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama. Contohnya, “Dia duduk di samping ayahnya, manakala adiknya duduk di hadapan ibunya.”


Lain-lain22.11.2022
1. VIP & VVIP dalam Bahasa Malaysia 2. Apa perbezaan VIP & VVIP?1. VIP dalam bahasa Melayu ialah orang penting atau orang kenamaan. VVIP pula ialah tetamu kehormat utama.
2. VIP terdiri daripada golongan yang lebih penting daripada orang kebanyakan, manakala VVIP pula terdiri daripada golongan yang amat berpengaruh seperti kerabat diraja, ahli politik dan sebagainya.
Istilah15.12.2020
123

Kembali ke atas