Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ahlinya


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kenapa badan perundangan negeri di Pahang menggunakan istilah Dewan Negeri Pahang dan ahlinya dipanggil ADN sebagai nama rasmi seperti juga di Johor, Perak dan Selangor, tidak seperti negeri-negeri lain yang menggunakan istilah Dewan Undangan Negeri atau ahlinya dipanggil ADUN?DBP memohon maaf kerana tidak dapat memberikan maklum balas. Mohon saudara mendapatkan maklumat lanjut daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang (Unit Protokol) berkaitan dengan perkara tersebut.


Lain-lain13.04.2023
SAYA INGIN MENGETAHUI SIAPAKAH PENGARANG KAMUS DEWAN EDISI KEEMPAT,PENGARANG KAMUS DEWAN KEDUA,PENGARANG KAMUS PELAJAR EDISI PERTAMA DAN KAMUS PELAJAR EDISI KEDUA. TERIMA KASIH.Kamus Dewan Edisi Keempat diterbitkan pada tahun 2005. Kumpulan pengarang Kamus Dewan diketuai oleh Puan Noresah Baharom, ahli-ahlinya Encik Md. Nor Abd. Ghani, Encik Ibrahim Haji Ahmad, Puan Azizah Supardi, Puan Saidah Kamin, Puan Hajah Aziah Tajudin, Puan Salmah Jabar, Puan Hairani Mohd. Khalid dan Puan Rodziah binti Abdullah. Untuk maklumat lanjut/penerbitan kamus yang lain, kami cadangkan puan berhubung terus dengan pegawai kanan di Bahagian Perkamusan, iaitu Puan Salmab binti Jabar melalui e-mel salmah@dbp.gov.my.Lain-lain17.11.2012
SAYA INGIN MENGETAHUI SIAPAKAH PENGARANG KAMUS DEWAN EDISI KEEMPAT,PENGARANG KAMUS DEWAN KEDUA,PENGARANG KAMUS PELAJAR EDISI PERTAMA DAN KAMUS PELAJAR EDISI KEDUA. SERTA TAHUN TERBITNYA KAMUS-KAMUS TERSEBUT.Kamus Dewan Edisi Keempat diterbitkan pada tahun 2005. Kumpulan pengarang Kamus Dewan diketuai oleh Puan Noresah Baharom, ahli-ahlinya Encik Md. Nor Abd. Ghani, Encik Ibrahim Haji Ahmad, Puan Azizah Supardi, Puan Saidah Kamin, Puan Hajah Aziah Tajudin, Puan Salmah Jabar, Puan Hairani Mohd. Khalid dan Puan Rodziah binti Abdullah. Untuk maklumat lanjut/penerbitan kamus yang lain, kami cadangkan puan berhubung terus dengan pegawai kanan di Bahagian Perkamusan, iaitu Puan Salmab binti Jabar melalui e-mel salmah@dbp.gov.my.Lain-lain17.11.2012
Saya cadangkan pihan tuan dapat mempunyai satu ruang untuk 'translet bahasa' samada translet daripada bahasa Inggeris ke BM/Bahasa Cina ke BM. Kadangkala, saya ingin cari perkataan yang sesuai untuk translet tetapi tak dapatTerima kasih atas cadangan tuan/puan. Untuk pengetahuan tuan/puan, untuk tujuan penterjemahan, tuan/puan boleh menghubungi Persatuan Penterjemahan Malaysia. Ahli-ahlinya terdiri daripada staf DBP. Selain itu juga, tuan/puan boleh berurusan dengan Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM).Lain-lain21.05.2009
saya mahu maksud "definisi kerjasama"Kerjasama bermaksud 1. kerja (usaha dsb) bersama-sama atau saling membantu (antara dua atau beberapa pihak), gotong-royong: ~ antara semua pihak yg terlibat amat perlu utk menjayakan projek ini; 2. sumbangan pelbagai rupa (bersifat bantuan tenaga, sokongan, persefahaman, dll) dr satu pihak kpd pihak yg lain utk faedah bersama: jabatan itu dapat bergerak dgn licin hanya jika ada ~ dr pihak orang ramai; seseorang ketua memerlukan ~ drpd orang-orang bawahannya supaya segala yg diselenggarakan berhasil; syarikat ~ syarikat yg dikendalikan bersama oleh ahli-ahlinya (dgn cara saling membantu, menyumbang, dsb) utk faedah bersama;Lain-lain06.08.2010
cara bagaimana hendak memohon masuk ke kelab seni kebudayaan dan sekaligus menjadi ahli kepada dewan bahasa dan pustaka?Saudara boleh menyertai mana-mana kelab seni dan kebudayaan di tempat yang berdekatan dengan kediaman saudara jika kelab tersebut wujud, tetapi jika di tempat saudara tiada kelab sedemikian, saudara mungkin boleh menyertai kelab-kelab lain yang ditubuhkan oleh badan-badan tertentu.  Dewan Bahasa dan Pustaka tidak punya kelab seni dan budaya, kerana kelab tersebut terletak di bawah Badan Keluarga DBP yang ahlinya terdiri daripada staf DBP sendiri.  Untuk menjadi ahli DBP saudara mestilah menjadi staf, kerana DBP bukan sebuah kelab atau badan budaha, tapi merupakan organisasi kerajaan.Lain-lain15.01.2009

Kembali ke atas