Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ahmad

Puisi
 

Sayang Encik Ahmad menikam Rahmat,
     Kembang melur kuntum melati;
Minta alamat syukur selamat,
     Di dalam telur lagi nanti.


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apa beza antara ayat ini :::: AYAT (1)Ahmad bercerita tentang kisah hidup silam ::::::AYAT (2)Ahmad menceritakan tentang kisah hidup silam::::::::::::::AYAT (3)Ahmad mencerita tentang kisah hidup silam:::::::: Tolong beri penjelesan yang sempurna !!!!!!

(1) Ahmad bercerita tentang kisah hidup silam.

(2) Ahmad menceritakan tentang kisah hidup silam.

(3) Ahmad mencerita tentang kisah hidup silam.

Ketiga-tiga ayat tersebut mempunyai persamaan makna cuma berbeza dari segi penggunaan kata terbitan (dari kata dasar cerita). Bercerita bermaksud mengisahkan sesuatu cerita, manakala menceritakan bermaksud mengisahkan sesuatu kepada ..., oleh itu ayat kedua perlu dilengkapkan "Ahmad menceritakan tentang kisah hidup silam kepada anak-anaknya". Walau bagaimanapun ayat (3) tidak tepat dari segi pembentukan kata "mencerita".

Tatabahasa02.06.2009
Ahmad Insaf Syarqawi AHA 4.50 PTG Ahmad Insaf Syarqawi Ahmad Salam Dekat Pesta Buku PBKL ada jual buku Mantik dan Etnomantik karangan Dr Mat Rofa Terbitan DBPAda tuan. Sila datang ke reruai DBP di Dewan Tun Hussein Onn untuk memperoleh buku tersebut. Terima kasih.Lain-lain30.04.2017
Ahmad Faisal Abd Rahman SUN 18:07 Ahmad Faisal Abd Rahman Ahmad Faisal Assalamualaikum. Boleh saya tahu, adakah pihak tuan ada menyediakan perkhidmatan belian buku secara pos/online? Saya berminat untuk membeli karya2 arwah guru saya; ustaz azman al-kurauwi. Terima kasih atas perhatian dari pihak tuanWaalaikumussalam. Encik boleh menghubungi Bahagian Pemasaran melalui talian 0341012328Lain-lain04.12.2016
Apakah pola ayat "Ahmad ialah guru"dan "Ahmad, guru" ? Adakah "ialah" termasuk Frasa Nama ?Ayat Ahmad ialah guru merupakan sebuah frasa nama. Perkataan ialah sahaja bukan frasa nama tetapi merupakan kata pemeri. Kata pemeri bermaksud unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat. Kata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala kata pemeri adalah menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 263 dan 264.Tatabahasa18.01.2018
cakap ajuk “Bila engkau pulang dari luar negeri?”tanya Amin kepada Ahmad. cakap pindahnya bagaimana?Cakap pindah ayat tersebut ialah Amin bertanya kepada Ahmad tarikh Ahmad pulang dari luar negeri.Tatabahasa22.09.2016
Ingin bertanya tentang peletakan tanda baca. Mana yang betul? Ali@ Ahmad ATAU Ali @ Ahmad Sekian.Salam sejahtera,

Penggunaan yang betul: Ali atau Ahmad.

Simbol perlu dieja penuh jika dalam ayat.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain30.04.2019
Yang mana betul susunan panggilan nama seperti di bawah: A. Dr Haji Ahmad B. Haji Dr AhmadSusunan yang betul ialah A. Dr. Haji AhmadLain-lain24.08.2023
Assalamualaikum. Yang mana satu betul? 1. DR. AHMAD BIN ALBAB atau 2. Dr. AHMAD BIN ALBABEjaan yang betul: DR. AHMAD BIN ALBAB atau Dr. Ahmad bin Albab.Ejaan27.09.2017
Saya ingin bertanya penggunaan koma bertindih yang betul. Contoh ayat: Mereka yang terbabit ialah Ahmad Adam, 28; Ali Mahmud, 30; Razali Ahmad, 34, dan Hakim Zulkifli, 50. Atau Mereka yang terbabit ialah Ahmad Adam, 28, Ali Mahmud, 30, Razali Ahmad, 34, dan Hakim Zulkifli, 50.
Kami mencadangkan agar ditulis seperti Mereka yang terlibat ialah Ahmad Adam (28), Ali Mahmud (30),  Razali Ahmad (34) dan Hakim Zulkifli (50). 
Tatabahasa25.01.2021
Jika pengurusan tertinggi tiada gelaran, bagaimanakah cara penulisan yang betul dalam minit mesyuarat (kehadiran) atau poster perasmian majlis? a) YBrs. Tuan Ali bin Ahmad; b) YBrs. Encik Ali bin Ahmad; c) Tuan Ali bin Ahmad; atau d) Encik Ali bin Ahmad"Yang Berusaha" lazimnya digunakan untuk individu yang  memainkan peranan penting dalam menjayakan sesuatu majlis atau kegiatan yang dianjurkan. Terdapat juga pihak menggunakan sapaan kehormat "Yang Berusaha" untuk pegawai tinggi kerajaan yang kanan tetapi tiada gelaran warisan atau kehormat. 

Oleh itu cadangan penggunaan yang sesuai ialah:
1. "YBrs. Encik Ali bin Ahmad" atau "YBrs. Tuan Haji Ali bin Ahmad" - sesuai digunakan dalam majlis
2. "Encik Ali bin Ahmad" atau "Tuan Haji Ali bin Ahmad" - sesuai digunakan untuk penulisan minit mesyuarat
Lain-lain28.12.2021
12345678910...

Kembali ke atas