Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ah.mar] | احمر

Definisi : Ar merah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ahmar


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cerebral hypoxiahipoksia serebrumPerubatanTiadaKekurangan oksigen dalam serebrum disebabkan obstruksi aliran darah ke serebrum, kenaikan tekanan intrakranial akibat pendarahan otak, kanser otak, sembab otak atau angin ahmar), hipotensi, pegun kardiopulmonari dan kekurangan oksigen dalam darah.
cerebral ischaemiaiskemia serebrumPerubatanTiadaKekurangan aliran darah ke serebrum disebabkan obstruksi aliran darah ke serebrum, kenaikan tekanan intrakranial (akibat pendarahan otak, kanser otak, sembab otak dan angin ahmar), hipotensi dan pegun kardiopulmonari. Lihat juga hipoksia serebrum.
geriatric anaesthesiaanestesia geriatrikPerubatanTiadaSubbidang anestesiologi yang berkaitan dengan pemberian bius kepada pesakit geriatrik, iaitu pesakit yang berumur lebih daripada 65 tahun. Golongan ini biasanya mengalami penyakit seperti sakit jantung, angin ahmar, darah tinggi, kencing manis, bronkitis, bronkiektasis, emfisema, kegagalan fungsi ginjal dan osteoporosis. Pemberian ubat perlu dilakukan secara berhati-hati kerana margin keselamatan ubat yang terhad mudah menimbulkan komplikasi dan kesan sampingan.
atherosclerosisaterosklerosisPerikananTiadaPenebalan dan pembekuan arteri, yang disebabkan oleh kerosakan sel. Penggunaan asid lemak tak tepu seperti yang terdapat di dalam minyak ikan dikatakan dapat mengurangkan risiko penyakit berkaitan aterosklerosis seperti serangan jantung, kegagalan buah pinggang dan angin ahmar.
Styrax benzoinkemenyanHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan jenis pokok dalam famili Stryracaceae. Tumbuhan ini biasanya tumbuh dalam hutan tanah pamah hingga hutan bukit. Daunnya jenis ringkas, tersusun berselang, permukaan bawah daun diliputi bulu putih halus. Bunganya kecil berwarna putih. Buahnya berbentuk leper. Kandungan kimia utamanya ialah asid benzoik. Kemenyan juga ialah damar yang terdapat pada batang pokok ini. Damar yang telah keras berwarna perang, kelabu dan hitam. Asid benzoik bersifat antibiotik, antiseptik dan mengawet. Kemenyan dimakan atau asapnya dihidu untuk merawat angin ahmar, pitam selepas bersalin, masalah dalam perut dan usus, buasir, membantu membuang kahak, melawaskan kencing, mewangikan badan dan afrodisiak. Kemenyan ditabur dalam air mendidih kemudian asapnya dihidu untuk merawat selesema, radang peti suara, bronkitis dan masalah pernafasan. Kemenyan juga digunakan secara luaran untuk merawat luka, kudis, bisul, kurap, luka selepas berkhatan, mengatasi masalah kulit kering dan alahan. Air rebusan kulit batang diminum untuk mewangikan badan. Kemenyan dibakar dalam upacara keagamaan dan perubatan tradisional.

Kembali ke atas