Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aida


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah ayat penggunaan bahasa bagi "salun(di ikuti nama syarikat)" adalah betul...atau "salun rambut (nama syarikat)"... cth : "Salun Aida" atau "Salun Rambut Aida" mohon pandangan tuan..TKFrasa yang betul untuk keterangan aktiviti syarikat tersebut ialah "Salun Dandanan Rambut Aida" atau "Salun Dandanan Rambut".Tatabahasa25.08.2011
RESTORAN AIDA TOMYAM NO,7D JALAN KANGKUNG PUTRI 24/7 40100 SHAH ALAM ,SELANGORNo. (letak tanda titik) 
Perkhidmatan pengesahan iklan, sila layari laman web http://sbmb.dbp.gov.my/iklan/
Lain-lain06.06.2016
Pertanyaan Puan Aida membuatkan Alina mengalihkan sedikit bantal daripada/dari mukanya.

Pertanyaan Puan Aida membuatkan Alina mengalihkan sedikit bantal daripada mukanya.

Tatabahasa03.11.2011
Soalan Pertama Ayat berikut yang manakah betul? 1. Ibu bersama nenek sedang memasak di dapur. 2. Ibu sedang memasak di dapur bersama nenek. 3. Ibu sedang memasak bersama nenek di dapur. Soalan ke dua Yang mana sesuai untuk digunakan :- mengumpul setem atau mengumpulkan setem Hobi Aida mengumpul setem. Hobi Aida mengumpulkan setem. Ini kerana di dalam buku teks BM thn 2 tertulis "mengumpulkan setem" di gambar yg diberikan. Saya agak keliru dengan penggunaan "kan" di sini. Harap dapat jelaskan kepada saya. Terima KasihKetiga-tiga ayat betul. Unsur keterangan dalam ketiga-tiga ayat ini berada di kedudukan  yang berlainan.  Ayat  kedua yang betul  ialah: Hobi Aida mengumpulkan setem. Kata kumpul menerima imbuhan meN...kan untuk membentuk kata kerja transitif.  Untuk penerangan lanjut tentang penggunaan meN...kan sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.    Tatabahasa04.03.2009
assalamualaikum..... saya ingin mengethuai tentang masalah sosial remaja masa kini..... 1.apakah punca masalah ini 2.bagaimana cara mengatasi gejala sosial tersebut...

Pembangunan punca masalah sosial remaja? | Aida Ahmad">Nurul Aida Ahmad | Dewan Siswa | 01/06/1997

Peranan ibu bapa dalam mengatasi masalah sosial remaja | Parimala A/P Ramachandran | Dewan Masyarakat | 01/04/1997

Lain-lain20.03.2008
Makna peribahasa menara gading. Ada penulis A.Aida dan Nuri akidah dlm buku simpulan bahasa melayu memberi makna yang betbeza sekali. Boleh mengelirukan murid.Dalam data rujukan kami, menara gading bermaksud keadaan atau kedudukan yang tersisih daripada keadaan hidup sehari-hari (masalah sebenar yang dihadapi dsb); b) pusat pengajian tinggi (seperti universiti).

Kontroversi makna simpulan bahasa, menara gading yang disiarkan menerusi sebuah buku terbitan tempatan dipercayai merujuk kepada istilah Melayu lama. Simpulan bahasa itu pernah digunakan bagi merujuk payu dara pada zaman Hikayat Hang Tuah. Bagaimanapun, istilah itu tidak sesuai digunakan kini kerana menara gading merujuk kepada universiti. Pada zaman Hang Tuah, universiti belum wujud lagi.
Makna20.02.2015
i. Salwa dan kakaknya hendak ke Klinik Gigi Aida ii.Pekerja itu sedang memperlebar jalan iiiAfiq amat rindu akan belaian kasih sayang datuk iv.Pakaian yang dijahit oleh Tukang Jahit Wanita itu memamng kemas dan rapi. jawapan:.............................Sila kemukakan soalan kerana tidak jelas.Lain-lain26.08.2015
Apakah maksud Harta Intelek?Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan hal tersebut, sila hubungi pegawai di Bahagian Harta Intelek, iaitu Puan Nor Aida binti Mohd. Salleh melalui talian 03-21479523 atau e-mel noraida2@dbp.gov.my Lain-lain18.05.2017
assalamualaikum sy ingin mintak izin untuk menterjemahkan buku Biografi Sayiid Qutb ke bahasa Thai..izinkah atau tidak...Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pegawai di Bahagian Harta Intelek, DBP, iaitu Puan Nor Aida binti Mohd. Salleh/Puan Hawa Zurina binti Ra'ee melalui talian 03-21479523/9524 atau e-mel noraida2@dbp.gov.my/hawa@dbp.gov.my.Lain-lain30.11.2015
kah saya boleh dapatkan dasar plagiarism yang dibuat oleh pihak DBP?Hal ini berkaitan dengan harta intelek sesuatu produk. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pegawai di Bahagian Harta Intelek, DBP, iaitu Puan Nor Aida binti Mohd. Salleh/Puan Hawa Zurina binti Ra'ee melalui talian 03-21479523/9524 atau e-mel noraida2@dbp.gov.my/hawa@dbp.gov.my.Lain-lain20.10.2015
123

Kembali ke atas