Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata air

Puisi
 

Air keruh telaga keruh,
     Air di kendi membasuh kaki;
Tuan jauh saya pun jauh,
     Sama kita menahan hati.


Lihat selanjutnya...(217)
Peribahasa

Air tuba dibalas dengan air susu.

Bermaksud :

Kejahatan dibalas dengan kebaikan. (Bandingkan dengan: Air susu dibalas dengan air tuba).

 

Lihat selanjutnya...(224)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaAir ini air minuman, Air letak dalam gelas; Surat ini surat kiriman, Harap juga abang balas.
Kurik Kundi Merah SagaAir keruh telaga keruh, Air di kendi membasuh kaki; Tuan jauh saya pun jauh, Sama kita menahan hati.
Kurik Kundi Merah SagaAir keruh telaga keruh, Air kunyit pencuci kaki; Adik jauhabang pun jauh, Tidur seminit dimasuk mimpi.
Kurik Kundi Merah SagaAir pasang menanam bayam, Buyung diisi di dalam loyang; Jangan diambil resmi ayam, Bertelur sebiji riuh sekampung.
Kurik Kundi Merah SagaAir tenang nampak termenung, Hendak berenang terasa takut; Kalau asal kain ditenun, Lulus jarum benang mengikut.
Kurik Kundi Merah SagaAir pasang mudik ke hulu, Orang Cina belayar perahu; Pernahkah dengar dari dahulu, Tebu pisang gajah tak lalu.
Kurik Kundi Merah SagaAir pasang anak-anak, Sampai pasang hujung sana; Kerbau jalang baru nak jinak, Baru merapat kandang lama.
Kurik Kundi Merah SagaAir surut ikan geramai, Sudah dapat ikan tenggiri; Masa hidup kita berdamai, Mati nanti seorang diri.
Kurik Kundi Merah SagaAir pasang deras ke hulu, Bila tenang dimandi budak; Kami datang pulang dahulu, Bila senang mari pulak.
Kurik Kundi Merah SagaAir cetek mencuci baju, Bangun siang menidur anak; Lama ditinggal ingatkan satu, Jangan tak hibur oranglah banyak.
12345678910...

Kembali ke atas